in

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online (LPPSA)

Jom Semak LPPSA – Semakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online Dan SMS. Kakitangan awam yang ada membuat pinjaman perumahan dari LPPSA kini boleh membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara online dan juga SMS. Bagaimana cara yang mudah untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kakitangan awam/ kerajaan melalui pautan Sistem Pengurusan Pembiayaan di Portal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam?

Untuk makluman, bermula dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara Online Dan menggunakan aplikasi MyFinancing.

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Terdapat 2 kaedah semakan pinjaman perumahan kerajaan iaitu secara atas talian/ online dan aplikasi mudah alih MyFinancing.

1. Semakan Pinjaman LPPSA Secara Online

Kaedah semakan pertama adalah melalui Semakan secara online. Pengguna perlu melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). Pengguna baru dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.

  • Pendaftaran boleh dibuat di DAFTAR BARU (REGISTER)
  • Sila pilih kkasifikasi perkhidmatan iaitu diantara : Perkhidmatan Awam, Polis, Tentera, Anggota  Pentadbiran Kerajaan Tempatan/ Badan Berkanun & LPPSA
  • Pilih Gelaran
  • Isikan Nama Dalam Kad Pengenalan
  • Dan ikut langkah-langkah berikutnya sehingga selesai pendaftaran
  • Panduan pengguna boleh dirujuk di MANUAL LPS

Pengguna yang telah mendaftar akan dapat mengakses perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-

  1. Semakan status application baru
  2. Status bayaran kemajuan
  3. Status baki pinjaman
  4. Penyata tahunan
  5. Penghantaran hakmilik
  6. Bayaran balik pinjaman.

Untuk membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara Online, sila

  1. Klik Jom Semak LPPSA : SEMAK BAKI
  2. Sila log in masuk
  3. Iskan kata laluan

Selain itu, pengguna yang berdaftar juga boleh membuat semakan lain seperti berikut :-

  1. Kalkulator Pengiraan Kelayakan
  2. Penyata Tahunan
  3. Status Bayaran Balik (Potongan Gaji)
  4. Status Bayaran Pembiayaan
  5. Borang Atas Talian

2. Aplikasi MyFinancing

LPPSA telah memperkenalkan aplikasi MyFinancing sebagai kaedah lain dan memudahkan pengguna untuk membuat urusan berkaitan hanya dengan menggunakan telefon pintar. Namun, pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Portal Pembiayaan LPPSA sebelum memuat turun aplikasi ini. Anda boleh memuat turun aplikasi MyFinancing pada pautan berikut:

Selain daripada menyemak baki pinjaman, pengguna boleh menggunakan kemudahan seperti:

  1. Menyemak status terkini application pembiayaan
  2. Amaun baki pembiayaan
  3. Amaun pengeluaran bayaran
  4. Amaun ansuran bulanan
  5. Amaun tunggakan
  6. Status akuan pembiayaan
  7. Hebahan terkini mengenai LPPSA

Paparan Muka Aplikasi MyFinancing

Jika anda menghadapi masalah atau pertanyaan berkaitan aplikasi MyFinancing, anda boleh rujuk pada manual pengguna seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat dan sebarang pertanyaan berkaitan semakan baki LPPSA, sila hubungi :-

  • Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
    Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
    Kompleks Kementerian Kewangan,
    No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

Aduan Dan Pertanyaan

Moga dengan kaedah Semakan secara online dan SMS ini memudahkan para pengguna. Ianya boleh dijadikan panduan berkaitan pinjaman perumahan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT