Semakan ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB (Portal). Cara Semak ASB di laman web semak baki & permohonan pengeluaran pelaburan.

Semakan ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB (Portal)

Bagaimanakah cara untuk semak ASB secara online menggunakan Portal MyASNB? Berikut dikongsikan cara membuat Semakan ASB Online beserta cara Daftar MyASNB buat panduan pelabur unit saham amanah ASNB. Kini semuanya menjadi lebih mudah dengan penambahbaikan perkhidmatan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Tambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini tidak lagi menggunakan buku pelaburan. Sebaliknya pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan dengan kaunter ASNB, sama ada di cawangan atau ejen ASNB yang dilantik.

Tanpa buku pelaburan juga, pelabur kini mempunyai pilihan dalam membuat semakan baki termasuk kemaskini dan menambah pelaburan dengan menggunakan transaksi ASB secara online. Dan terbaharu, pengeluaran pelaburan. Pelabur perlu mendaftar terlebih dahulu di Portal MyASNB. Bukan sahaja ASB, Portal ini juga memberi akses kepada unit amanah saham yang lain di bawah ASNB seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Cara semak dan daftar asb online

Cara Semak ASB Online Melalui Portal MyASNB

Berikut adalah panduan dan cara dalam membuat pendaftaran pengguna di Portal MyASNB bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan online. Kemudahan baru yang dinaik taraf pada Jun 2017 diharapkan dapat memudahkan pelabur sistem unit amanah dalam membuat urusan berkaitan ASNB.

Semakan ASB Online (MyASNB)

Diantara kelebihan dalam mendaftar dengan MyASNB adalah seperti berikut :-

1. Pelabur boleh membuat pelaburan secara online untuk mana-mana unit amanah ASNB

2. Semakan baki pelaburan

3. Urusniaga adalah percuma

1) Langkah Pertama : Daftar di Portal MyASNB

Anda dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat peribadi anda apabila anda berada di Cawangan/ ejen ASNB.

Lengkapkan Pendaftaran Portal MyASNB anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan ASNB.

1. Sila klik : https://www.myasnb.com.my/

2. Klik pada pautan Daftar Di Sini di Portal MyASNB

3. Baca terma dan syarat, kemudian tandakan kotak dan klik Setuju

4. Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda

5. Isikan Maklumat yang diperlukan dan klik Tamat

6. Sila simpan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama

7. Mula melabur dalam unit amanah ASNB termasuk check ASB online serta unit amanah ASNB yang lain dan kemaskini

Nota : Sekiranya nombor telefon yang dipaparkan bukan milik anda, sila ke cawangan ASNB atau ejen untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda. Jika tidak menerima kod TAC, anada dinasihatkan untuk menghubungi pihak telco anda dan memohon untuk ‘unblock’ penerimaan SMS daripada nombor 62000.

Adalah diingatkan supaya pengguna menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

2) Langkah Kedua : Log Masuk Kali Pertama Portal MyASNB

1. Layari https://www.myasnb.com.my/ dan klik Log Masuk

2. Masukkan ID pengguna dan klik Teruskan

3. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang anda masukkan adalah sama dengan yang anda cipta sebelum memasukkan kata laluan sementara yang diberikan semasa anda mendaftar.

4. Klik Teruskan

5. Kemaskini dan tukar kata laluan anda untuk tujuan keselamatan, kemudian klik Tukar Kata Laluan

6. Setelah tukar kata laluan, sila log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru

Anda akan dipaparkan halaman utama portal myASNB yang merangkumi perkhidmatan semak jumlah pelaburan terkini, senarai portfolio pelaburan serta baki terkini dan jenis-jenis pelaburan seperti tunai, KWSP dan pinjaman.

Permohonan Pengeluaran ASB Online Melalui Portal & Aplikasi MyASNB

Pengeluaran Pelaburan Melalui MyASNB. Perhatian kepada pemegang unit saham, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan mengeluarkan duit ASNB secara online? ASNB telah membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB termasuk Amanah Saham Bumiputera ASB dan ASN kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 menerusi portal dan aplikasi myASNB. Berikut adalah panduan Permohonan Pengeluaran ASB Secara Online untuk rujukan semua.

Kini, kebanyakan urusan boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi myASNB. Ia adalah platform dalam talian yang mudah dan selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan serta melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa. Oleh itu, bagi menggunakan portal myASNB anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan melakukan kemaskini nombor telefon di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.

 

Di bawah adalah maklumat berkaitan permohonan mengeluarkan duit pelaburan ASB secara Online. Kemudahan baru ini diharapkan dapat memudahkan pemegang unit saham amanah yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Cara Mohon Pengeluaran ASB Secara Online

Pemohon boleh menggunakan dua platform untuk membuat pengeluaran iaitu:

Langkah-Langkah Pengeluaran Duit ASB

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk membuat transaksi pengeluaran daripada unit amanah anda:

  1. Log masuk ke akaun myASNB
  2. Tekan Portfolio, kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki
  3. Pilih Jualan Balik. sila pastikan maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya
  4. Baca, kemudian tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
  5. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
  6. Semak Butiran Bank Anda di notifikasi dan klik Teruskan
  7. Tekan permintaan TAC, isi dan klik Seterusnya

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit masing-masing tanpa sebarang caj. Anda akan menerima wang pada hari berikutnya setelah permohonan berjaya dibuat mengikut waktu urus niaga myASNB.

Maklumat Pengeluaran Duit ASB

Untuk makluman, berikut adalah had pengeluaran minimum dan maksimum yang ditetapkan oleh ASB:

Had Maksimum Pengeluaran ASB : RM 500 sebulan

  • Terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja

Sehubungan dengan had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan. Sekiranya ingin mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi

  • Soalan Lazim
  • Pusat Khidmat Pelanggan untuk MyASNB di talian 03–7730 8899.

Maklumat Lanjut MyASNB

Untuk maklumat lanjut sila hubungi,

Pusat Khidmat Pelanggan untuk MyASNB di talian 03 8026 8101

Selain di Portal MyASNB, anda juga boleh melabur dengan seperti biasa menerusi:-

1. 30 Cawangan ASNB di seluruh negara

2. Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank; dan

3. Perbankan Internet – Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.

4. Soalan Lazim

Selamat membuat pendaftaran pengguna di Portal MyASNB bagi memudahkan anda membuat semakan. Kewujudan perkhidmatan MyASNB diharapkan dapat memudahkan urusan pelabur dengan lebih pantas dan mudah.

Related : permodalan nasional berhad, myasnb untuk, pemegang unit, laman web, kemaskini dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan, masukkan kod tac, produk asnb, pilih jenis kad pengenalan, akaun bank, cara buka akaun, untuk membuka, langkah di bawah, semak baki asb online,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *