Permohonan TUBE Mega 2023 Online, Maklumat terkini Cara Mohon Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE 2023 beserta syarat kelayakan bantuan memulakan perniagaan dan pautan borang permohonan online TUBE Mega.

Permohonan TUBE Mega 2023 Online

Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2023 Online. Cara mohon TUBE SMECORP? Berita baik buat belia warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Permohonan TUBE Mega 2023 akan dibuka dari 12 Julai 2023 sehingga 14 Julai 2023 sahaja. Keutamaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) adalah diberikan kepada pemegang sijil kemahiran dari institusi kemahiran tempatan (dari semua sektor) atas faktor telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu.

Program TUBE merupakan satu inisiatif Kerajaan dalam menggalakkan generasi belia Bumiputera berusia 18 hingga 30 tahun untuk menceburi bidang perniagaan. Ianya sekalgus menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Permohonan Tube Mega Online

Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2023 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2023 secara online meliputi syarat  serta borang permohonan dan jenis bantuan.

A. Apa Itu Program TUBE?

Program TUBE menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 sehingga 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.

Objektif utama Program TUBE adalah untuk:

  1. Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
  2. Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan
  3. Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri

B. Cara Membuat Permohonan TUBE Mega 2023 Online

Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sebelum membuat permohonan secara atas talian/ online.

i) Tarikh Penting Permohonan TUBE 2023

Tarikh-tarikh penting adalah tertakluk kepada pindaan seperti berikut :-

  • 12 Julai 2023 : Tarikh Buka
  • 14 Julai 2023 : Tarikh Tutup
  • Saringan Permohonan TUBE Mega : ?
  • Sesi Temuduga : ?
  • Tempoh Latihan di Kem Fasa 1 & Fasa 2 : ?
  • Pelaksanaan Perniagaan dan Pemantauan : ?

C. Syarat Kelayakan Permohonan TUBE 2023

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Program TUBE 2023 dimana permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:-

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
  • Berumur di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup permohonan dalam talian
  • Telah mendaftarkan perniagaan kurang dari 24 bulan / telah menjalankan operasi perniagaan sekurang-kurangnya dari 24 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan
  • Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
  • Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak
    • Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan);
    • Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
    • Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
  • Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senaraihitam oleh bank;
    • Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  • Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.
    • Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/ isteri dan anak-anak.
  • Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
    • Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
  • Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.

Nota : Pemohon hendaklah memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.

D. Applikasi Permohonan TUBE Mega 2023

i) Nota Penting Permohonan

  • Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
  • Permohonan boleh dibuat sekali sahaja.
  • Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
  • Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang “Sah & Hantar”
  • Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah & Hantar”.
  • Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.
  • Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  • Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.

E. Pelaksanaan Program TUBE Mega

Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar. Ini dilaksanakan menerusi tiga (3) Fasa pelaksanaan, iaitu

i) Fasa Pertama

  • Peserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan bootcamp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa menjalankan perniagaan.

ii) Fasa Kedua

  • Peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.

iii) Fasa Ketiga

  • Peserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia.
  • Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.

F. Bantuan TUBE

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:

  • Bimbingan dan pemantauan perniagaan melalui Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat tempoh bimbingan selama 12 bulan, adalah diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap;
  • Layak dipertimbangkan Geran Memulakan Perniagaan berjumlah RM15,000.00; dan
  • Setelah syarikat beroperasi melebihi enam (6) bulan, bimbingan lanjut untuk mengembangkan perniagaan turut ditawarkan kepada syarikat milik usahawan muda Program TUBE. Untuk tujuan ini, selain dari Kaunselor Perniagaan yang terdiri daripada pegawai SME Corp Malaysia, khidmat pakar SEAP boleh digunakan untuk membimbing serta memberi khidmat nasihat yang lebih teknikal dan mendalam termasuklah dari aspek sistem pengeluaran, kewangan, pengurusan dan penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti, pemasaran dan penjenamaan. Usaha ini dibuat agar syarikat milik usahawan muda ini menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing; dan
  • Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

G. Semakan Permohonan TUBE Mega 2023

  • Akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sila layari Laman Web Rasmi Tube Smecorp

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada :-

ATAU

  • SME Corporation Malaysia
    Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
    Jalan Stesen Sentral 2
    Kuala Lumpur Sentral
    50470 KUALA LUMPUR
    Email: tube@smecorp.gov.my
    Tel: 03-2775 6000
    Infoline: 1-300-30-6000

SUMBER : TUBE Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Selamat membuat Permohonan TUBE Mega 2023 Online. Moga permohonan anda berjaya untuk menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *