in

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

SAPS dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara. Bagaimana cara mudah semak status keputusan peperiksaan anak anda melalui semakan SAPS Ibu Bapa? Ibubapa dan penjaga murid kini tidak perlu risau dalam mengetahui result terkini peperiksaan anak mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu sistem semakan yang dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Keputusan Peperiksaan online adalah sistem yang membolehkan ibubapa/ penjaga untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka secara atas talian.

Sistem Semakan SAPS akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Kewujudan SAPS NKRA ini sekaligus memudahkan ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing dan membuat penambahbaikan apa yang patut ke arah kejayaan cemerlang anak mereka.

  • TERKINI : Sistem SAPS kini dibuka semula selepas ditutup buat sementara waktu sebelum ini susulan dakwaan akan pencerobohan ke atas sistem SAPS yang diterima oleh KPM.

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa 2018 : Semakan Slip Peperiksaan Online

Berikut dikongsikan maklumat Semakan SAPS slip peperiksaan sekolah untuk panduan ibubapa dan pelajar dalam membuat semakan keputusan peperiksaan secara online.

Apa Itu SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS NKRA merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Login SAPS NKRA Guru

Guru juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan keputusan peperiksaan dapat diketahui dengan cepat oleh pelajar atau ibubapa. Para Guru akan memasukkan markah peperiksaan yang diperolehi oleh setiap pelajar yang sekaligus membolehkan maklumat lengkap markah, peratus lulus, kedudukan dalam kelas dan sebagainya dapat diketahui. Maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan dinilai dalam membuat rancangan pembelajaran berdasarkan kepada prestasi para pelajar.

Keputusan Peperiksaan Yang boleh Disemak

Result peperiksaan yang boleh disemak dalam SAPS NKRA adalah seperti berikut:-

  1. Ujian 1
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Ujian 2
  4. Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Peperiksaan Percubaan (Trial Exams) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti semakan UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

SAPS Ibu Bapa : Cara Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Berikut dikongsikan cara dan langkah yang mudah dalam Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online :-

  1. Sila Layari Laman Web SAPS NKRA Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama Semakan IbuBapa, ATAU
  2. Key In Markah Pelajar untuk Guru

Cara Terkini Semakan SAPS Ibu Bapa Online

  • No 1 LANGKAH 1 : CARIAN MURID
    • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”) dan tekan butang cari
  • No 2 LANGKAH 2 : PILIH NEGERI
  • No 3 Seterusnya LANGKAH 3. PILIH DAERAH PPD
  • No 4 LANGKAH 4, PILIH SEKOLAH
    • Tekan butang Semak
    • Contoh paparan muka sistem semakan SAPS Ibu Bapa adalah seperti dibawah
SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online
  • No 5 Selanjutnya anda akan dibawa ke halaman berikutnya :-
    • Pilih Tahun
    • Keputusan peperiksaan yang ingin disemak. Contoh :-
      • Ujian 1
      • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • No 6 Selanjutnya di Menu : ANALISIS MARKAH, klik samada
    • Papar Slip Keputusan ATAU
    • Papar Markah Peperiksaan
  • *Slip keputusan memaparkan Nama pelajar, No KP, Darjah dan Jantina. Keputusan peperiksana kana memparkan senarai mata pelajaran beserta markah dan gred yang diperolehi oleh pelajar
  • Ringkasan slip mengandungi bilangan mata pelajaran, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam darjah dan darjah, kehadiran, jumlah markah, peratus, gred purata pelajar, pencapaian gred kesuluruhan dan keputusan. 
  • Maklumat lain yang dipaparkan adalah nama guru kelas dan ulasan guru.

Analisa Keputusan Ujian Dan Peperiksaan

Markah keseluruhan akan dijadikan penanda aras dalam mengira peratus pencapaian, menentukan samada murid LULUS atau GAGAL. Berdasarkan kepada slip keputusan peperiksaan, para ibubapa/ penjaga dapat mengetahui kedudukan anak mereka dalam kelas dan kedudukan dalam darjah.

Analis markah peperiksaan seperti di bawah ini memaparkan keputusan 4 jenis peperiksaan/ ujian utama bagi tahun tersebut.

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018

Berikut dikongsian Tarikh Penting untuk Markah Peperiksaan dalaman SAPS di key-in pada tahun 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

A. Ujian Awal Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5

  • 26 Mac 2018 (Tarikh Mula) dan 16 April 2018 (Tarikh akhir)

B. Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5

  • 17 Mei (Tarikh Mula) & 14 Jun (Tarikh akhir)

C. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 19 Julai (Tarikh Mula) & 16 Ogos (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 13 September (Tarikh Mula) dan 4 Oktober 2018 (Tarikh akhir)

D. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 1 November 2018 (Tarikh Mula) dan 22 November 2018 (Tarikh akhir)

Berikut adalah grafik takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman tahun 2018.

tarikh kemasukan markah saps 2018

Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Gred Pemarkahan Peperiksaan

Berikut adalah gred markah peperiksaan Sekolah untuk Sekolah Rendah (SR), Sekolah Menengah Rendah (SMR) Dan Sekolah Menengah Atas (SMA).

JULAT MARKAH/ GRED SAPS

JULAT MARKAHGREDCATATAN
GRED SEKOLAH RENDAH
80 – 100ACEMERLANG
65 – 79BBAIK
50 – 64CMEMUASKAN
40 – 49DMENCAPAI TAHAP MINIMUM
0 – 39EBELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
THTHTIDAK HADIR
GRED MENENGAH RENDAH
85 – 100ACEMERLANG
70 – 84BKEPUJIAN
60 – 69CBAIK
50 – 59DMEMUASKAN
40 – 49EMENCAPAI TAHAP MINIMUM
00 – 39FBELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
THTHTIDAK HADIR
GRED MENENGAH ATAS
90 – 100A+CEMERLANG TERTINGGI
80 – 89ACEMERLANG TINGGI
70 – 79A-CEMERLANG
65 – 69B+KEPUJIAN TERTINGGI
60 – 64BKEPUJIAN TINGGI
55 – 59C+KEPUJIAN ATAS
50 – 54CKEPUJIAN
45 – 49DLULUS ATAS
40 – 44ELULUS
00 – 39GGAGAL
THTHTIDAK HADIR

Soalan Lazim Semakan SAPS NKRA

Untuk memudahkan Pengguna SAPS NKRA dalam mengambil tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem SAPS, berikut dikongsikan soalan-soalan lazim (FAQ) buat panduan semua.

Penggunaan Singkatan Perkataan

Ringkasan :-

  1. SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. SUP Setiausaha Peperiksaan
  3. GMP Guru Matapelajaran
  4. GK Guru Kelas
  5. KP Kad Pengenalan
  6. APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
  7. JPN Jabatan Pelajaran Negeri

Diantara ringkasan perkara yang menjadi persoalan dalam SAPS adalah :-

i) LOGIN SAPS NKRA

  1. Setiausaha Peperiksaan Tidak Dapat Login ID
  2. Guru Matapelajaran / Guru Kelas Tidak Dapat Login ID/ Lupa Kata Laluan
  3. Mengubah ID dan Password

ii) PENDAFTARAN SUP/ GK/ GMP

  1. Level Setiausaha Peperiksaan Hilang
  2. Pertukaran Level Guru Matapelajaran/ Guru Kelas
  3. Daftar Guru Matapelajaran Yang Baru

iii) PENGURUSAN GURU

  1. Pertukaran Admin
  2. Guru Matapelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek
  3. Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru
  4. Ambil Alih Subjek Guru Lain
  5. Nama Sama Pada Lembaran Markah Di Dua Kelas berbeza
  6. Sekolah Tidak Wujud Dalam SAPS

iv) SEMAKAN IBUBAPA

  1. Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Mengakses SAPS
  2. Ejaan Nama Pelajar Salah

v) PENGISIAN MARKAH PERCUBAAN UPSR/ PMR

  1. Pengesahan Markah Tidak Dapat Dilakukan
  2. Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR
  3. Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan
  4. Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar

Maklumat Lanjut SAPS IbuBapa

  • Untuk FAQ Soalan Lazim selengkapnya, sila muat turun atau Download FAQ dalam PDF di Panduan Am SAPS.

Untuk bantuan, sila rujuk kepada grafik di bawah ini.

SAPS IbuBapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Semoga dengan adanya sistem semakan SAPS Semakan Ibu Bapa ini dapat memudahkan ibubapa/ penjaga untuk membuat Semakan slip Keputusan Peperiksaan murid serta kedudukan kelas secara online. Moga dengan kewujudan sistem SAPS NKRA akan dapat menghasilkan keputusan peperiksaan yang terbaik dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018 (Senarai Semak Kerja Kursus)

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018 (Senarai Semak Kerja Kursus)

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2018/ 2019 Online

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2018/ 2019 Online