in

Permohonan SLTPPM Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi 2020 Online

Berita baik buat semua rakyat Malaysia terutamanya para pelajar Matrikulasi. Adakah anda salah seorang pelajar Matrikulasi KPM yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)? Sekiranya begitu, anda berpeluang untuk mengikuti Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) ke luar negara bagi tahun 2020. Bagi yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan panduan Permohonan SLTPPM Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi ambilan tahun 2020 secara pengisian borang online.

Buat makluman semua, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada para pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk mengikuti Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara untuk tahun 2020. Melalui program ini, Biasiswa Perguruan Persekutuan ditawarkan untuk pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Australia dan New Zealand. Calon yang berjaya dalam program ini akan dilantik sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi seluruh negara.

Permohonan SLTPPM

Permohonan SLTPPM Online Ambilan Tahun 2020 : Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Online SLTPPM Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi 2020 buat rujukan semua.

Tarikh Penting SLTPPM

Tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan SLTPPM 2020 adalah seperti berikut:

TARIKH PERMOHONAN SLTPPM 2020

PERMOHONAN DIBUKA
PERMOHONAN DITUTUP
3 Januari 2020
13 Januari 2020
  • Ujian Bertulis UKCG : 19 hingga 21 Januari 2020
  • Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal : 10 hingga 13 Februari 2020

SYARAT PERMOHONAN SLTPPM

Untuk memohon SLTPPM, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:
No 1 Pelajar semasa Program Matrikulasi KPM
No 2 Minimum PNGK 3.60 dalam PSPM
No 3 Lulus SPM dengan 5A atau lebih
No 4 Sekurang-kurangnya Gred B dalam Bahasa Inggeris SPM
No 5 Sekurang-kurangnya Band 4 dalam MUET
No 6 Memperoleh gred yang cemerlang dalam bidang yang dipilih

Panduan Permohonan Online SLTPPM

Bagi para pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan permohonan kemasukan ke program ini boleh melengkapkan permohonan secara online di pautan pintas Aplikasi Program Matrikulasi KPM di bawah:

Permohonan boleh dilakukan dari 3 hingga 13 Januari 2020

FUNGSI LAIN APLIKASI PROGRAM MATRIKULASI KPM

Selain menyediakan perkhidmatan aplikasi Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi Di Bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara, Aplikasi Program Matrikulasi KPM juga boleh digunakan untuk mengakses aplikasi berikut:
No 1 Aplikasi Transkrip Digital
No 2 Aplikasi Pengesahan Data Keputusan Transkrip
No 3 Semakan Keputusan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Antara Kolej Matrikulasi KPM
No 4 Aplikasi Semakan Alamat dan Kemaskini No PIN MUET
No 5 Aplikasi Markah Kokurikulum Program Matrikulasi KPM

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Online SLTPPM Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi 2020 ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berjaya membuat permohonan dan semoga mendapat tempat untuk mengikuti program ke luar negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Bantuan JKM Online (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Semakan WTD Online eGUMIS Wang Tak Dituntut

Semakan WTD Online eGUMIS Wang Tidak Dituntut