Permohonan Kemasukan Ke UTHM Ambilan Kedua Sesi 2019/ 2020 Online. Perhatian buat pelajar lepasan Diploma/ setaraf yang ingin menyambung pengajian tinggi ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA). Permohonan UTHM Februari 2020 secara online (Universiti Tun Hussein Onn) ke Program Ijazah Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2019/2020 akan dibuka pada bulan Oktober 2019. Maklumat lanjut sila layari Facebook UTHM,
Selain UTHM, terdapat beberapa UA yang ada menawarkan kemasukan second intake iaitu Universiti Malaysia UM, UTEM, UIAM, UUM, UiTM, UMK dan UPSI. Permohonan kemasukan kedua ini adalah untuk ambilan Januari, Februari dan Mac 2020.
Permohonan Kemasukan Ke UTHM Semester 2 Sesi 2019/ 2020
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTHM Semester 2 Sesi 2019/2020 bagi lepasan diploma sahaja. Untuk makluman, permohonan kemasukan perlu dibuat secara atas talian (online) :-
Permohonan UTHM Ambilan Februari 2020 Online
Iklan permohonan adalah pada bulan Oktober 2019
- Tarikh Buka : 20 Oktober 2019
- Tarikh Tutup : 15 November 2019
- Tarikh Pendaftaran : 9 Februari 2020
- Applikasi Permohonan : Klik Wapps UTHM
Cara Membuat Permohonan UTHM Secara Online
Berikut dikongsikan prosedur permohonan UTHM semester 2 sesi 2019/ 2020 online. Pemohon perlu mempunyai akaun untuk membuat pemohonan. Sila ikuti langkah-langkah di applikasi permohonan dalam membuat akaun baru
- 1. Pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap semasa permohonan.
2. Sila muatnaik salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
c. Salinan Transkrip Akademik Diploma
d. Salinan Sijil MUET
e. Salinan Keputusan Bahasa Melayu / Matematik Julai (Jika Ada)
f. Salinan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm)
3. Sila pastikan semua dokumen di atas di muat naik ke dalam sistem permohonan.
Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan tidak akan diproses
Syarat Permohonan Kemasukan Ke UTHM Februari 2020
Berikut adalah syarat am permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM ambilan Februari (Ambilan tahun 2020, akan dikemaskini jika ada perubahan syarat) :-
A. Syarat Am
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai dan Lulus Mata Pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
DAN
Memiliki kelulusan STPM atau Diploma atau kelulusan lain dalam bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
DAN
Mendapat keputusan tahap 2 (Band 2) dalam MUET
DAN
Pelajar TIDAK aktif di mana-mana IPT
DAN
Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menanti prosiding jenayah
DAN
Menyertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti (SALINAN);
- Kad Pengenalan/ MyKad calon;
- Sijil SPM/ Setaraf;
- Keputusan Sejarah Kod 1251 (Lepasan DVM sahaja)
- Transkrip Diploma Penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
- Sijil MUET;
- MQA Diploma
- Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada)
Syarat Tambahan Bagi Program Pendidikan
Berikut adalah syarat tambahan untuk program pendidikan
- Terbuka kepada warganegara sahaja.
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari 2019
1 Januari 2016iaitu lahir pada atau selepas 19891 Januari 1987 - Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/ Setaraf
- Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.
- Lulus kertas peperiksaan Sejarah Kod 1251 (Calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi Kohort 2013 – 2017)
- Untuk Syarat khas program pengajian, pemohon boleh merujuk kepada SYARAT KHAS UTHM.
Senarai Kursus UTHM Yang Ditawarkan Untuk Ambilan Februari 2020
Kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2019/ 2020 di UTHM akan dikemaskini selepas iklan pengambilan dikeluarkan. Ambilan tahun sebelumnya adalah seperti berikut.
1. FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR (FKAAS)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
2. FAKULTI KEJURTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
3. FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian
4. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FKMP)
- BBA : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian#
- BBB : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian#
- BBC : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian#
- BBD : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian#
- BBE : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian#
- BBF : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian#
- BBG : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejubekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian#
5. FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI
- Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains (Matematik teknologi) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian
Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.
Iklan Permohonan UTHM ambilan kedua sesi 2019-2020 boleh dirujuk di Facebook UTHM
Tarikh Penting Permohonan UTHM Semester 2 2020 Online
Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan UTHM Ambilan Februari 2020 semester 2 sesi 2019/ 2020 buat panduan dan rujukan pelajar semua. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan di Laman Web UTHM dari semasa ke semasa.
- Tarikh Buka dan Tutup Aplikasi Permohonan Dalam Talian : 20 Oktober 2019 hingga 15 November 2019
- Semakan Ujian MedSI dan Panggilan Temuduga Untuk Program Bertemuduga (#) : Akan dikemaskini
- Pelaksanaan Ujian MedSI dan Temuduga : Akan dikemaskini
- Hebahan Status Keputusan Permohonan : 15 Januari 2020
- Pendaftaran Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2019/2020 : 9 Februari 2020
Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Web UTHM pada 15 Januari 2020. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 10 Februari 2020 dianggap gagal dan tidak berjaya.
Semakan Keputusan UTHM Februari 2020 Online
Untuk membuat semakan keputusan tawaran UTHM dan Ujian Medsi/ Panggilan Temuduga, sila klik :-
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor Darul Takzim
Waktu Operasi
- Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
No Telefon : 07-453 7696 / 7689 / 7375 / 7685 / 7687 / 7690 - Faks : 07-453 6085
Email : pa@uthm.edu.my
Selamat membuat Permohonan UTHM Februari 2020 Online. Moga Permohonan UTHM anda untuk kemasukan Semester 2 Online Sesi 2019/ 2020 berjaya.