Permohonan SMA Nilai 2022 Online Kemasukan Tingkatan 1, Borang Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Nilai 2022 secara online.

Permohonan SMA Nilai 2022 Online Tingkatan 1

Berita baik buat pelajar UPSR 2019 yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama di Negeri Sembilan. Menerusi makluman Portal Rasmi SMA Nilai, Permohonan SMA Nilai ambilan tahun 2020 secara online untuk kemasukan ke Tingkatan 1 akan dibuka pada sekitar November 2019.

Permohonan kemasukan SMA Nilai akan dibuka selama seminggu iaitu bermula dari hari pertama keputusan UPSR 2019 diumumkan. Pelajar yang berminat perlu merujuk kepada syarat kelayakan dan proses permohonan yang dikongsikan di bawah ini.

Permohonan SMA Nilai 2019 Online Tingkatan 1

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SMA Nilai Tahun 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan SMA Nilai 2020 Online Tingkatan 1 (Sekolah Menengah Agama) meliputi tarikh penting, syarat dan proses permohonan serta semakan keputusan SMA Nilai. Bagi tahun 2022 akan dikemaskini

A. Tarikh Penting Permohonan

  1. 21 November 2019 : Tarikh keputusan UPSR diumumkan. Borang permohonan mula dipaparkan di laman web e-MOHON.
  2. 29 November 2019 : Tarikh tutup permohonan di e-MOHON. (Jam 3:30 petang)
  3. 29 November 2019 : Tarikh akhir penerimaan dokumen di pejabat SMA Nilai. (Jam 4.30 petang)
  4. 5 Disember 2019 : Senarai nama pelajar yang layak untuk temuduga akan dipaparkan di Portal Rasmi SMA Nilai
  5. 7 Disember 2019 : Temuduga dan Ujian Penilaian untuk calon lelaki/perempuan. Calon diminta membawa pensel 2B, kelengkapan alat tulis lain dan senaskhah Al-Quran Terjemahan
  6. 19 Disember 2019 : Keputusan permohonan diumumkan. Senarai nama pelajar yang terpilih akan dipaparkan di laman web rasmi SMA Nilai dan surat tawaran boleh diambil di pejabat SMA Nilai.
  7. 1 Januari 2020 : Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2020

B. Permohonan SMA Nilai : Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan ke SMA Nilai adalah seperti berikut :-

  • Mampu menulis dan membaca Jawi
  • Mampu membaca Al-Quran dengan lancar
  • Mengetahui asas Bahasa Arab
  • Sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR dan tiada D/ E,
  • Sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan UPKK atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/ PSRA

Kuota Kemasukan

Kuota bagi kemasukan ke SMA Nilai adalah terhad. Pihak SMAN akan memilih pelajar berdasarkan sistem meritokrasi, namun keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang memiliki kriteria berikut:

  1. Pelajar bersekolah rendah di Negeri Sembilan; atau
  2. Pelajar merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan; atau
  3. Salah seorang ibu atau bapa pelajar merupakan anak Negeri Sembilan; atau
  4. Pelajar telah bermastautin di Negeri Sembilan selama 10 tahun atau lebih.
  5. Pelajar tinggal di salah satu kawasan berikut: Bangi, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Salak Tinggi, Sepang (Selangor).

C. Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Tingkatan 1 2020

Proses Permohonan kemasukan secara amnya terbahagi dalam 3 peringkat iaitu

  1. Mengisi borang permohonan secara atas talian/ online
  2. Temuduga hafazan Al-Quran, lisan dan bertulis
  3. Pelajar terpilih akan menerima surat tawaran

Berikut adalah proses permohonan SMA Nilai yang lengkap buat panduan pelajar :-

  1. Isi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan 10 hari selepas keputusan UPSR diumumkan
  2. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.
  3. Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/ Guru besar/ pegawai kerajaan Gred A/ Ketua Kampung, iaitu:
    • Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
    • Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan isteri penjaga pemohon
    • Copy keputusan UPSR
    • Salinan keputusan UPKK/UPSRA/PSRA
    • Salinan sijil berhenti sekolah
    • Copy Pelaporan PBD
    • Salinan Pelaporan PAJSK
    • Salinan Pelaporan Segak
    • Copy Pelaporan Psikometrik
    • Salinan Sijil Pencapaian j-QAF
    • Salinan Sijil-Sijil Pencapaian yang berkaitan
  4. Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.
  5. Penghantaran melalui kaedah lain (contoh: kiriman pos, faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.
  6. Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang (mohon.sman.edu.my) ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.
  7. Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web rasmi SMA Nilai (sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.

Maklumat Lanjut/ Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan cara hubungi, sila rujuk kepada maklumat ini :-

  • Alamat: Sekolah Menengah Agama Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
  • No. Tel: 606-7991826
  • No. Faks: 606-7996931
  • Facebook Rasmi: SMA Nilai

Selamat membuat Permohonan SMA Nilai 2020 Online Tingkatan 1. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Nilai dalam menyambung pelajaran di peringkat menengah.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *