in

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz Ambilan Tahun 2019

Berita baik buat pelajar lepasan SPM. Menerusi iklan pengambilan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima (5) Tahun 2018 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingkatan 6 (Tahfiz)  bagi Ambilan Mei 2019. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM tahun 2019 buat rujukan pelajar yang berminat.

Permohonan perlu di buat secara atas talian/ online. Untuk makluman, Tingkatan 6 (Tahfiz) ada ditawarkan di Pusat Tingkatan 6 SMKA Putrajaya dan Pusat Tingkatan 6 SMKA Kedah.

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM Online Ambilan Tahun 2019

Pengambilan Calon Tingkatan 6 (Tahfiz) Di Pusat Tingkatan 6 KPM Ambilan Tahun 2019

Berikut adalah ringkasan keterangan pelaksanaan Tingkatan 6 (Tahfiz) KPM :-

No 1 Pelaksanaan tingkatan 6 (tahfiz) ini menggabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester.
No 2 Pengajian Tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
No 3 Kandungan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan 6 tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.

Syarat Kelayakan Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM 2019

Berikut adalah syarat-syarat permohonan pengambilan calon pelajar Tingkatan 6 (Tahfiz) KPM ambilan tahun 2019 :-

SYARAT PERMOHONAN CALON TINGKATAN 6 (TAHFIZ) KPM TERKINI

No 1 Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa
No 2 Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
No 3 Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat al-Quran sekurang-kurangnya gred C; atau
No 4 Murid Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C dan telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk; atau
No 5 Murid sekolah tahfiz swasta memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C serta telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk
No 6 Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat Semester 3

Langkah Membuat Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM Tahun 2019 Secara Online

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM hanya boleh dibuat secara atas talian/ online mengikut ketetapan berikut :-

TEMPOH PERMOHONAN TINGKATAN 6 TAHFIZ KPM 2019

TARIKH BUKA
TARIKH TUTUP
 13 MAC 2019
 22 MAC 2019 (1159 MALAM)
*Nota : Applikasi Permohonan : SMKA T6 TAHFIZ
Tarikh RASMI seperti dimaklumkan di Portal Rasmi KPM
*Nota : Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.

Maklumat status permohonan dan temuduga pengambilan calon Tingkatan 6 Tahfiz adalah seperti berikut :-

SEMAKAN TEMUDUGA TINGKATAN 6 TAHFIZ

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga boleh dirujuk pada tarikh berikut :-
PANGGILAN TEMUDUIGA
STATUS BERJAYA TEMUDUGA
 1 APRIL 2019
 16 APRIL 2019
*Nota : Applikasi Semakan: SEMAKAN SMKA T6 TAHFIZ

Maklumat Lanjut Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :-

  • Bahagian Pendidikan Islam
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras Bawah & 2
    No 2251, Jalan Usahawan 1,
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan
    (u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
    No. Telefon : 03-8321 7200

ATAU

  • JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
    Aras 7, Lobi 2, Blok E2,
    Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
    62604, Putrajaya
    No. Telefon : 03-8889 0033

Selamat membuat permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM sesi 2019. Moga permohonan anda untuk menyambung pelajar dalam bidang Tahfiz berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan Kelayakan Peka B40

Semakan Kelayakan Peka B40 Online Skim Peduli Kesihatan

Jadual Waktu MUET on Demand (MoD) tahun 2019

Jadual Waktu MUET on Demand (MoD) 2019