in

Permohonan SBP Tingkatan 4 2019 Online

Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang sedang menunggu keputusan PT3 2018. Untuk makluman, anda boleh membuat Permohonan SBP Tingkatan 4 2019 secara online (Sekolah Berasrama Penuh) bermula 1 November 2018. Pelajar tidak perlu menunggu keputusan PT3 kerana pemohon boleh memohon sebelum keputusan PT3 diumumkan. Untuk kemasukan ke SBP Tingkatan 1, permohonan akan ditutup pada 30 September 2018.

Selain SBP, pelajar juga boleh membuat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 (Maktab Rendah Sains MARA.. Umum sedia maklum yang SBP dan MRSM adalah diantara sekolah terbaik di Malaysia dan menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Permohonan SBP Tingkatan 4 2019 Online

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2019 Tingkatan 4 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 4 (Form 4) 2019 yang memaparkan tarikh penting, applikasi permohonan dan syarat permohonan.

Tarikh Penting Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Atas Talian

  • 1 November 2018 : Tarikh Buka
  • 16 Disember 2018 : Tarikh Tutup

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut berkaitan permohonan SBP terkini.

Applikasi Permohonan SBP Tingkatan 4 2019 Online

Maklumat Penting

Maklumat Lanjut Permohonan SBP Form 4 2019

Informasi tambahan kemasukan SBP 2019 Tingkatan 4 adalah seperti berikut :-

  1. Permohonan ke SBP tidak bersyarat kecuali dibuka untuk murid Tingkatan Tiga (3) 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Pelajar boleh memohon sebelum keputusan PT3 diumumkan diumumkan
  3. Untuk mengkakses sistem, pelajar hanya perlu memasukkan No Angka Giliran dan No Kad Pengenalan diruangan yang disediakan
  4. Tiada had dalam proses kemaskini permohonan. Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah
  5. Permohonan kemasukan ke SBP TIDAK MEMERLUKAN pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP.
  6. Calon tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP

Syarat Pemilihan Tingkatan Empat (4) SBP 2019

Berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk kemasukan Tingkatan 4 SBP :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  3. Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  4. Lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  5. Aktif dalam kokurikulum.

Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

  • Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.

Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

  • Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.

Pakej Aliran Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP

Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :-

  1. Tingkatan 1 – Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan adalah aliran Sains, Agama dan Ulul Albab
  2. Tingkatan 4 – Menawarkan 6 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas, Sains Sosial dan Tahfiz Sains (TMUA)

Permohonan SBP Tingkatan 4

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2019 Online

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat (4) SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan PT3 2018 diumumkan iaitu selewat-lewatnya pada 25 Januari 2019.

Selamat membuat Permohonan SBP Tingkatan 4 2019 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan tahun 2019. Tahniah kepada pemohon yang berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skema Jawapan Perkembangan di Eropah

Skema Jawapan Perkembangan di Eropah

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah SPM

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah SPM