in

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Ibu Bapa. Panduan untuk ibu bapa atau penjaga pelajar/ murid yang masih belum mengetahui akan Kewujudan Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA. Ibu bapa atau penjaga kini lebih mudah untuk mengetahui keputusan pencapaian akademik anak mereka dengan membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka melalui SAPS Ibu Bapa.

Applikasi semakan SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan buat rujukan semua yang ingin menyemak keputusan peperiksaan secara online.

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Apakah Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah saps. Sistem ini dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain Sistem SAPS ini adalah:-

  1. Sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem SAPS NKRA ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Senarai Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Melalui SAPS Ibu Bapa

Berikut adalah senarai keputusan ujian peperiksaan pelajar yang boleh disemak melalui sistem SAPS :-

  1. Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 hingga Darjah 6)
  2. Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)

Senarai keputusan/ result peperiksaan atau ujian yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  1. Ujian 1
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Ujian 2
  4. Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Nota : Keputusan penuh atau ringkasan untuk peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Cara Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan

Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:

Untuk mengkases sistem SAPS, anda boleh layari Laman web SAPS Ibu Bapa Untuk Semakan Ibubapa dan untuk ke menu utama semakan.

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018

Berikut dikongsian Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

A. Ujian Awal Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5

  • 26 Mac 2018 (Tarikh Mula) dan 16 April 2018 (Tarikh akhir)

B. Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5

  • 17 Mei 2018 (Tarikh Mula) dan 14 Jun 2018 (Tarikh akhir)

C. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 19 Julai 2018 (Tarikh Mula) dan 16 Ogos 2018 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 13 September 2018 (Tarikh Mula) dan 4 Oktober 2018 (Tarikh akhir)

D. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 1 November 2018 (Tarikh Mula) dan 22 November 2018 (Tarikh akhir)
    • Pengisian Markah Peperiksaan Akhir Tahun adalah dibuka bermula dari 25 Oktober hingga 20 November 2018.

Berikut adalah grafik takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman tahun 2018.

tarikh kemasukan markah saps 2018

  • Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Kewujudan sistem Semakan SAPS Ibu Bapa Online ini dapat memudahkan ibu bapa bagi memantau prestasi anak-anak mereka. Kewujudan SAPS sekaligus memberikan kemudahan buat ibu bapa dalam menyemak keputusan peperiksaan secara atas talian atau online.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keputusan Liga Super 2018 Jadual Dan Kedudukan

Keputusan Liga Super 2018 Jadual Dan Kedudukan

Permohonan IKM KKTM Dan MJII 2018 IPMA Online

Permohonan IKM KKTM Dan MJII 2019 Online