Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2023 (SRP) Pekerja Sektor Swasta. Bantuan pinjaman perumahan srp & syarat kelayakan.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2023 (SRP)

Berita baik buat semua pekerja swasta yang kurang berkemampuan dan berhasrat untuk membeli rumah kediaman buat pertama kali, anda berpeluang berbuat demikian dengan program inisiatif oleh kerajaan yang dikenali sebagai Skim Rumah Pertamaku. Sudah pasti ramai beranggapan bahawa memiliki rumah pertama adalah sesuatu yang mustahil dengan pendapatan yang rendah. Namun rakyat Malaysia kini boleh mendapat bantuan dengan membuat permohonan Skim Rumah Pertamaku 2023.

Program Skim Rumah Pertamaku ini telah diperkenalkan mulai tahun 2011 dalam pembentangan Bajet 2011. Ia juga turut dikenali sebagai “My First Home Scheme”  yang bertujuan untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri. Skim ini membenarkan pembeli rumah memperolehi pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi -institusi kewangan bagi membolehkan mereka memiliki rumah pertama tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku

Bagi pembeli rumah di bawah skim ini, jaminan akan diberikan oleh Cagamas SRP Berhad kepada bank-bank atas pembiayaan yang melebihi dari 90%. Sekiranya seseorang peminjam atau pelanggan telah mendapat pembiayaan sebanyak 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% sehingga 100%) daripada pembiayaan tersebut tanpa peminjam atau pelanggan untuk membayar apa-apa kecuali kadar faedah/keuntungan biasa daripada bank-bank berkenaan.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2023 Online

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan skim ini. Disertakan juga kriteria kelayakan untuk memohon bagi memudahkan orang ramai membuat semakan sebelum membuat permohonan.

TERKINI: Mulai 1 April 2023, Skim Rumah Pertamaku (SRP) akan dimansuhkan. Justeru tiada lagi kaedah bagi pembeli rumah pertama memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Pemohon yang berminat, hendaklah mengemukakan permohonan pinjaman atau pembiayaan perumahan di bawah SRP selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023.

Sumber: Berita Harian

Kriteria Kelayakan

PEMINJAM / PELANGGAN

Berikut adalah kriteria atau syarat-syarat kelayakan permohonan bagi peminjam/pelanggan:

1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja

2. Hanya untuk pembeli rumah pertama

3. Terbuka kepada individu berumur tidak melebihi 35 tahun

4. Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak melebihi RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak melebihi RM10,000 sebulan berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak melebihi daripada RM5,000 bagi setiap peminjam

5. Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat (yang mana lebih rendah)

KEDIAMAN YANG LAYAK 

Berikut adalah kriteria atau syarat-syarat kelayakan permohonan bagi kediaman yang ingin dimiliki:

1. Rumah / Kediaman / Hartanah yang terletak dalam Malaysia

2. Nilai minimum hartanah mestilah berjumlah  RM100,000

3. Nilai Maksimum hartanah mestilah berjumlah RM400,000

4. Dihuni oleh pemilik iaitu pembeli sendiri mesti menghuni kediaman tersebut

Keperluan Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku

1. Tempoh pembiayaan mestilah tidak melebihi 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65  tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan Bank Negara Malaysia yang telah diumumkan pada Julai 2013

2. Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)

3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

4. Insurans / takaful kebakaran adalah diwajibkan

Institusi Kewangan yang Terlibat Skim Rumah Pertamaku

Permohonan untuk pembiayaan melalui Skim Rumah Pertamaku ini boleh dibuat di mana-mana cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

  1. Affinbank
  2. Alliance Bank
  3. Alliance Islamic Bank
  4. AmBank
  5. AmIslamic Bank
  6. Bank Islam
  7. Bank Muamalat
  8. CIMB Bank
  9. CIMB Islamic
  10. Hong Leong Bank
  11. Hong Leong Islamic Bank
  12. Maybank
  13. Maybank Islamic
  14. OCBC Bank
  15. OCBC Al-Amin
  16. Public Bank
  17. Public Islamic Bank
  18. RHB
  19. RHB Islamic Bank
  20. Standard Chartered
  21. Standard Chartered Saadiq
  22. UOB

Soalan Lazim (FAQ) Skim Rumah Pertamaku

Soalan: Sekiranya bekerja sendiri dan mendapat purata gaji bulanan sekitar RM2,000, adakah layak untuk memohon skim ini.

Jawapan: Tidak Layak. Hanya pekerja dalam sektor swasta termasuk badan-badan berkanun yang tidak mempunyai tawaran kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan layak untuk memohon skim ini.

Soalan: Pasangan saya bekerja di sektor swasta manakala saya bekerja sendiri, bolehkah kami memohon sebagai peminjam bersama untuk skim ini?

Jawapan: Tidak dibenarkan. Hanya pasangan (bekerja di sektor swasta yang boleh memohon secara individu bagi skim ini.

Soalan: Saya dan rakan telah memenuhi setiap kriteria kelayakan sebagai peminjam, bolehkah kami membuat permohonan sebagai peminjam bersama untuk pembiayaan skim ini?

Jawapan: Tidak boleh. Peminjam bersama mestilah merupakan ahli keluarga sama ada suami dan isteri atau adik beradik sahaja dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Soalan: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan pembiayaan 100% bagi membeli hartanah bernilai RM400,000?

Jawapan: Pemohon boleh mendapat pembiayaan 100% menerusi pinjaman bersama dengan gabungan pendapatan tidak melebihi daripada RM10,000 sebulan (mengikut pendapatan kasar bulanan maksimum tidak melebihi RM5,000 untuk setiap peminjam). Dengan andaian sekiranya kedua-dua peminjam tidak mempunyai sebarang komitmen semasa permohonan dilakukan, tempoh pembiayaan adalah 35 tahun (bergantung kepada umur kedua-dua peminjam tidak lebih daripada 65 tahun pada akhir tempoh pembiayaan) serta memenuhi semua keperluan kredit bank, ansuran bulanan pinjaman berkenaan tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan bagi kedua-dua peminjam

Soalan:

Bolehkah skim ini digunapakai untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?

Jawapan: Tidak boleh. Skim ini tidak merangkumi pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Soalan: Saya mempunyai pendapat sebanyak RM2,000 manakala pasangan saya sebanyak RM3,000 sebulan. Adakah kami layak untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% bagi membeli rumah pertama kami berharga RM300,000 di bawah skim ini?

Jawapan: Ya. melalui skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam. Dengan andaian jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) berjumlah RM1,200. Bagi kes ini, pembayaran balik maksimum untuk pinjaman perumahan di bawah SRP tidak boleh lebih daripada RM1,410 sebulan.Contoh kiraan:

Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM5,000

Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan setelah potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)

60% daripada RM4,350 = RM2.610 – RM1,200 = RM1,410Mengikut kadar faedah / keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun pada akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.

Maklumat Lanjut Permohonan Skim rumah Pertamaku (Pekerja Sektor Swasta)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau ingin mendapatkan informasi mengenai skim ini, anda boleh layari laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku di www.srp.com.my emelkan ke query@srp.com.my atau hubungi butiran yang disediakan di bawah:

Institusi Kewangan Yang Terlibat: 

  1. Affin Bank Berhad : 03-55223000
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad : 03-26129266 / 9267
  3. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad : 03-26129266 / 9267
  4. AmBank Berhad : 03-21788888
  5. AmIslamic Bank Berhad : 03-21788888
  6. Bank Islam Malaysia Berhad : 03-26900900
  7. Bank Muamalat Malaysia Berhad : 1-300-88-8787
  8. CIMB Bank Berhad : 1-300-88-0900
  9. CIMB Islamic Bank Berhad : 1-300-88-0900
  10. Hong Leong Bank Berhad : 1-800-38-8888
  11. Hong Leong Islamic Bank Berhad : 1-800-38-8888
  12. Maybank Berhad : 1-300-88-6688
  13. Maybank Islamic Bank Berhad : 1-300-88-6688
  14. OCBC Bank Malaysia Berhad : 1-300-88-5000
  15. OCBC Al Amin Berhad : 1-300-88-0310
  16. Public Bank Berhad : 1-800-22-9999
  17. Public Islamic Bank Berhad : 1-800-22-9999
  18. RHB Bank Berhad : 1-800-88-4663
  19. RHB Islamic Bank Berhad : Semenanjung Malaysia : 03-9206 8118/ Sabah & Sarawak : 08-2276118
  20. United Overseas Bank Malaysia Berhad : 03-26128121
  21. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad : 03-77118888
  22. Standard Chartered Saadiq Berhad : 03-2117 7941

Bagi pemohon-pemohon yang ingin mendapatkan bantuan skim ini tetapi tidak melepasi syarat kriteria yang dinyatakan, anda boleh melihat program bantuan yang lain seperti Dana Rumah Mampu Milik BNM, dan pelbagai lagi skim perumahan mengikut setiap negeri.

Diucapkan selamat maju jaya bagi yang membuat permohonan untuk skim ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan lagi setiap pemohon agar lebih memahami dan seterusnya berjaya mendapat manfaat daripada skim ini.

Related : tertakluk kepada pendapatan kasar, dibawah skim, pemohon dengan pendapatan kasar, rumah tanpa perlu membayar, modul pendidikan kewangan, skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110 daripada bank bank yang terlibat, pemohon individu, kasar bulanan isi rumah, untuk pembelian hartanah, pertama yang berpendapatan kasar, untuk membantu pembeli, berpendapatan kasar bulanan isi, pendapatan kasar bulanan isi, rumah pertama yang berpendapatan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *