in

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018

Borang Permohonan Bantuan Pendidikan TLKJ 2018. Berita baik buat pelajar dari Negeri Johor yang sedang mengikuti latihan kemahiran pelbagai peringkat dan memerlukan bantuan pendidikan (geran) untuk mengurangkan baki pinjaman pendidikan. Dikongsikan dari makluman Facebook Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), adalah dimaklumkan bahawa permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) tahun 2018 telah dibuka bermula dari 11 Mac 2018 sehingga 11 April 2018.

Geran sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada mereka yang layak iaitu dari kalangan pelajar kursus kemahiran di Negeri Johor Selain TLKJ, bantuan pendidikan yang ada disediakan oleh YPJ adalah Skim Bantuan Pendaftaran ke IPT, Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Sukan Altet Johor dan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO).

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018

Borang Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting cara membuat permohonan TLKJ 2018 yang meliputi syarat-syarat kelayakan, borang permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara menghubungi.

Nota Penting : Pelajar yang berjaya diluluskan permohonannya, duit bantuan sebanyak RM 2,000 seorang akan dibayar terus ke akaun pinjaman pelajar (PTPK/ YPJ /Kolej/ Lain-lain penaja) pelajar sebagai “bayaran balik” (penyelarasan). Duit bantuan ini tidak boleh ditunaikan.

Bantuan ini adalah bertujuan untuk megurangkan jumlah pinjaman dan seterusnya mengurangkan jumlah bayaran balik pelajar. Pelajar boleh semak penyata pinjaman dengan badan penaja masing-masing selepas bayaran dibuat

Syarat Permohonan TLKJ

Pemohon yang layak memohon adalah seperti berikut :-

  1. Bermastautin tetap di Negeri Johor tidak kurang dari 5 tahun. Keutamaan adalah kepada pelajar yang lahir di Negeri Johor
  2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi–Institusi dalam Negeri Johor sahaja
  3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (contoh : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off)/  pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
  4. Jenis Pensijilan :-
    • Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Siji lKemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
    • Dan lain-lain Persijilan yang diiktiraf
  5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut:
    • Belia keciciran dan tamat tingkatan3/ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
    • Pelajar yang sedang/ pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti didalam industri mestilah disertakan bersama  (Contoh: sokongan majikan)
  6. Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi Negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut:-
    • Hospitaliti dan Pelancongan
    • Minyak & Gas
    • Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor

Muat Turun Borang Permohonan Geran TLKJ 2018

Berikut adalah pautan Borang Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor beserta panduan melengkapkan borang :-

  1. Sila layari Laman web YPJ di www.ypj.gov.my
  2. Download borang permohonan di Pautan Borang TLKJ

Dokumen Yang Diperlukan

Lengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan seperti berikut :-

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Surat tawaran/ pengesahan belajar dari pihak institusi/ pusat latihan
  3. Penyata pinjaman pelajar yang terkini (pembiayaan sendiri sahaja)

Semua dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau yang setaraf dengannya.

Penghantaran Borang Permohonan TLKJ

Hantar ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di alamat seperti berikut:

  • Bangunan YPJ, 15, Jalan Nuri
  • Kampung Dato Onn Jaafar
    80990 Johor Bahru
    Johor, Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjtlkj@gmail.com

Selamat membuat permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018 buat pelajar yang berkelayakan. Semoga permohonan bantuan TLKJ anda berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Rayuan BSH 2019 (Borang rayuan bantuan sara hidup Dan Panduan)

Permohonan Rayuan BSH 2019 (Borang Dan Panduan)

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM LP/Am 65

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM