Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SM Imtiaz Ulul Albab Melaka 2019 Online. Berita baik buat pelajar UPSR 2018 yang berminat untuk menyambung pelajaran menengah ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka ambilan tahun 2019. Permohonan SM Imtiaz Melaka 2019 Tingkatan 1 akan dibuka secara online selepas keputusan UPSR diumumkan sehingga tarikh tutup permohonan pada 6 Disember 2018.
Calon pelajar tingkatan 1 2019 adalah berpeluang untuk merasai pengalaman menjalani kehidupan seharian pelajar SM imtiaz Ulul Albab Melaka. Dimana Program Simulasi Ulul Albab merupakan sebahagian daripada proses permohonan pelajar Tingkatan 1 2019. Calon pelajar akan didedahkan dengan modul Ulul Albab meliputi Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik seperti berenang, berkuda, memanah, kelas Bahasa Asing (Jepun, Perancis, Mandarin, Arab), program pra Hafaz Aqso, Smart Al Quran dan IQ Minda.
Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Abab Melaka 2019 Tingkatan 1
Berikut dikongskan maklumat penting Permohonan SM Imtiaz Melaka 2019 Tingkatan 1 secara online.
Tarikh Penting Permohonan SM Imtiaz Melaka 2018 Tingkatan 1
- 29 November 2018 : Tarikh Buka
- 6 Disember 2018 : Tarikh Tutup
Program Simulasi Ulul Albab dan Temuduga akan bermula dari 8 Disember hingga 12 Disember 2018.
Cara Membuat Permohonan SM Imtiaz Melaka 2019 Tingkatan 1
Pendaftaran permohonan SM Imtiaz adalah secara atas talian/ online di Laman Web Rasmi di pautan berikut :-
Syarat Kelayakan Permohonan SM Imtiaz 2019
Pemohon mestilah melepasi syarat kelayakan permohonan dan akademik seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Mendapat minimum 3A 3B dalam keputusan peperiksaan UPSR 2018
- Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja
- Menghadiri program simulasi dan lulus temuduga
- Lulus dalam sesi temuduga (Ujian Bertulis, Hafazan, Bahasa Arab Personaliti dan IQ)
Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 SM Imtiaz Melaka 2019
Keputusan permohonan boleh disemak pada applikasi semakan di ASIS.
- Sila masukkan No Kad Pengenalan pada ruangan yang disediak dan tekan SUBMIT untuk semakan
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-
SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA
Lot 1503, Bt 21, Empang Batu, Durian Daun 78300 Masjid Tanah, Melaka
Tel:+606-385 3055 Fax:+606-384 3054
Laman Web : http://www.sekmenimtiazmelaka.com
Email: admin@imtiazmelaka.com.my
Facebook : Sek. Men. Imtiaz Ulul Albab Melaka
Jangan lepaskan peluang keemasan dalam membuat Permohonan SM Imtiaz Melaka 2019 Tingkatan 1 secara online, Semoga permohonan kemasukan anda berjaya.