in

Permohonan UTM 2020 Online (Second Intake)

Permohonan Kemasukan Ke UTM 2020 Online Ambilan Kedua. Berita baik buat pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Permohonan UTM untuk kemasukan semester 2 sesi 2019-2020 secara online bagi program Ijazah Sarjana Muda terpilih termasuk program MJII akan dibuka pada bulan Oktober 2019.

Untuk makluman, selain UTM terdapat UA (IPTA) lain yang menawarkan pengambilan kedua (semester 2) untuk Februari/ Mac 2020 iaitu UNIMAP, UUM, UIAM, UM, UiTM, UPSI, UTHM dan UMK.

Permohonan UTM 2020 Online (Second Intake)

Permohonan Kemasukan UTM Kemasukan Ambilan Kedua Sesi 2019-2020 Online

Pengajian sepenuh masa untuk program Ijazah Sarjana Muda UTM kemasukan Februari 2020  akan dijalankan di lokasi UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, tidak semua program pengajian peringkat Sarjana Muda ada ditawarkan pada sesi ambilan Februari 2020 ini. Pelajar boleh membuat permohonan UPU secara online bagi sesi 2020/ 2021 yang dijangka di buka pada awal tahun hadapan.

Permohonan UTM Kemasukan Februari 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Kemasukan UTM Februari 2020 Online untuk Program Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan Diploma / STPM / Matrikulasi / Asasi / A-Level/ setaraf. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, program yang ditawarkan, aplikasi permohonan dan cara hubungi.

Tarikh Permohonan UTM Februari 2020 Online

Permohonan online UTM kemasukan Februari 2020 dibuka seperti tarikh berikut :-

  • 1 Oktober 2019 : Tarikh Buka
  • 31 Oktober 2019 : Tarikh Tutup

Aplikasi Permohonan 

Pemohon boleh melayari Admission To UTM untuk membuat permohonan

Para pemohon juga boleh membuat semakan syarat permohonan serta mengetahui senarai dokumen permohonan yang diperlukan

Program Ijazah Sarjana Muda UTM Yang Ditawarkan

Program UTM yang ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2020 adalah seperti berikut :-

A. Lepasan Diploma (UTM Skudai)

  1. Bachelor of Engineering (Bio – Medical)
  2. Bachelor of Computer Science (Software Engineering)
  3. Bachelor of Computer Science (Network & Security)
  4. Bachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software)
  5. Bachelor of Technology with Education (Building Construction)
  6. Bachelor of Technology with Education (Building Construction)
  7. Bachelor of Technology with Education (Electric & Electronic)
  8. Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering)
  9. Bachelor of Technology with Education (Living Skills)
  10. Bachelor of Science with Education (TESL)
  11. Bachelor of Science with Education (Sports Science)
  12. Bachelor of Science with Education (Islamic Studies)

B. Lepasan Diploma (UTM Kuala Lumpur)

  1. Bachelor of Electronic System Engineering
  2. Bachelor of Mechanical Precision Engineering
  3. Bachelor of Chemical Process Engineering

C. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level Atau Setaraf (UTM Skudai)

  1. Bachelor of Technology with Education (Building Construction)
  2. Bachelor of Technology with Education (Electric & Electronic)
  3. Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering)
  4. Bachelor of Technology with Education (Living Skills)
  5. Bachelor of Science with Education (TESL)
  6. Bachelor of Science with Education (Sports Science)
  7. Bachelor of Science with Education (Islamic Studies)

D. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level Atau Setaraf (UTM Kuala Lumpur)

  1. Bachelor of Electronic System Engineering
  2. Bachelor of Mechanical Precision Engineering
  3. Bachelor of Chemical Process Engineering

Semakan Keputusan UTM Februari 2020

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan UTM dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD)
    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
    Universiti Teknologi Malaysia
    81310 UTM Johor Bahru
    No Telefon : 07-5537 645/ 377961/ 37632
    emel : upgrad@utm.my

Diucapkan selamat membuat Permohonan kemasukan ke UTM sesi Februari 2020 secara online buat pelajar yang berminat dan berkelayakan. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk Program Ijazah Sarjana Muda UTM dalam menyambung pengajian tinggi anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan UUM Februari 2019 Online

Permohonan UUM Februari 2020 Online

Permohonan Kemasukan UMK Februari 2019

Permohonan Kemasukan UMK Februari 2020