in

Semak BR1M Lulus Atau Tidak (2018)

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2018 Lulus Atau Tidak. Hendak tahu status BR1M 2018? Apakah cara paling mudah dan pantas untuk semak BR1M lulus atau tidak? Banyak kaedah semakan yang boleh digunakan dalam membuat semakan status permohonan dan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Cara paling mudah adalah semakan secara atas talian iaitu MyBR1M Online. Pemohon juga boleh menyemak status di kaunter BR1M, menggunakan applikasi telefon mudah alih dan semakan melalui emel.

Banyak punca atau sebab permohonan BR1M gagal atau ditolak. Walaupun pemohon melepasi syarat kelayakan bantuan, proses verifikasi dengan beberapa agensi kerajaan akan dilakukan dalam menentukan samada pemohon layak atau tidak menerima bantuan. Untuk makluman, tarikh permohonan baru dan kemaskini adalah dari 27 November 2017 sehingga 25 Januari 2018,

Semak BR1M Lulus Atau Tidak (2018)

Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online Dan Manual

Bantuan Rakyat 1Malaysia atau ringkasnya BR1M adalah satu program wang tunai sekali beri yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2012. BR1M adalah satu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Berikut dikongsikan maklumat penting cara semak status Bantuan Rakyat 1Malaysia secara online dan manual.  Pemohon bantuan adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi e-BR1M dalam mendapatkan informasi terkini berkaitan BRIM termasuk tarikh pembayaran rasmi dan sebagainya.

A. Cara Semak BR1M Lulus Atau Tidak (Permohonan Baru Dan Rayuan)

Proses semakan status keputusan permohonan BR1M akan mengambil sedikit masa. Ianya disebabkan maklumat pemohon akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan daripada agensi yang terlibat seperti berikut :-

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
  4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Kumpulan Wang Persaraan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  9. Kementerian Luar Negeri
  10. Jabatan Agama Islam Negeri
  11. Kementerian Pendidikan Tinggi
  12. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari. Semakan status BR1M 2018 boleh disemak menggunakan kaedah semakan seperti berikut :-

i) Semakan BR1M Online

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengetahui status BRIM mereka secara online dan manual. Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M. Semakan menggunakan maklumat No Kad Pengenalan.

BR1M 2018 Bantuan rakyat 1malaysia : Pendaftaran Semakan status, Rayuan, tarikh pemBayaran

ii) Applikasi Mobile Semakan BR1M : Semak BR1M Lulus Atau Tidak

Semak status BRIM 2018 anda menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M yang boleh di muat turun di Google Play (Android) dan AppStore (iOS).  Ianya lebih mudah kerana ramai pengguna kini menggunakan smartphone dalam urusan harian mereka.

iii) Semakan Melalui e-Mail

Sila hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan pemohon dalam email.

iv) Melalui Panggilan Telefon : Semak BR1M Lulus Atau Tidak

Sila hubungi no hotline berikut untuk bertanyakan status permohonan anda.

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Tarikh Semakan : Pada setiap hari waktu bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

v) Surat Makluman Keputusan Permohonan Melalui Pos

Pemakluman keputusan permohonan BR1M akan juga dimaklumkan melalui surat makluman yang diposkan ke alamat pemohon seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.

B. Permohonan Rayuan BR1M Untuk Pemohon Yang Gagal

Umum sedia maklum yang tidak semua permohonan BR1M akan diluluskan. Oleh itu, mereka yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan. Permohonan Rayuan BR1M boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Juga termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).Untuk pemohon yang gagal dengan alasan tertentu, anda dibenarkan untuk merayu secara online.

  • Tarikh rayuan BR1M 2018 adalah dari 2 April hingga 31 Mei 2018 (Tahun lepas dari 3 April sehingga 31 Mei 2017).
  • Borang rayuan adalah Borang BK-07
  • Maklumat lanjut dan panduan rayuan boleh dirujuk di Rayuan BR1M 2018

Contoh Borang rayuan BRIM boleh dirujuk di gambar dibawah ini atau klik BORANG BK-07

Semak BR1M Lulus Atau Tidak (2018)

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini. Dokumen yang diperlukan bergantung kepada kod dan alasan permohonan ditolak.

C. Waktu Operasi Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM (Termasuk UTC)

Mereka yang ingin berurusan berkaitan dengan BRIM di kaunter LHDN, waktu operasi kaunter BRIM adalah seperti berikut:-

i) Hari Bekerja

  • Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
  • Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

ii) Cuti Hujung Minggu

  • 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Sila ambil perhatian kepada nota berikut :-

  1. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada sebarang pindaan
  2. Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan  01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan)
  3. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
  4. Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM

BR1M 2018 Pendaftaran Semakan Rayuan Bayaran

waktu operasi kaunter brim 2018

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018 (Download)

D. Maklumat Lanjut BR1M 2018

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk permohonan rayuan dan tuntutan SKK, sila hubungi :-

i) Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

ii) Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

iii) Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

iv) e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

v) Laman Web

  • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Dah semak BR1M lulus atau tidak? Tahniah kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan BR1M 2018 mereka. Untuk mereka yang gagal, sila buat permohonan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tarikh yang telah diumumkan.

bayaran brim 2018 naik dan kategori baru

MANIFESTO BARISAN NASIONAL UNTUK PRU14 TAHUN 2018

Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April 2018 telah mengumumkan berita gembira buat penerima BR1M jika BN terus memimpin
1. Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dinaikkan kepada semua penerima sedia ada manakala tambahan satu kategori baru penerima akan diwujudkan
2. Bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM800 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,000 (RM400 + RM800 + RM800)
3. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM4,000, pembayaran pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM600, jumlah pemberian BR1M dari RM900 meningkat kepada RM1,500 (RM300 + RM600 + RM600)
4. Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M yang dibayar RM450 pada Februari lalu akan ditambah RM150 menjadi RM600 (RM450 + RM150)
5. Kategori baharu adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Penerima baharu akan menerima bayaran berjumlah RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos 2018
6. Bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Pinjaman YPJ 2017 Online

Permohonan Pinjaman YPJ 2018 Online

UPU Online 2018 Borang Permohonan Masuk U

UPU Online 2018 Borang Permohonan Masuk U