in

Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2020 Tingkatan 1

Berita baik buat pelajar Tahun 6 yang telah mengambil peperiksaan UPSR pada bulan September yang lalu. Menerusi makluman Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak, Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2020 Tingkatan 1 kini dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Oktober 2019.

Permohonan kemasukan Sekolah Kawalan Negeri Perak melibatkan permohonan kemasukan ke Sekolah berikut :-

  1. SMKA : KELAS RANCANGAN KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
  2. SMKA KERIAN TMUA (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB) DAN
  3. KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)

Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2018 Tingkatan 1

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Negeri Perak Tahun 2020

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Negeri Perak untuk sesi persekolahan tahun 2020.

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2020

  • Tarikh Permohonan dibuka : 20 September 2019
  • Tarikh Permohonan ditutup : 31 Oktober 2019
  • Tarikh Semakan Guru Kelas dan Pengesahan Guru Besar di APDM dibuka : 20 September 2019
  • Tarikh Semakan Guru Kelas dan Pengesahan Guru Besar di APDM ditutup : 31 Oktober 2019
  • Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Temuduga Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah ke SMKA Kerian (TMUA) : 29 November 2019
  • Temuduga Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah di SMKA Kerian (TMUA) : 2 Disember 2019
  • Proses kelulusan dan pengumuman Kelas Rancangan Khas : 20 Disember 2019
  • Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online dibuka : 20 Disember 2019
  • Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online ditutup : 2 Januari 2020
  • Pendaftaran Pelajar ke SMKA : 7 Januari 2020

*Nota : Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pindaan

Dasar Pengambilan & Syarat Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2020 Tingkatan 1

Permohonan adalah dibuka kepada semua murid-murid tahun 6 (2019) dengan syarat seperti berikut :

Dasar Pengambilan Murid Tingkatan 1 ke SMKA/KAA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar Sekolah Rendah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, SRAR dan SRAN yang berdaftar dengan pihak berkuasa negeri serta sekolah Swasta (Agama) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Keutamaan diberikan terhadap pelajar yang mampu menulis dan membaca tulisan jawi serta membaca al-Quran dengan baik
  4. Aktif dalam kokurikulum
  5. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)
  6. Lulus Temuduga dan Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah untuk calon TMUA

Syarat Permohonan Murid ke SMKA

  1. Cemerlang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
  2. Cemerlang Kokurikulum Agama
  3. Menduduki dan lulus dalam Ujian Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah (SPITSR) dan Ujian Tahap Kecerdasan
  4. Menduduki dan lulus Ujian Saringan Hafazan serta Tilawah di SMKA Kerian (TMUA)

*Nota : Pemilihan pelajar diuruskan sepenuhnya oleh urus setia Penempatan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Syarat Kemasukan : Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Rancangan Khas Daerah (RKD)

Berikut dikongsikan syarat-syarat kemasukan RKN dan RKD tahun 2019 (untuk tahun 2020 akan dikemaskini)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2018
  3. Merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) di negeri Perak di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. Mendapat 6A dan minimum 3A 3B (untuk Rancangan Khas Negeri) dan minimum 2A 4B (untuk Rancangan Khas Daerah)

Permohonan Sekolah Kawalan Negeri Perak 2020

Pemohon boleh membuat permohonan secara online di pautan berikut:

Brosur sekolah-sekolah SMKA

  1. SMKA KERIAN
  2. SMKA SLIM RIVER
  3. SAS (Sultan Azlan Shah)

Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Temuduga TMUA

Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Temuduga Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah ke SMKA Kerian (TMUA) akan dijalankan pada tarikh berikut:

  • Tarikh Pengumuman : 29 November 2019

Akses pautan berikut untuk membuat semakan:

Proses Kelulusan Dan Pengumuman Kelas Rancangan Khas

Proses kelulusan dan pengumuman Kelas Rancangan Khas adalah pada:

  • Tarikh Pengumuman : 20 Disember 2019

Akses pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Proses Cetakan Surat Tawaran Dan Rayuan

Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online dibuka pada :

  • Tarikh Buka : 20 Disember 2019
  • Tarikh Tutup : 2 Januari 2020

Akses pautan berikut untuk membuat rayuan:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 05-2414000 (Pn Hjh Zuraidah Binti Abdul Hadi)

Buat pelajar Tahun 6 2019, selamat membuat Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2020 Tingkatan 1 mengikut tarikh permohonan. Semoga permohonan ke sekolah pilihan anda berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya 2020

Senarai MRSM Maktab Rendah Sains MARA Terkini

Senarai MRSM Maktab Rendah Sains MARA Terkini