in

Permohonan UPSI Ambilan November 2019/ 2020 Online

Berita baik buat lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian peringkat Diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menerusi makluman Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, Permohonan UPSI Ambilan November sesi 2019/ 2020 Online akan dibuka dari 3 September 2019 sehingga tarikh tutup pada 4 Oktober 2019.

Permohonan UPSI ambilan November 2019/ 2020 perlu dibuat secara online dan dibuka kepada semua lepasan SPM/ setaraf. Sebanyak 4 program Diploma ada ditawarkan dengan maklumat program beserta syarat kemasukan dikongsikan di bawah ini.

Permohonan UPSI Ambilan November 2018/ 2019 Online

Permohonan Program Diploma UPSI Ambilan November 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan UPSI Ambilan November 2019 Online meliputi link aplikasi permohonan, syarat permohonan, program yang ditawarkan dan cara hubungi.

PERMOHONAN UPSI NOVEMBER 2019 DIPLOMA (TARIKH PENTING)

TARIKH BUKA
TARIKH TUTUP
3 SEPTEMBER 2019
 1200 Tengahari
 4 OKTOBER 2019
*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh rasmi. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa

Program Yang Ditawarkan Di UPSI Ambilan November 2019

  1. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  2. Diploma Teknologi Makmal
  3. Diploma Sains ( Matematik )
  4. Diploma Sains

iklan upsi ambilan kedua diploma

Syarat Am Permohonan

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda mempunyai syarat kelayakan am/ akademik seperti berikut :-

  • Lulus SPM dengan Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah (mulai SPM tahun 2013)

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik

Diploma Teknolog Makmal

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

Diploma Sains (Matematik)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

Diploma Sains

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

Cara Membuat Permohonan UPSI Ambilan November Sesi 2019/ 2020 Online

Permohonan program Diploma UPSI ambilan November 2019 boleh dimohon dengan mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :-

  1. Beli Bitara ID Diploma di mana-mana cawangan BSN-i seluruh Malaysia

Isi permohonan di :-

Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan Diploma UPSI November 2019

Berikut adalah tarikh penting buat panduan pelajar –

  1. Hebahan Jaya Tawaran Kemasukan : 22 Oktober 2019
  2. Rayuan : 23 – 30 Oktober 2019
  3. Tarikh Pendaftaran Pelajar : 7 November 2019
  4. Hebahan Jaya Rayuan : 11 November 2019
  5. Tarikh Pendaftaran Pelajar Rayuan : 18 November 2019

Cara Hubungi BHEA UPSI

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut permohonan Diploma UPSI, sila hubungi :-

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjung Malim, Perak

Tel 05-340 6000/ 6932/ 6930/ 6929
email : akademik @upsi.edu.my

Selamat membuat Permohonan UPSI Ambilan November 2019 Online. Semoga pelajar lepasan SPM/ setaraf berjaya dalam permohonan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online

Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online

Permohonan Pembaharuan Pasport Online

Permohonan Pembaharuan Pasport Online MyOnline