Permohonan Skim MyDeposit Online Pembiayaan Rumah Pertama, borang pembiayaan mydeposit beserta syarat kelayakan dan cara memohon atas talian.

Permohonan Skim MyDeposit Online

Cara Mohon Dan Borang Skim MyDeposit Online Pembiayaan Rumah Pertama. Berita baik buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta berkelayakan dan ingin memiliki rumah pertama. Menerusi pembentangan Bajet 2018, Kerajaan akan meneruskan program MyDeposit dalam membantu pembayaran bantuan deposit pembelian rumah pertama. Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online Rumah Pertama telah dibuka pada 15 Disember 2017. MyDeposit 2018 hanya mempunyai kuota sebanyak 2,000 slot sahaja. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya dengan segera.

Untuk makluman, Skim MyDeposit telah diumumkan pertama kali ketika pembentangan Bajet 2016 dan diteruskan pada Bajet 2018 dimana Kerajaan akan membayar 10% deposit untuk rumah pertama mereka. Tujuan program MyDeposit adalah untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan kasar dari RM3,000 hingga RM10,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka.

Permohonan Skim MyDeposit Online Rumah Pertama
Program Skim MyDeposit Online Pembiayaan Rumah Pertama

Skim MyDeposit dilihat sebagai suatu bantuan yang sangat bermakna kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kepada mereka yang berminat, berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online Pembiayaan Rumah Pertama merangkumi borang permohonan, tarikh, syarat kelayakan memohon dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Tarikh Permohonan MyDeposit 2018

Permohonan MyDeposit 2018 telah dibuka secara pengisian borang atas talian (online) mulai 15 Disember 2017 (10am) sehingga 15 Februari 2018 di laman sesawang rasmi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

Permohonan untuk MyDeposit 2019 berdasarkan kenyataan di Portal Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah ditutup buat tahun 2019.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara telah membuat pernyataan bahawa permohonan bagi Skim MyDeposit telah ditutup mulai tahun 2018.

Penularan berita mengenai pembukaan atau pendaftaran Skim MyDeposit dalam media sosial atau apa-apa saluran lain adalah tidak benar.

Orang ramai digalakkan untuk merujuk laman sesawang TEDUH bagi mendapatkan maklumat tepat yang terkini mengenai skim-skim perumahan KPKT.

Berikut adalah maklumat bagi MyDeposit 2018 sebagai rujukan semua.

Syarat Permohonan MyDeposit 2018

Menurut Portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat tapisan permohonan. Ianya bagi menentukan mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dibawah skim ini berdasarkan kelayakan seperti berikut :-

1. Mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan

2. Permohonan adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah

3. Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain)

4. Mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan; dan

5. Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli

Pemohon juga perlu layak untuk mendapatkan pinjaman dari mana-mana bank di Malaysia (mempunyai rekod kewangan yang baik dan tidak disenarai hitamkan atau diisytiharkan muflis).

Kriteria Pembelian Projek Perumahan Yang Dibenarkan

Jika anda telah melepasi kesemua syarat kelayakan permohonan di atas, mulakanlah pencarian rumah yang diidamkan termasuk ‘subsale’ dengan harga di bawah RM500,000. Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit adalah seperti berikut :

1. Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale)

2. Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan

3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan

Cara Membuat Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online

Pemohon perlu memilih kediaman yang ingin dibeli sebelum memohon skim ini. Proses kelulusan permohonan akan mengambil sedikit masa. Setelah menjumpai rumah yang diidamkan, tiba masanya untuk membuat permohonan secara online.

1. Isi borang permohonan

Menerusi makluman Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara, KPKT, permohonan baru Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) akan dibuka mulai

Tarikh Buka : 15 Disember 2017 sehingga

Tarikh Tutup : 15 Februari 2018.

Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.

Link applikasi borang permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tunggu sehingga permohonan dibuka untuk membuat pendaftaran dan sebagainya. URL applikasi mungkin berlainan.

Daftar Baru

Log Masuk

Lupa Kata Laluan

2. Permohonan dah lulus

Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit

Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda. Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan dari Institusi Kewangan di Malaysia

Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement atau S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.

3. Tandatangani Perjanjian S&P

Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P.

Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.

Anda hanya diberikan masa sebanyak 30 hari untuk menandatangani perjanjian jual beli kediaman.

Kegagalan untuk menandatangani perjanjian tersebut dalam masa 30 hari akan menyebabkan kelulusan permohonan anda ditarik balik dan anda perlu membayar bayaran pendahuluan kediaman tersebut dengan wang tunai sendiri

4. Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman

Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.

Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran:

Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit.

Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek.

Carta Alir Permohonan MyDeposit

Ramai yang bertanya bagaimana cara untuk memohon Skim MyDeposit? Berikut dikongsikan carta aliran permohonan skim MyDeposit bat panduan pemohon yang berminat.

Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online

Nota Penting Permohonan Skim MyDeposit

Terdapat kekurangan mengenai skim ini dimana anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun

Skim MyDeposit tidak terpakai untuk projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.

Kelebihannya pula, skim MyDeposit dapat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’. Terutama kepada mereka yang menghadapi masalah dalam membiayai pembayaran wang pendahuluan pembelian kediaman. Kelebihan yang dinikmati termasuk deposit rumah kerajaan bayarkan manakala kos S&P kebiasaannya pemaju bayarkan. Kos insurans rumah dan guaman juga boleh dimasukkan dalam pinjaman.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan MyDeposit

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu sediakan untuk permohonan skim ini adalah seperti berikut. Senarai dokumen sokongan ini perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit (link akan dikongsikan).

1. Kad pengenalan pemohon dan pasangan (Salinan)

2. Surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan) (Salinan)

3. Kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan) (Salinan)

4. Surat akuan sumpah bekerja sendiri (Salinan)

5. Surat pengesahan majikan (Salinan)

6. Penyata gaji terbaru (Salinan)

7. Penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan (Salinan)

8. Surat pencen( Jika berkenaan) (Salinan)

9. Kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran (Salinan)

10. Surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/ penjual (Salinan)

11. Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan (Salinan)​

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi :-

Melalui emel : Pertanyaan Skim MyDeposit: mydeposit@kpkt.gov.my

Masalah Aplikasi: ict_jpn@kpkt.gov.my

Kredit : Facebook Friends of BN

Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk membuat Permohonan Skim MyDeposit 2018 secara Online. Semoga permohonan permbiayaan deposit rumah pertama anda berjaya diluluskan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *