in

Permohonan RUMAWIP Online Rumah Wilayah Persekutuan

Cara Memohon RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Online. Berita baik buat warga Wilayah Persekutuan yang mengidamkan rumah mampu milik. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan RUMAWIP Online iaitu Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan, permohonan RUMAWIP boleh dipohon secara atas talian atau online.

Apa Itu RUMAWIP? Menurut FAQ, RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Permohonan RUMAWIP Online Rumah Wilayah Persekutuan
Cara Mohon Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

Penyediaan rumah mampu milik oleh pihak kerajaan dan pemaju adalah perlu pada waktu sekarang. Kos kehidupan yang tinggi dengan harga rumah yang mahal di bandaraya menyukarkan orang ramai untuk memiliki rumah sendiri. Dengan adanya RUMAWIP, impian anda untuk memiliki rumah sendiri bakal terlaksana.

Permohonan RUMAWIP Online (Mohon Atas Talian)

Berikut dikongsikan cara-cara membuat Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan beserta syarat kelayakan, borang permohonan dan panduan penting lain.

Syarat Kelayakan RUMAWIP

Sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan seperti berikut sebelum memohon :-

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan telah bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun (Penyata KWSP dan Borang J LHDN diperlukan)
  2. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Suami Isteri)
  3. Pemohon tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan
  4. Pembeli hendaklah menduduki rumah dan tidak boleh disewakan kecuali mendapat kebenaran daripada agensi khas MUAWIP
  5. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal berhampiran dengan kawasan rumah mampu milik yang dibangunkan

Kategori RUMAWIP

3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata.

Borang Permohonan RUMAWIP Online

Borang RUMAWIP boleh diakses di URL:

https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan

Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik

Berikut dikongsikan garis panduan permohonan RUMAWIP :-

  1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini profil peribadi mereka. Sila klik menu Profil Pemohon
  2. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, semua pemohon yang telah mendaftar akan dimaklumkan melalui emel.
  3. Sila daftar masuk ke portal RUMAWIP menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan pemohon, kemudian klik menu Permohonan.

Permohonan RUMAWIP Layak Diproses

Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut :-

  1. Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  2. Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) pemohon
  4. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  5. Copy Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  6. Slip ​Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  7. Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  8. Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  9. Slip Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  10. Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
    Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  11. Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  12. Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  13. Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  14. Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)

Nota Penting

Pemohon perlu mengemukakan hardcopy Surat Akuan Sumpah (original) bagi setiap projek RUMAWIP yang dimohon. Surat Akuan Sumpah fotokopi hitam putih atau berwarna dan imbasan Surat Akuan Sumpah hitam putih atau berwarna tidak boleh diterima.

  1. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.
  2. Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RUMAWIP untuk menyemak status permohonan semasa.

Bermula 23 Disember 2016, pemohon hanya perlu menghantar 1 set borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap bagi projek RUMAWIP yang menjadi ke seperti yang tercatat di halaman portal RUMAWIP yang dipohon (tertakluk kepada dokumen yang dihantar dan disahkan lengkap serta memenuhi syarat-syarat permohonan RUMAWIP oleh Urus Setia RUMAWIP).

Tempoh sah permohonan pertama adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan pertama dihantar mengikut dan berstatus yang boleh disemak melalui Laman Utama Akaun Pemohon. Bagi permohonan projek RUMAWIP kedua dan ketiga tidak perlu lagi menghantar borang permohonan dalam tempoh ini.

Pemohon akan berstatus TIDAK BERJAYA sekiranya dokumen sokongan yang dihantar adalah tidak lengkap. Status ini boleh disemak di Laman Utama Akaun Pemohon beserta dengan komen Urus Setia.

Maklumat Lanjut Permohonan RUMAWIP

Pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim RUMAWIP di FAQ untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan RUMAWIP. Manual pengguna RUMAWIP boleh dirujuk di PDF.

Cara Hubungi 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Urus Setia RUMAWIP KWP

Unit Rumah Wilayah Persekutuan,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

  • Tel: 03-8000 8000
    03-8892 3633
    03-8892 3634
    03-8889 7637

Waktu Urusan

Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

Urus Setia RUMAWIP DBKL

Anjung RUMAWIP Kuala Lumpur

Aras G, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2617 9925

Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

Talian Am

03 8892 3633 / 03 8892 3634

Faks

03-8889 7640

Emel

urusetiarumawip@kwp.gov.my

Selamat membuat Permohonan RUMAWIP Online Rumah Wilayah Persekutuan. Semoga hajat anda untuk memiliki rumah sendiri di Wilayah Persekutuan berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Pembaharuan Pasport Online

Permohonan Pembaharuan Pasport Online MyOnline

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS