in

Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR. Tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah anda? Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR buat panduan pelajar dan ibu bapa. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), orang ramai boleh mengemukakan permohonan semakan dengan melengkapkan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65A) dan melampirkan salinan keputusan UPSR yang disahkan oleh guru besar atau pegawai kerajaan kumpulan A.

Setiap permohonan akan dikenakan bayaran RM50 bagi setiap kertas sama ada menggunakan wang pos, kiriman wang atau bank draf di atas nama Pengarah Peperiksaan.

Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan semakan keputusan UPSR. Pelajar boleh mendapatkan Borang permohonan seperti berikut :-

  1. Sekolah tempat calon menduduki peperiksaan,
  2. Sektor Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
  3. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya.
  4. Laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my.

Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Cara Memohon Semak Semula UPSR

Pelajar disarankan untuk membaca Peraturan Permohonan sebelum membuat permohonan semak semula keputusan UPSR seperti berikut :-

  • 1. Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan diumumkan.
  • 2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.

3. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

  • 3.1 satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR (disahkan oleh Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
  • 3.2 Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA- KPM. Sila rujuk No. 5 – Kadar Bayaran dan No. 6 – Kaedah Bayaran
  • 3.3 dua (2) sampul surat berukuran 11cm X 22 cm, beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00 setiap sampul

4. Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

5. Kaedah Bayaran Semak Semula

5.1 Permohonan melalui pos:

  • i. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Kokotkan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula/Kes T supaya tidak tercicir
  • ii. Cek persendirian tidak diterima.

5.2 Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:

  • i. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima
  • ii. Cek persendirian tidak diterima.

6. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2018” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan di alamat berikut:

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E11,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit UPSR)

7. Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR tidak akan diproses.
8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
9. Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

Peringatan Dalam Mengis Borang Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR

  • 1. Sila isi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan /Kes T (LP/Am 65A) ini dengan lengkap dan tepat.
  • 2. Borang permohonan yang telah lengkap akan diberi keratan Akuan Penerimaan. Sila gunakan Nombor Rujukan pada keratan Akuan Penerimaan tersebut dalam semua urusan yang berkaitan.
  • 3. Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan akan dihantar kepada pemohon menggunakan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
  • 4. Sekiranya berlaku perubahan gred, Pernyataan Keputusan yang lama hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah sebelum mendapatkan Pernyataan Keputusan yang baharu.

Semoga perkongsian panduan Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR bermanfaat buat semua. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Pangkat Polis PDRM

Senarai Pangkat Polis PDRM Polis DiRaja Malaysia

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM