in

SAPS IbuBapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Semakan SAPS IbuBapa 2018 Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Dan Menengah Online. Bagaimana cara semak status keputusan peperiksaan anak anda secara online? Ramai ibu bapa dan penjaga murid kini sudah arif dengan sistem SAPS IbuBapa. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) adalah merupakan satu sistem online/ atas talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memudahkan ibu bapa dan pelajar untuk membuat semakan keputusan peperiksaan mereka. Sistem ini sekaligus menyimpan data-data peperiksaan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Selain itu, sistem ini membolehkan para guru/ cikgu untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Keputusan peperiksaan pelajar boleh disemak selepas markah dimasukkan oleh guru ke dalam sistem. Kewujudan SAPS NKRA Ibu Bapa ini sekaligus memudahkan ibu bapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing dan membuat penambahbaikan apa yang patut ke arah kejayaan cemerlang anak mereka.

SAPS IbuBapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Semakan Keputusan Peperiksaan Online : SAPS NKRA IbuBapa

Berikut dikongsikan maklumat penting Semakan SAPS IbuBapa untuk panduan ibu bapa dan pelajar dalam membuat semakan keputusan peperiksaan secara online. Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar.

1) Apa Itu Sistem SAPS IbuBapa?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) telah dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Ibu bapa, penjaga dan murid boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara online melalui sistem ini.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

2) SAPS NKRA Login Guru

Pihak guru juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan keputusan peperiksaan dapat diketahui dengan cepat oleh pelajar atau ibubapa. Guru akan memasukkan markah peperiksaan yang diperolehi oleh setiap pelajar yang sekaligus membolehkan maklumat lengkap markah, peratus lulus, kedudukan dalam kelas dan sebagainya dapat diketahui. Maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan dinilai dalam membuat rancangan pembelajaran berdasarkan kepada prestasi pelajar-pelajar.

3) Senarai Keputusan Peperiksaan Yang boleh Disemak Di SAPS IbuBapa

Berikut adalah senarai result peperiksaan yang boleh disemak dalam sistem SAPS IbuBapa seperti berikut :-

  1. Ujian 1
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Ujian 2
  4. Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Peperiksaan Percubaan (Trial Exams) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Untuk makluman, keputusan penuh peperiksaan awam melibatkan semakan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

4. Cara Semak Keputusan Peperiksaan Online Melalui SAPS IbuBapa

Berikut dikongsikan panduan cara dan langkah yang mudah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online :-

  1. Sila Layari Laman Web SAPS NKRA Untuk Semakan Ibubapa dan untuk ke menu utama Semakan Ibu Bapa, ATAU
  2. Key In Markah Pelajar untuk Login Guru

i) Langkah 1 : Carian Murid

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

ii) Langkah 2 : Carian Sekolah

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri : Nama Sekolah

SAPS Ibu Bapa

iii) Langkah 3 : Samak Laporan Keputusan

  • Klik butang Semak Laporan dan anda akan dibawa ke sub menu seperti paparan gambar dibawah ini.
  • Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

iv) Langkah 4 :  Slip Keputusan Peperiksaan

  • Sila klik Papar Slip Keputusan atau klik Papar Markah Peperiksaan untuk paparan yang lebih terperinci

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

5. Analisa Keputusan Ujian Dan Peperiksaan

Slip keputusan akan memaparkan mata pelajaran yang diambil, gred dan markah untuk setiap subjek beserta markah keseluruhan. Markah keseluruhan akan dijadikan penanda aras dalam mengira peratus pencapaian, menentukan samada murid LULUS atau GAGAL. Berdasarkan kepada slip keputusan peperiksaan, para ibu bapa dapat mengetahui kedudukan anak mereka dalam kelas dan kedudukan dalam darjah.

Analis markah peperiksaan seperti di bawah ini memaparkan keputusan 4 jenis peperiksaan/ ujian utama bagi tahun tersebut.

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

6. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018

Berikut dikongsian Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

A. Ujian Awal Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5

  • 26 Mac 2018 (Tarikh Mula) dan 16 April 2018 (Tarikh akhir)

B. Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5

  • 17 Mei 2018 (Tarikh Mula) dan 14 Jun 2018 (Tarikh akhir)

C. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 19 Julai 2018 (Tarikh Mula) dan 16 Ogos 2018 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 13 September 2018 (Tarikh Mula) dan 4 Oktober 2018 (Tarikh akhir)

D. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 1 November 2018 (Tarikh Mula) dan 22 November 2018 (Tarikh akhir)
    • Pengisian Markah Peperiksaan Akhir Tahun dibuka mulai 25 Oktober hingga 20 November 2018.

Berikut adalah grafik takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman tahun 2018.

tarikh kemasukan markah saps 2018

7. Maklumat Lanjut

Berikut dikongsikan beberapa masalah atau soalan lazim berkaitan sistem SAPS.

  • Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini pada kebiasaannya berlaku disebabkan olejh kesalahan pengisian nombor IC di APDM.

Jika anda perlukan bantuan, sila rujuk kepada dokumen dan grafik di bawah ini:-

SAPS IbuBapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Semoga dengan kewujudan sistem semakan SAPS IbuBapa akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang hasil didikan guru-guru yang berdedikasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cuti Umum Pahang 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Pahang 2018 Hari Kelepasan Am

Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

Sebab Permohonan BRIM Gagal Atau Ditolak