in

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM. Pendaftaran perniagaan secara percuma buat semua pelajar IPT? Berita baik buat pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Anda kini boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma bermula 1 Januari 2017. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM yang dikongsikan dari Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berkuatkuasa 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2026, pelajar di pusat pengajian dalam negara boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma. Untuk makluman, SSM ada memperuntukkan geran sebanyak RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak.

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Borang Permohonan Pendaftaran Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Berikut dikongsikan cara-cara dan syarat permohonan dalam membuat pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan beserta dokumen yang diperlukan.

Syarat Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Sebelum membuat pendaftaran, sila pastikan anda adalah :-

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara;
  3. Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini;
  4. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan
  5. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Cara Membuat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Proses pendaftaran perniagaan melalui Skim ini adalah seperti berikut:-

Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

  • Kad Pengenalan;
  • Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
  • Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran.

Pendaftaran Percuma Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

cara daftar skim 1 pelajar 1 perniagaan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran skim 1 pelajar 1 perniagaan, anda boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sesuai dengan moto ‘PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM’, semua pelajar yang layak jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Selamat membuat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM. Moga perniagaan anda terus maju seiring dengan pencapaian akademik anda yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2017 Online

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Online

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online