in

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Pasti ramai ibu bapa dan penjaga kini sudah mengetahui apa itu SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Selain mengetahui keputusan markah peperiksaan, ibu bapa juga boleh mengetahui kedudukan anak mereka dalam kelas.

Laman sesawang utama SAPS NKRA menunjukkan satu paparan pengumuman penting bagi pelajar, guru, ibu bapa dan juga setiausaha peperiksaan (SUP). SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah manakala NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara).

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA

Tujuan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan adalah untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain :-

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan kepada skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

SAPS NKRA : Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

Berikut dikongsikan senarai keputusan peperiksaan dalaman sekolah yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA :-

  1. Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  2. Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  1. Ujian 1
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Ujian 2
  4. Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Adalah diingatkan bahawa keputusan penuh peperiksaan awam seperti keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS NKRA. Pelajar perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka. Ringkasan keputusan mungkin boleh diperolehi melalui semakan online ataupun SMS bergantung kepada jenis peperiksaan.

Cara Mengkases SAPS NKRA

Sistem Analisis Peperiksaan SAPS Ibu Bapa boleh diakses melalui laman web ini :

Cara membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar adalah seperti berikut :-

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

Semakan keputusan terkini boleh disemak selepas tarikh kemasukan markah peperiksaan ke Sistem SAPS.

Adalah diharapkan yang perkhidmatan online SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini dapat membantu ibubapa. Dalam mengetahui keputusan peperiksaan anak mereka dengan pantas dan mudah sekaligus dapat memantau prestasi akademik pelajar dari masa kesemasa. Tahniah KPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Syarat Kelayakan UPU Am Dan Khas Online

Semakan Syarat Kelayakan UPU Am Dan Khas Online

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Semakan SAPS Ibu Bapa Online