in

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Cara Mohon Semak Semula Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM result) 2017 yang diumumkan pada hari Khamis, 15 Mac 2018. Pastinya ramai pelajar yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati. Berikut dikongsikan panduan permohonan semak semula keputusan SPM tahun 2017 buat rujukan pelajar yang ingin memohon semakan semula keputusan.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang LP/Am 65 Pin 1/2016 dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.SPM 2017. Borang semakan semula boleh diperolehi di sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau muat turun di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Cara Mohon Semak Semula Keputusan Peperiksaan SPM 2017

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan semakan semula keputusan SPM 2017. Usah risau, pelajar boleh memohon semak semula jika tidak berpuas hati dan yakin ada kesilapan dari pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2017

Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan seperti di pautan berikut :-

Paparan muka contoh borang adalah seperti berikut :-

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Cara memohon adalah seperti berikut :-

  1. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
    • Pengarah Peperiksaan
    • Lembaga Peperiksaan
    • Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Aras 8, Blok E11
    • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    • 62604 PUTRAJAYA
    • (U.P : Unit SPM)
  2. Sila tuliskan perkataan SEMAK SEMULA SPM di sudut atas sebelah kiri sampul surat
  3. Permohonan yang tidak menggunakan borang ini tidak akan diproses
  4. Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan
  5. Sila sertakan dua (2) sampul surat berukuran 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM1.00
  6. Tarikh tutup permohonan ialah 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan
  7. Tarikh keputusan semak semula adalah dua bulan selepas tarikh tutup permohonan

Peraturan Pentadbiran Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Berikut adalah panduan permohonan beserta nota penting semak semula result SPM 2017 :-

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan
  2. Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Semak Semula/ Kes T
  3. Pelajar yang membuat permohonan dengan tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses
  4. Borang Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah, Sektor/ Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
  5. Permohonan Semak Semula perlu disertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/ pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
  6. Borang Semak Semula/Kes T yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan kepada:-
    • Pengarah Peperiksaan
      Lembaga Peperiksaan
      Kementerian Pelajaran Malaysia
      Aras 8, Blok E11
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA.
      (U.P.: Unit SPM)

Bayaran FI Semakan Semula Keputusan

Kadar bayaran semak semula ialah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima. Kokotkan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf pada Borang Semak Semula/ Kes T supaya tidak tercicir.

Peringatan Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

  1. Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan bagi semua urusan berkaitan
  2. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-88843332 atau e-mel kepada lp.spm@moe.gov.my
  3. Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL bagi calon sekolah dan calon persendirian akan dihantar kepada calon
  4. Pernyataan keputusan baharu bagi calon sekolah akan dihantar ke sekolah dan bagi calon
    persendirian dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri. Calon hendaklah menyerahkan pernyataan keputusan lama kepada pihak sekolah/JPN apabila mengambil pernyataan keputusan baharu.

Maklumat Lanjut

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit SPM melalui talian 03-8884 3332 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel lp.spm@moe.gov.my

Selamat membuat Permohonan Semak Semula Keputusan peperiksaan SPM tahun 2017. Tahniah sekali lagi kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

geran rm2000 bagi pelajar kursus kemahiran di negeri johor

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018

Semakan Keputusan Tawaran IPG 2018 Online (PISMP) - UKCG, Temuduga dan tawaran

Semakan Keputusan IPG 2018 Online (PISMP)