Permohonan USM 2024 Online Ijazah Sarjana Muda Saluran Alternatif. Maklumat permohonan online kemasukan ke universiti sains malaysia ijazah sarjana muda sepenuh masa serta diploma jururawat sesi akademik 2024-2025 melalui pohon.usm.my

Permohonan USM Sesi 2024-2025 Online

Perhatian buat para pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia atau USM, anda boleh membuat permohonan kemasukan melalui cara yang akan dinyatakan di bawah. Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan USM iaitu kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi sesi 2024 – 2025 meliputi permohonan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa untuk saluran alternatif, Diploma Jururawat, Program Jarak Jauh dan PHD.

Universiti Sains Malaysia merupakan universiti kedua yang dibina di Malaysia pada tahun 1969 di Pulau Pinang. USM telah meningkat naik dalam kedudukan carta universiti terbaik di dunia dan kini di antara lima buah universiti terbaik di Malaysia. Sehingga kini, USM mempunyai 3 kampus utama, 26 pusat pengajian, 71 program sepenuh masa, 4 Program jarak jauh, 6 program pesisir dan 1 program diploma.

Permohonan USM 2020 Online

Permohonan USM Online Sesi Akademik 2024-2025

Bermula sidang pengajian akademik 2017/2018, permohonan untuk kemasukan program Ijazah Pertama (Sepenuh Masa) bagi lepasan STPM / Matrikulasi KPM / Asasi UiTM / PASUM / Diploma / Setaraf atau Saluran Perdana adalah melalui UPU Online.

Namun begitu, pelajar juga boleh membuat permohonan kemasukan terus menerusi laman pohon.usm.my bagi kemasukan sesi 2024-2025 untuk program / saluran berikut :-

1. Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa)

A. Saluran Alternatif 

  • Warga Budaya
  • Saluran Kedua
  • Warga Sukan
  • Warga Emas

B. Program Pesisir

  • Program Antarabangsa Doktor Perubatan  USM-KLE
  • Sarjana Muda Seni Bina USM-Equator
  • Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) (Grafik Komunikasi) USM  – Kolej Equator

2. Ijazah Sarjana Muda (Jarak Jauh) – Rancangan Pendidikan Jarak Jauh (RPJJ)

3. Diploma Kejururawatan

4. Diploma Lanjutan Kejururawatan Renal

5. Ijazah Sarjana, Kedoktoran & Doktor Falsafah

Tarikh Penting Permohonan USM Sesi 2024-2025

Bagi permohonan untuk program-program tertentu, tarikh permohonan adalah seperti berikut:

Saluran Alternatif USM+1 (2024)

  • 22 Janauri 2024 – Tarikh Buka
  • 29 Februari 2024 – Tarikh Tutup

Program Pesisir 

  • akan dikemaskini – Tarikh Buka
  • akan dikemaskini – Tarikh Tutup

Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)

  • 6 Februari 2024 – Tarikh Buka
  • 6 Mei 2024 – Tarikh Tutup

Diploma Kejururawatan

  • akan dikemaskini – Tarikh Buka
  • akan dikemaskini – Tarikh Tutup

Diploma Lanjutan Kejururawatan Renal

  • akan dikemaskini – Tarikh Buka
  • akan dikemaskini – Tarikh Tutup

Cara Membuat Permohonan USM Online Sesi 2024-2025

Pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran ke USM sesi 2024-2025 perlu melayari aplikasi permohonan yang disediakan oleh USM dan mengisi semua maklumat yang diperlukan. Berikut adalah pautan untuk membuat permohonan:

Maklumat Pembelian No Pin Permohonan USM Sesi 2024-2025

Bagi setiap permohonan kemasukan ke USM, pemohon hendaklah membeli No. Pin bagi yuran proses permohonan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda untuk setiap program. Terkini, pembelian No. Pin juga boleh dibeli melalui ePayment USM ketika membuat permohonan dengan harga seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) – Saluran Alternatif
    • No. PIN USM Alternatif
    • Harga : RM 60
  • Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) – Program Persisir
    • No. PIN USM Pesisir
    • Harga : RM 60
  • Permohonan Rancangan Pendidikan Jarak Jauh (RPJJ)
    • No. PIN USM PPJJ
    • Harga : RM60
  • Diploma Kejururawatan
    • No. PIN USM Jururawat
    • Harga : RM60
  • Diploma Lanjutan Kejururawatan Renal
    • No. PIN USM Diploma Lanjutan
    • Harga : RM60
  • Program USM +1
    • No. PIN USM+1
    • Harga : RM100

Maklumat Penting Permohonan Kemasukan Ke USM Sesi 2024-2025

Calon yang telah berjaya ditawarkan kemasukan ke USM hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan terdadap tawaran yang diterima. Jika calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap tidak menerima atau menolak tawaran tersebut.

Untuk program-program pengajian tertentu yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib untuk menghadiri dan lulus temuduga tersebut. Tarikh bagi temuduga akan dimaklumkan bermula akhir bulan April dan boleh semak di laman rasmi permohonan kemasukan ke USM. Perlu diingat bahawa segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga berkenaan perlu ditanggung oleh calon sendiri.

Iklan Permohonan : Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia 2024

Pertanyaan dan Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dikemukakan kepada butiran seperti berikut:

Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana, Kedoktoran dan Doktor Falsafah

  • Alamat : Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
  • Telefon :  +604 653 2994 / 2606 / 2958
  • Faks : +604 653 2940
  • Email : admissions_ips@usm.my
  • Laman Web : http://admissions.usm.my/
  • Facebook Rasmi : USM Postgraduate Studies

Semoga perkongsian mengenai permohonan kemasukan ke USM ini dapat membantu memudahkan para pemohon yang berminat untul melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia. Diucapkan selamat maju jaya dan semoga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *