Punca Permohonan BR1M 2018 Ditolak. Kenapa pemohon tidak mendapat bantuan BR1M? Jadi apakah punca atau Sebab Permohonan BRIM Gagal Atau Ditolak? Ramai pemohon BR1M 2018 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) mengharapkan permohonan dan kemaskini borang mereka diterima atau diluluskan, Namun realitinya tidak semua yang membuat permohonan BR1M akan diluluskan.
Setiap permohonan baru dan kemaskini BRIM selepas tarikh tutup akan melalui proses verifikasi semakan oleh agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, KWSP, KWAP, SSM dan lain-lain lagi. Jadi apakah punca atau sebab permohonan BR1M anda gagal?
Isi Kandungan
Punca/ Sebab Permohonan BRIM Gagal Atau Ditolak (BR1M 2018)
Berikut dikongsikan punca atau sebab permohonan BR1M 2018 anda ditolak atau tidak diluluskan :-
- Tidak membuat pengemaskinian permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (2014)
- Maklumat tanggungan yang tidak tepat
- Memohon lebih dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan)
- Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan penceraian dan penyata gaji
- Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus berkahwin
- No MyKad tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk nama yang berbeza dengan data JPN.
- Silap mengisi borang dan maklumat tidak lengkap samada permohonan secara online atau manual.
- Bagaimanapun, mereka terlibat masih boleh mendapatkan bantuan tersebut setelah membuat permohonan rayuan BR1M dan melakukan pembetulan dalam borang berkaitan.
Sebab Lain Permohonan BR1M Ditolak
Berikut juga adalah punca pemohon gagal dalam permohonan :-
- Memang tidak layak kerana pendapatan melebihi syarat kelayakan BR1M 2018 itu sendiri
- Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam permohonan individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
- Memohon bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tanggungan anda
- Memohon bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan maklumat nama isteri/suami dengan betul dan lengkap
- Membuat permohonan menggunakan Mykad yang tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.
- Menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
- Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan permohonan
- Pemohon kategori bujang terdapat dalam permohonan kategori lain sebagai tanggungan kepada pemohon kategori lain isi rumah
FAQ Soalan Lazim Permohonan BR1M 2017/ 2018 – Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak
Untuk gambaran yang jelas mengenai Sebab Permohonan BR1M Gagal dan siapa yang layak menerima BR1M ini, dikongsikan grafik dan beberapa maklumat penting sebagai panduan pemohon.
Siapakah Yang Layak Untuk Membuat Permohonan BR1M 2018?
Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2017 perlulah memenuhi syarat seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
Soalan Lazim Permohonan BR1M 2017 (FAQ)
Untuk FAQ atau soalan lazim, sila klik atau download di BR1M Soal Jawab.
Maklumat Lanjut BR1M 2018
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sila hubungi :-
1. Sekretariat BR1M
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM
- 1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel
- br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web
Semoga perkongsian Sebab Permohonan BRIM Gagal Atau Ditolak boleh dijadikan panduan dan rujukan para pemohon. Tahniah kepada mereka yang berjaya menerima bantuan BR1M 2018. Gunakan bantuan yang diberikan dengan berhemah.