in

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara. Perhatian buat semua. Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat wang milik mereka di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, anda boleh membuat semakan wang tidak dituntut atau ringkasnya WTD seperti langkah dikongsikan di bawah ini. Permohonan semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan pejabat cawangan negeri JANM. Difahamkan, semakan WTD secara atas talian eGUMIS (online) akan diperkenalkan tahun hadapan.

Menurut Utusan, terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah ter­kumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tun­tutan dibuat. Oleh itu kepada mereka yang ingin membuat permohonan semakan WTD, jom buat semakan secepat mungkin.

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)
Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Berikut dikongsikan Cara membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara. Untuk makluman pengguna, wang tak dituntut termasuklah :-

  1. Wang dari akaun-akaun bank yang tidak aktif,
  2. Bayaran rebat insurans,
  3. Bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama kita bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.

Syarikat-syarikat yang dinyatakan ini mungkin gagal untuk menyerahkan sen­diri wang hak anda atas faktor pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap. Pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab untuk membayar balik WTD kepada tuan punya wang yang berhak.

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) DI JANM

Untuk makluman, cara membuat semakan WTD adalah cukup mudah seperti berikut :-

  1. Datang atau hadir sendiri ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri. Senarai Lokasi JANM di seluruh negeri boleh dirujuk di Lokasi JANM
  2. Bawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad di kaunter
  3. Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan tidak sampai lima minit pemohon akan dapat tahu jika anda mempunyai WTD
  4. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan untuk membuat semakan
  5. Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga dibuat. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris

Prosidur Tuntutan WTD : Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut

  1. Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
  2. Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.
  3. Muat Turun Borang UMA-7
  4. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani
    Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
    Dokumen asal (Antaranya: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)
  5. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank
  6. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang dinyatakan
  7. Untuk panduan selanjutnya, sila rujuk Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut dalam PDF. Atau Panduan Permohonan WTD

Semakan Wang Tidak DiTuntut Secara Online

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) difahamkan kini sedang dalam proses bagi membangunkan portal semakan dan permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara online (atas talian). Menurut JANM, sistem semakan online adalah dijangka untuk beroperasi tahun depan.

Sementara menunggu portal semakan beroperasi, pengguna boleh membuat semakan WTD di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara. Apa yang perlu ditekankan adalah WTD tidak mempunyai tarikh luput.

Maksud/ Definisi Wang Tidak Dituntut

Berikut dikongsikan definisi maksud wang tidak dituntut :-

A. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  1. Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  2. Dividen;
  3. Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  4. Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  5. Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  6. Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  7. Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  8. Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

B. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  1. Akaun simpanan;
  2. Akaun semasa;
  3. Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

C. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

  1. Akaun pemiutang dagangan
  2. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Selamat membuat semakan WTD. Semoga perkongsian Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara boleh dijadikan panduan buat semua pengguna di Malaysia. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran