in

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM (Peperiksaan Matrikulasi)

Berita baik buat pelajar-pelajar program Matrikulasi yang mengambil Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) yang telah mendapat keputusan dan kurang berpuas hati, anda berpeluang untuk memohon semakan semula keputusan tersebut. Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM bagi Semester I dan III Sesi 2018/2019 telah dibuka. Berikut disediakan panduan cara untuk membuat permohonan dan keterangan lanjut.

Permohonan semakan semula ini adalah untuk calon-calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi Program Matikulasi Satu Tahun (PST) Semester I dan juga Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I dan Semester III sesi 2018/2019

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM matrikulasi

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)

Berikut adalah perincian dan keterangan lanjut mengenai tarikh dan cara untuk membuat permohonan semak semula keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

TARIKH PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM 

TARIKH BUKA
PERMOHONAN DI TUTUP
5 DISEMBER 2018
 18 DISEMBER 2018 (Jam 4.00 Petang)

Cara Membuat Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semeseter Matrikulasi (PSPM)

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan semak semula keputusan PSPM. Pelajar yang ingin berbuat demikian hanya perlu memuat turun arahan dan borang semak semula seperti yang disediakan di bawah:

NOTA: Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan

Untuk makluman, keputusan semakan semula akan dikeluarkan dan dihantar melalui emel kepada koleh masing-masing pada 10 Januari 2019. Keputusan semakan semula yang dikeluarkan adalah muktamad.

Berikut adalah syarat dan peraturan dalam membuat permohonan buat rujukan pelajar :-

SYARAT/ PERATURAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PSPM MATRIKULASI

No 1 Calon yang ingin memohon semakan semula keputusan peperiksaan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya atau melayari laman web di alamat http://www.moe.gov.my bermula pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.
No 2 Semua permohonan adalah menggunakan borang BMKPM/SS/PSPM, hanya permohonan calon PDT III sahaja menggunakan borang BMKPM/SS/PSPM/PDT
No 3 Borang permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan perlu diisi dalam dua (2) salinan dan hendaklah dihantar melalui kolej masing-masing
No 4 Setiap kursus/ mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian dan cukai berkuatkuasa) adalah seperti yang tertera pada borang permohonan semak semula keputusan peperiksaan

BAYARAN

No 1  Setiap kursus/ mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian dan cukai berkuatkuasa) adalah seperti yang tertera pada borang permohonan semak semula keputusan peperiksaan
No 2  Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima
No 3 Wang Pos/ Bank Draf hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan. *(Ruangan ‘bayar kepada’ pada wang pos MESTI ditulis Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia). **Sila rujuk lampiran Panduan Pengisian Maklumat Wang Pos Pada Borang Permohonan

PENGHANTARAN BORANG

No 1 Borang permohonan yang lengkap berserta bayaran yang mencukupi hendaklah tiba di Bahagian Matrikulasi selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang 18 Disember 2018
No 2 Borang permohonan dan wang pos yang tidak diisi dengan lengkap (ruangan pemohon tidak diisi pada belakang wang pos dan ruangan ‘bayar kepada’ tidak ditulis atas nama pengarah) atau bayaran tidak mencukupi tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada pemohon

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi seperti berikut:

  • Tel : 03-80008000
  • Faks : 03-88846411
  • Emel : kpkkpm[at]moe.gov.my
  • Alamat : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya.

Semoga panduan Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM yang dikongsikan dapat membantu para pelajar dalam membuat permohonan. Diucapkan semoga berjaya kepada semua yang telah membuat permohonan semakan semula keputusan peperiksaan Matrikulasi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2019 KPM Online

Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2019 KPM

Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Potongan Gaji Berjadual (PGB)

Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Gaji