Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai 2020 oleh Ketua Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Pilihan Raya Negeri perlu dijalankan dalam tempoh 60 hari bermula pada hari pembubaran DUN yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia (SPR) juga telah menerima pemakluman rasmi daripada DUN Negeri berhubung pembubarannya dan akan mengadakan mesyuarat khas bagi pelaksanaan dan tarikh pilihan raya negeri. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan keputusan PRN Sabah (keputusan pilihanraya negeri sabah) beserta maklumat tarikh penting penamaan calon dan tarikh mengundi.
Untuk makluman semua, pembubaran DUN dibuat selepas bekas Ketua Menteri Negeri Di Bawah Bayu, Tan Sri Musa Aman daripada UMNO, Barisan Nasional (BN) negeri Sabah mendakwa bahawa beliau memperoleh 33 majoriti mudah iaitu sebanyak 33 sokongan wakil rakyat bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu. Maka, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membuat permohonan pembubaran DUN kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar bagi menjalankan pilihan raya dan meletakkan tanggungjawab membentuk kerajaan negeri yang baharu kepada rakyat yang layak mengundi.
Isi Kandungan
Keputusan Pilihanraya Negeri Sabah 2020 Dan Tarikh Penting
Menurut Pengarah SPR Negeri, Rohiman Rahia, sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri kali ini berbanding 60 kerusi DUN dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke -14. Hal ini berikutan Dewan Rakyat telah meluluskan keputusan usul tambahan 13 kerusi DUN pada Julai 2019.
Tiga belas DUN terbabit adalah N02 Bengkoka, N06 Bandau, N08 Pintasan, N13 Pantai Dalit, N17 Darau, N24 Tanjung Keramat, N27 Limbahau, N44 Tulid, N47 Telupid, N51 Sungai Manila, N58 Lamag, N61 Segama dan N70 Kukusan.
Jumlah pengundi adalah seramai 1,124,598 iaitu berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2019 & Daftar Pemilih Tambahan ST 1 2020 Julai lepas (dikemaskini sehingga 29 Julai 2020).
Setakat ini, parti yang mengesahkan untuk bertanding dalam Pilihanraya kali ini adalah UMNO/Barisan Nasional dan Bersatu di bawah Perikatan Nasional serta Parti Warisan (Ketua: Seri Mohd Shafie Apdal) yang merupakan sekutu kepada Pakatan Harapan, blok pembangkang di Parlimen pada hari ini.
30 Julai lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie membuat keputusan untuk membubarkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan diperkenan Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Pada 30 Julai juga beliau selaku Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata urusan pilihan raya, selepas mendapat arahan daripada mahkamah.
Sidang media timbalan pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sabah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri. Keputusan mahkamah semakan kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk memutuskan Pilihan Raya PRN pada 21 Ogos.
Tarikh Penting Pilihanraya
Berikut adalah tarikh-tarikh penting melibatkan perjalanan PRN Negeri tahun 2020 :-
TARIKH | NOTA | |
1. 12 SEPTEMBER 2020 | Hari Penamaan Calon | |
2. 12 – 25 SEPTEMBER 2020 | Tempoh berkempen | |
3. 22 SEPTEMBER 2020 | Pengundian awal | |
4. 26 SEPTEMBER 2020 | Hari Mengundi | |
Waktu mengundi yang ditetapkan oleh SPR adalah bermula 7.30 pagi hingga 5.00 petang. |
Keputusan Rasmi
- N1 Banggi : WARISAN
- N2 Bengkoka : BN (UMNO)
- N3 Pitas : BEBAS
- N4 Tanjung Kapor : WARISAN
- N5 Matunggong : PBS
- N6 Bandau : PN (BERSATU)
- N7 Tandek : PBS
- N8 Pintasan : PN (BERSATU)
- N9 Tempasuk : BN (UMNO)
- N10 Usukan : BN (UMNO)
- N11 Kadamaian : WARISAN (UPKO)
- N12 Sulaman : PN (BERSATU)
- N13 Pantai Dalit : BN (UMNO)
- N14 Tamparuli ; PBS
- N15 Kiulu : PBS
- N16 Karambunai : BN (UMNO)
- N17 Darau : BN (UMNO)
- N18 Inanam : PKR
- N19 Likas : WARISAN (DAP)
- N20 Api-Api : PKR
- N21 Luyang : WARISAN (DAP)
- N22 Tanjung Aru : WARISAN
- N23 Petagas : WARISAN
- N24 Tanjung Keramat : BN (UMNO)
- N25 Kapayan : WARISAN (DAP)
- N26 Moyog : WARISAN
- N27 Limbahau : WARISAN
- N28 Kawang : PN (BERSATU)
- N29 Pantai Manis : BN (UMNO)
- N30 Bongawan : WARISAN
- N31 Membakut : PN (BERSATU)
- N32 Klias : PN (BERSATU)
- N33 Kuala Penyu : PN (BERSATU)
- N34 Lumadan : WARISAN
- N35 Sindumin : WARISAN
- N36 Kundasang : PBS
- N37 Karanaan : PN (BERSATU)
- N38 Paginatan : PN (STAR)
- N39 Tambunan : PN (STAR)
- N40 Bingkor : PN (STAR)
- N41 Liawan : PN (STAR)
- N42 Melalap : WARISAN
- N43 Kemabong : BEBAS
- N44 Tulid : PN (STAR)
- N45 Sook : PN (STAR)
- N46 Nabawan : PN (BERSATU)
- N47 Telupid : PBS
- N48 Sugut : BN (UMNO)
- N49 Labuk : PN (BERSATU)
- N50 Gum-Gum : WARISAN
- N51 Sungai Manila : BN (UMNO)
- N52 Sungai Sibuga :BN (UMNO)
- N53 Sekong : WARISAN
- N54 Karamunting : WARISAN
- N55 Elopura : WARISAN (DAP)
- N56 Tanjong Papat : WARISAN (DAP)
- N57 Kuamut : BEBAS
- N58 Lamag : BN (UMNO)
- N59 Sukau : BN (UMNO)
- N60 Tungku : WARISAN
- N61 Segama : WARISAN
- N62 Silam : WARISAN
- N63 Kunak : WARISAN
- N64 Sulabayan : WARISAN
- N65 Senallang : WARISAN
- N66 Bugaya : WARISAN
- N67 Balung : BN (UMNO)
- N68 Apas : PN (BERSATU)
- N69 Sri Tanjong : WARISAN (DAP)
- N70 Kukusan : WARISAN
- N71 Tanjung Batu : BN (UMNO)
- N72 Merotai : WARISAN
- N73 Sebatik : WARISAN
Result Rasmi 2020 (73 kerusi) | |||
PARTI | DUN | ||
![]() | 38 | ||
![]() | 32 | ||
LAIN-LAIN PARTI | 3 |
Warisan Plus
- Warisan : 23
- DAP : 6
- Amanah
- UPKO : 1
- PKR : 2
Perikatan Nasional (BN + PN + PBS)
- UMNO : 14
- PBRS
- MCA
- SAPP
- BERSATU : 11
- PBS : 7
- STAR : 6
Lain-Lain Parti
- PHRS
- PKS
- PKAN
- LDP
- PCS
- PGRS
- PPRS
- USNO
- BEBAS : 3
Senarai Pencalonan
Senarai penuh pencalonan serta result pengundian akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut adalah pautan kepada senarai calon dan parti yang bertanding dalam PRN 2020 Sabah sebagai rujukan:-
Semoga pengundi dapat memilih pucuk pimpinan negeri yang berwibawa dan berkelayakan. Tahniah diucapkan kepada parti yang berjaya memenangi majoriti dan membentuk kerajaan yang diperkenan dipertua negeri, mengutamakan agenda rakyat serta memimpin negeri secara telus dan berintegriti.
Keputusan LIVE
Related : umno sabah, sabah memilih, pilihan raya negeri prn, berharap rakyat, rakyat sabah