Permohonan Skim Perumahan Belia BSN, Borang online Permohonan Skim Perumahan Belia BSN mybsn home beserta syarat kelayakan dan panduan.

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i

Borang Online Permohonan Skim Perumahan Belia BSN. Anda memerlukan pinjaman perumahan? Berita baik buat belia yang sudah berkahwin dan berumur 25 hingga 40 tahun. Skim Perumahan Belia (SPB) atau Youth Housing Scheme (YHS) adalah satu produk khusus untuk golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN untuk panduan semua.

Terkini : SPB seperti dimaklumkan dalam Bajet 2020 akan bermula pada 1 Januari 2020 dan tamat pada 31 Disember 2021. SPB yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2015 dilaksanakan secara perkongsian pintar oleh BSN bersama Perbadanan Gadai Janji Nasional, Cagamas Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada pembentangan Bajet 2020 pula, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menyatakan beberapa penambahan untuk SPB yang merangkumi lanjutan tarikh tutup SPB, peratus tawaran jaminan pinjaman serta bantuan ansuran bulanan yang diberikan.

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

Skim Perumahan Belia BSN

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN termasuk borang permohonan, syarat permohonan, dokumen yang diperlukan serta maklumat pembiayaan.

Tujuan SPB adalah untuk membantu para belia dalam memiliki rumah sendiri untuk didiami. Permohonan SPB terbuka kepada pasangan berusia antara 25 dan 40 tahun dan BSN akan menyediakan pinjaman perumahan antara RM100,000 hingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun atau umur 65 tahun tertakluk kepada mana terdahulu.

Tarikh SPB BSN

SPB dilanjutkan pada tarikh berikut:

  • Tarikh Buka : 1 Januari 2020
  • Tarikh Tutup : 31 Disember 2021

Syarat Permohonan SPB BSN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Skim Perumahan Belia BSN :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  4. Pembeli rumah pertama sahaja

Maklumat Pembiayaan SPB

Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)

Margin Pembiayaan

  • i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
  • ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah

Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan

  • Kadar faedah / Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4% *
  • *(Tertakluk terma & syarat) (BLR /BFR semasa ialah 6.85%)
  • Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional

Bantuan Sokongan Kerajaan Untuk SPB

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan bantuan sokongan yang diberikan oleh kerajaan:

  • Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan

Tambahan bantuan selepas pembentangan Bajet 2020:

  • Jaminan pinjaman sebanyak 10% melalui Cagamas ditawarkan bagi membolehkan peminjam memperoleh pembiayaan penuh
  • Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama (terhad kepada 10 ribu unit rumah)

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN Untuk Belia

Dokumen yang diperlukan untuk memohon SPB adalah seperti berikut :-

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN – Klik Borang SPB BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil Nikah yang sah

Pemohon Berpendapatan Tetap

  1. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
    Copy penyata bank untuk 3 bulan terkini
    Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
    Salinan penyata KWSP
    Surat pengesahan berkerja daripada majikan
    Borang EA/ EC

Pemohon Bekerja Sendiri

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
    Surat pendaftaran syarikat (SSM)
    Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
    Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Permohonan Pemohon Bersama

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
    Surat pendaftaran syarikat (SSM)
    Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
    Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Cara bayaran yang disediakan

  • Kredit bulanan ke GIRO / GIRO-i

Maklumat Lanjut Permohonan SPB BSN

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan dengan Skim Perumahan Beia BSN boleh dirujuk di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Anda juga boleh melayari laman web BSN atau menghubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300 88 5465

Selamat membuat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN. Semoga hasrat anda untuk memiliki rumah idaman tercapai.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *