in

Permohonan SMAN Pahang 2020 Online Kemasukan Ke Tingkatan 1

Berita baik buat semua pelajar terutamanya murid-murid lepasan UPSR yang bakal meneruskan pelajaran di peringkat sekolah menengah. Adakah anda anak kelahiran Pahang dan berminat untuk memasuki Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang (SMAN)? Sekiranya begitu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan SMAN Pahang 2020 Online Tingkatan 1 buat panduan semua.

Untuk makluman semua, permohonan kemasukan tingkatan 1 ke SMAN Pahang bagi tahun 2020 telah dibuka. Permohonan hanya boleh dilakukan secara online di laman web yang disediakan. Bagi para pelajar yang berminat dan memenuhi semua syarat kelayakan, anda amat dialu-alukan untuk membuat pemohonan.

Permohonan SMAN Pahang form 1

Permohonan SMAN Pahang 2020 Online Tingkatan 1

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan SMAN Pahang 2020 Online Tingkatan 1 yang merangkumi tarikh-tarikh penting, pautan permohonan, syarat kelayakan dan lain-lain maklumat penting.

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan SMAN Pahang ambilan tahun 2020 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 :-

  • 20 November 2019 / 23 Rabiulawal 1441H : Tarikh buka permohonan
  • 1 Disember 2019 / 4 Rabiulawal 1441H : Tarikh tutup permohonan
  • 12 Disember 2019 / 15 Rabiulawal 144H : Tarikh Semak Panggilan Temu Uji
  • 14 Disember 2019 / 17 Rabiulawal 1441H : Tarikh Temu Uji
  • 23 Disember 2019 / 26 Rabiulakhir 1441H : Tarikh Semak Keputusan

*Nota : Tiada Temu Uji Secara “Walk-In”

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke SMAN Pahang 2020

Untuk layak memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang, para pelajar hendaklah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Tidak layak memohon jika ibu bapa bukan warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah Anak Negeri Pahang Darul Makmur:
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    • Sekiranya pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar negeri Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang Darul Makmur:
      • perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat di negeri Pahang
      • perlu mengemukakan surat pengesahan daripada ketua jabatan
  3. Tamat tahun 6 di sekolah bantuan penuh kerajaan atau setaraf dengannya

Panduan Permohonan SMA Negeri Pahang 2020 Online Tingkatan 1

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang bagi ambilan 2020 boleh dilakukan secara atas talian (online) bermula pada tarikh keputusan UPSR 2019 diumumkan. Klik pada pautan aplikasi permohonan di bawah:

permohonan smanp

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Permohonan kemasukan SMAN Pahang 2020 Online Tingkatan 1, rujuk butiran di bawah:

Alamat

  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang

No. Tel

  • 09-4211111

Fax

  • 09-4225922

E-mel

  • pendidikanjaip@pahang.gov.my

Diharap agar apa yang dikongsikan dapat memberi panduan kepada yang berminat untuk memohon. Selamat berjaya buat calon-calon yang membuat permohonan kemasukan SMAN Pahang 2020 dan semoga dapat menyambung pengajian di sekolah yang diimpikan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cara Renew SSM Online (Perbaharui Lesen Perniagaan)

Senarai Sekolah Menengah Agama Pahang (SMAN)