Permohonan SMA MAIWP 2024 Online, Borang kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & syarat kemasukan.

Permohonan SMA MAIWP 2024 Online

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2024 Online. Panduan buat pelajar tahun enam 2023 terutama anak-anak Wilayah Persekutuan. Permohonan SMA MAIWP untuk ambilan 2024 akan dibuka pada sekitar bulan November. Permohonan kemasukan ke SMISTA MAIWP Tingkatan 1 juga boleh dibuat pada tarikh dan di applikasi permohonan iSMAM yang sama. Juga dikongsikan maklumat kemasukan ke Tingkatan 4 Pondok Moden Al-Abaqirah.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Facebook SMA MAIWP dalam mendapatkan tarikh rasmi permohonan. Sebagai rujukan, permohonan kemasukan tahun 2023 dibuka secara online bermula 25 November 2022.

Permohonan SMA MAIWP Dan SMISTA 2021 Online

Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2024 Tingkatan 1 Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke SMA MAIWP tahun 2024. Maklumat dan panduan yang dikongsikan termasuk syarat permohonan, applikasi permohonan dan cara hubungi.

Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

β€’ π™Žπ™šπ™ π™€π™‘π™–π™ π™ˆπ™šπ™£π™šπ™£π™œπ™–π™ π˜Όπ™œπ™–π™’π™– π™ˆπ˜Όπ™„π™’π™‹ 𝙆π™ͺ𝙖𝙑𝙖 𝙇π™ͺ𝙒π™₯π™ͺ𝙧 (π™Žπ™ˆπ˜Ό π™ˆπ˜Όπ™„π™’π™‹ 𝙆𝙇)

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

β€’ π™Žπ™šπ™ π™€π™‘π™–π™ π™ˆπ™šπ™£π™šπ™£π™œπ™–π™ π˜Όπ™œπ™–π™’π™– π™ˆπ˜Όπ™„π™’π™‹ 𝙇𝙖𝙗π™ͺ𝙖𝙣 (π™Žπ™ˆπ˜Ό π™ˆπ˜Όπ™„π™’π™‹ 𝙇)

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang juga melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

β€’ π™Žπ™šπ™ π™€π™‘π™–π™ π™ˆπ™šπ™£π™šπ™£π™œπ™–π™ π™„π™£π™©π™šπ™œπ™§π™–π™¨π™ž π™Žπ™–π™žπ™£π™¨ π™π™–π™π™›π™žπ™― (π™Žπ™ˆπ™„π™Žπ™π˜Ό)

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

β€’ 𝙋𝙀𝙣𝙙𝙀𝙠 π™ˆπ™€π™™π™šπ™£ π˜Όπ™‘-β€˜π˜Όπ™—π™–π™¦π™žπ™§π™–π™ (π™‹π™ˆπ˜Ό)

Merupakan institusi pengajian bawah MAIWP yang melaksanakan kurikulum berteraskan kitab-kitab turath yang diintegrasikan dengan pembelajaran akademik arus perdana dan hafazan Al-Quran bermula tingkatan 4 hingga tingkatan 6.

Tarikh Permohonan SMA MAIWP 2024

Tingkatan 1

  • 4 Disember 2023 : Tarikh Buka Permohonan
  • 31 Disember 2023 : Tarikh Tutup

Tingkatan 4

  • Akan dikemaskini (Tahun lepas: 21 November 2022) : Tarikh Buka Permohonan
  • Akan dikemaskini (Tahun lepas: 9 Januari 2023) : Tarikh Tutup

Nota : Tarikh akhir menghantar borang yang telah lengkap diisi dan dikemaskini sebelum atau pada hari tarikh tutup permohonan SMA MAIWP.

Syarat Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Tingkatan 1

Pelajar yang ingin memohon perlu merujuk kepada syarat kelayakan permohonan berikut :-

  1. Murid hendaklah seorang Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan diberikan kepada murid yang lahir atau bermastautin/ menetap di Wilayah Persekutuan

Syarat Kelayakan Akademik

Selain syarat permohonan, syarat kelayakan akademik pelajar adalah seperti berikut :-

Ambilan 2024

  • Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun 2023
  • Mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf
  • Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik
  • Lulus cemerlang temuduga kemasukan
  • Aktif dalam kokurikulum

Cara Mohon Kemasukan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2024 Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara online di

Maklumat selanjutnya, siala rujuk Iklan Pengambilan

Nota Penting Permohonan

Pelajar yang layak perlu juga menghadiri temuduga dan hanya permohonan atas talian yang lengkap sahaja akan diproses

permohonan-sma-maiwp-smista-2024-tingkatan-1

Cara Hubungi SMA MAIWP

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Sekolah Kluster Kecemerlangan
    Telefon : 03-9171 3661

Selamat membuat Permohonan secara online. Semoga hasrat anda untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama MAIWP tercapai.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *