in

Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online (SMAJ)

Berita baik buat pelajar yang telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada bulan September yang lalu. Keputusan UPSR dijangka diumumkan sekitar bulan November berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun-tahun sebelumnya. Mereka yang berkelayakan adalah berpeluang untuk memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ). Permohonan kemasukan ke SMA Negeri Johor akan dibuka dan bakal ditutup pada tarikh yang dikongsikan di bawah ini. Juga dikongsikan panduan dalam membuat permohonan SMA Negeri Johor untuk kemasukan ke Tingkatan 1 bagi ambilan tahun 2020.

Sekolah Menengah Agama Negeri Johor merupakan sekolah di bawah pemantauan Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor. SMA Negeri Johor melaksanakan sistem dwi aliran iaitu aliran kebangsaan seperti yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta aliran agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Permohonan SMA Negeri Johor 2020 secara Online

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ)

Berikut dikongsikan senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor untuk kemudahan para pemohon:

  1. Maahad Tahfiz Johor, Johor Bahru (terbuka untuk lelaki sahaja).
  2. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor.
  3. Maahad Pontian, Pontian Johor.
  4. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Pontian Johor.
  5. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Permohonan bagi kemasukan ke SMA Negeri Johor ambilan 2020 dibuka pada tarikh berikut:

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE SMA JOHOR AMBILAN TAHUN 2020

TARIKH BUKA
PERMOHONAN DI TUTUP
*Nota : Tarikh Permohonan dibuka setelah keputusan UPSR 2019 diumumkan

Ambilan Tahun 2019

  • Tarikh Buka : 29 November 2018
  • Tarikh Tutup : 6 Disember 2018

Cara Membuat Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Kemasukan Ke Tingkatan 1

Untuk membuat permohonan kemasukan ke SMA Negeri Johor bagi ambilan 2020, pemohon boleh membuatnya secara atas talian (online) dengan melayari portal rasmi SMAJ di pautan seperti berikut:

NOTA: Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan.

Syarat Kemasukan ke SMA Negeri Johor 2020

  • Syarat akan dikemaskini untuk ambilan tahun 2020

Sebagai rujukan, syarat kelayakan kemasukan ke SMA Negeri Johor untuk pengambilan tahun lepas 2019 adalah seperti berikut :-

  • Memperolehi keputusan 3A 3B dalam UPSR 2018
  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat Negeri Johor diberi keutamaan

Semoga panduan yang disertakan di atas dapat membantu pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Calon yang telah memohon boleh membuat semakan untuk kelayakan menghadiri temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan (2019: 9 Disember 2018) selepas jam 2 petang. Selamat maju jaya diucapkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

permohonan sm imtiyaz Yayasan terengganu 2019

Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2020 Tingkatan 1

Permohonan sman perak tahun 2019

Permohonan SMAN Perak 2020 Online Kemasukan Ke Tingkatan 1