Permohonan USAS 2024 Online (Universiti Sultan Azlan Shah). Maklumat terkini cara mohon kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah iaitu IPT yang terletak di Perak beserta pautan borang permohonan dan syarat kelayakan.

Permohonan USAS 2024 Online (Universiti Sultan Azlan Shah)

Berita baik buat pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam peringkat pengajian tinggi. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah membuka permohonan bagi kemasukan pelajar baru ambilan tahun 2024. Terdapat banyak kursus yang ditawarkan bermula daripada peringkat asasi hinggalah doktor falsafah termasuk Diploma. Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan USAS iaitu kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah secara online bagi tahun 2024.

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dahulunya dikenali sebagai KISDAR atau Kolej Islam Darul Ridzuan dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Ianya adalah sebuah universiti swasta yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak serta dimiliki oleh Kerajaan Negeri Perak. Universiti ini telah ditubuhkan sejak tahun 1999 hasil cetusan idea daripada Sultan Perak ke-34. Bermula di kampus sementara terletak di Ipoh, seterusnya berpindah ke kampus tetap sekitar tahun 2009 yang terletak di tanah waqaf oleh Sultan Perak ke-35.

Permohonan USAS

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2024 Online

Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah, permohonan boleh dibuat mengikut sesi kemasukan yang ditawarkan.

Berikut adalah maklumat penting dalam membuat Permohonan ke USAS 2024 secara online termasuklah tarikh permohonan, cara membuat permohonan, jenis pengajian, syarat kelayakan, dan maklumat lain yang berkaitan:

Tarikh Permohonan USAS 2024

Permohonan bagi kemasukan Sesi Februari 2024 ke Universiti Sultan Azlan Shah adalah seperti ketetapan berikut:

1. Asasi

  • Tarikh Buka Permohonan: 9 November 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 12 Januari 2024
  • Tarikh Lapor Diri : 13 Januari 2024

2. Diploma & Ijazah Sarjana Muda

  • Tarikh Buka Permohonan: 8 November 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 16 Februari 2024
  • Tarikh Lapor Diri : 19 Februari 2024

Cara Membuat Permohonan USAS

Permohonan kemasukan ke USAS (Universiti Sultan Azlan Shah) bagi pengambilan sesi tahun 2024 boleh dibuat secara atas talian atau online melalui pautan yang disediakan di bawah:

  • Permohonan Online
  • Sila pilih prasiswazah atau pascasiswazah dan klik daftar bagi pengguna kali pertama serta ikuti langkah selanjutnya

iklan-permohonan-usas-februari-2024-universiti-sultan-azlan-shah

Jenis Pengajian & Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Universiti Sultan Azlan Shah

Berikut adalah jenis pengajian yang ditawarkan bagi Sesi Februari 2024:

  1. Asasi
  2. Diploma
  3. Ijazah Sarjana Muda

Terdapat pelbagai program pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang ditawarkan. Sila rujuk pautan di bawah bagi melihat lebih lanjut setiap penjelasan program yang ditawarkan serta syarat kelayakan bagi setiap program tersebut

Semakan Keputusan Permohonan USAS Online

Semakan keputusan permohonan juga boleh dibuat secara online menerusi pautan yang disediakan berikut:

Kelebihan Universiti Sultan Azlan Shah

Terdapat banyak kelebihan untuk menyambung pengajian di USAS antaranya adalah:

  1. Kadar yuran yang berpatutan
  2. Merupakan milik penuh Kerajaan Negeri Perak
  3. Mempunyai tenaga pengajar yang pakar dan pengalaman dari dalam dan luar negeri
  4. Menyediakan fasiliti dan kemudahan yang lengkap dan kondusif
  5. Program atau kursus yang ditawarkan mendapat Akreditasi MQA
  6. Tawaran Biasiswa RM1 Juta ditawarkan kepada yang layak (tertakluk terma & syarat)
  7. Pinjaman PTPTN dan Dermasiswa disediakan dan diuruskan
  8. Menawarkan Sijil Profesional Tambahan seperti ACCA / IBFIM / Sijil Tauliah Mengajar (membuktikan kepakaran anda dalam bidang yang diambil)
  9. Mempunyai peluang seterusnya untuk menyambung pengajian di dalam dan luar negara
  10. Menawarkan tiga bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
  11. Memberi penekanan nilai moral dan islamik dalam setiap silibus pengajian

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke USAS, sila hubungi butiran berikut:

  • Facebook Rasmi USAS
  • Alamat: Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Bandar DiRaja, 33000, Kuala Kangsar, Perak
  • No. Telefon: +605-7732323
  • No. Faks: +605-7732333
  • Email: pro@usas.edu.my / kemasukan@usas.edu.my

Semoga perkongsian mengenai permohonan USAS 2024 secara online ini dapat memberikan penerangan kepada mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di universiti ini. Diharapkan permohonan anda berjaya dan seterusnya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *