in

SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas Online

Semakan SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas Secara Online. Hendak tahu kedudukan anak anda dalam kelas untuk peperiksaan dalaman sekolah? Ramai ibu bapa dan penjaga pelajar yang masih belum tahu bagaimana menyemak Kedudukan dalam Kelas (KDK) anak mereka. Untuk makluman, SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas 2018 boleh disemak secara online melalui applikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS Ibu Bapa).

Selain boleh menyemak kedudukan dalam kelas, kedudukan keseluruhan tingkatan/ aliran juga ada dipaparkan semasa membuat semakan SAPS. Ianya sekaligus memberikan gambaran kedudukan kelas para pelajar untuk pembelajaran tahun hadapan.

SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas Online

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau ringkasnya SAPS adalah merupakan satu sistem penyimapanan data pelajar. Ianya diasaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas 2018 yang dapat dikongsikan untuk panduan ibu bapa. penjaga dan pelajar.

SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas

Sistem semakan SAPS Ibu Bapa boleh diakses dan digunakan dalam mengetahui keputuan peperiksaan murid-murid sekolah rendah daripada Murid Tahun 1 hingga Murid Tahun 6. Selain itu, Semakan SAPS juga memaparkan keputusan peperiksaan murid-murid sekolah menengah dari murid tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.

Keputusan peperiksaan pelajar yang boleh disemak dalam Sistem SAPS adalah seperti berikut :-

  1. Ujian 1 dan Ujian 2
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun (Mid Year Exam)
  3. Peperiksaan Akhir Tahun (Final Exam)
  4. Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM
  • Nota : Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walaubagaimanapun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Anda boleh membuat semakan seperti arahan daripada KPM semasa keputusan peperiksaan tersebut diumumkan secara rasmi.

Cara Semak Kedudukan Dalam Kelas Melalui SAPS Ibu Bapa

Keputusan kedudukan dalam kelas boleh disemak di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman SAPS Tahun 2018

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan terkini yang telah diupdate, sila pastikan semakan dibuat selepas markah selesai diisi. Berikut dikongsikan Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

  • Takwim kemasukan markah peperiksaan dalam SAPS klik SAPS 2018

Moga SAPS Ibu Bapa Kedudukan Di Dalam Kelas Online ini dapat membantu ibu bapa dalam memantau dan membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. Tahniah kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2019/ 2020 (Darjah 1)

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2019/ 2020

Semakan BR1M 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan