Semakan Baki PTPTN Online Dan SMS, Cara semak baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dengan mudah dan pantas.

Semakan Baki PTPTN Online Dan SMS (Balance Hutang Terkini)

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS. Adalah menjadi satu kewajipan buat peminjam pendidikan untuk membayar hutang PTPTN. Ianya bagi memberikan peluang buat pelajar lain untuk menikmati bantuan pinjaman yang sama tanpa masalah. Membuat Semakan Baki PTPTN kini lebih mudah kewujudan sistem semakan secara online dan SMS. Peminjam akan dapat mengetahui baki pinjaman pendidikan PTPTN mereka secara cepat dan tepat sekaligus memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran hutang.

Untuk makluman, Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam – UA/ IPTA dan IPTS. Kegagalan pelajar dalam membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual boleh menyebabkan nama mereka di senarai hitam oleh Imigresen/ PTPTN dan juga CCRIS. Mereka juga boleh dihalang untuk ke luar negara oleh pihak Imigresen.

Semakan Baki PTPTN Online Dan SMS

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan baki pinjaman dalam memudahkan pelajar dalam membuat pembayaran balik menurut jadual. Pembayaran boleh dbuat di kaunter atau melalui Direct Debit. Pelajar yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan pertukaran pinjaman ke biasiswa.

A. Semakan Baki PTPTN Secara Online

Cara pertama dalam membuat semakan baki untuk semakan penyata pinjaman ujrah dan konvesional secara online/ atas talian adalah seperti langkah berikut:-

  1. Layari Laman Web PTPTN di menu e-Perkhidmatan Bayaran Balik
  2. Klik Menu Semakan Penyata Pinjaman
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  4. Tekan button Semak

Pelajar juga boleh merujuk kepada saluran bayaran balik pinjaman di Bayaran Balik.

B. Semakan Baki Melalui SMS

Perkhidmatan semakan melalui SMS tidak disediakan oleh PTPTN

  1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2193 3000 atau menghubungi livechat di laman web rasmi PTPTN

C. Semakan Baki Melalui Aplikasi myPTPTN

Pada Mac 2022, PTPTN telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih untuk semua pengguna PTPTN dan SSPN. Aplikasi yang dikenali sebagai myPTPTN menawarkan perkhidmatan secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, semakan penyata simpanan SSPN, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji Debit Terus bayaran balik pinjaman.

Sebelum menggunakan perkhidmatan yang disediakan, pendaftaran perlu dilakukan seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi myPTPTN ke dalam telefon masing-masing. Pautan muat turun aplikasi boleh dibuka pada pautan di bawah:
  2. Buka aplikasi dan klik “Daftar Sekarang”
  3. Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan yang tepat
  4. Isi maklumat yang dikehendaki seperti alamat emel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat.
  5. Tetapkan kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuuan pengesahan maklumat dan penafian
  6. Satu pautan pengaktifan akaun akan dihantar ke emel dan Nombor TAC akan diterima di nombor telefon yang didaftarkan
  7. Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC untuk proses verifikasi dan keselamatan

Untuk menyemak baki penyata pinjaman PTPTN, pengguna myPTPTN boleh ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke dalam aplikasi myPTPTN
  2. Klik pada semakan penyata pinjaman pada bahagian perkhidmatan di paparan utama
  3. Klik pada senarai penyata pinjaman
  4. Penyata pinjaman akan dipaparkan
  5. Penyata tersebut boleh dimuat turun atau dikongsikan untuk urusan yang berkenaan

Maklumat lanjut dan terperinci berkaitan aplikasi myPTPTN boleh disemak pada pautan : FAQ myPTPTN atau layari Laman Web Rasmi myPTPTN

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Berita baik buat peminjam PTPTN, Kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran balik kepada peminjam yang mendapat kelas pertama dalam pengajian ijazah sarjana muda.

Senarai Perkhidmatan Lain PTPTN

Selain perkhidmatan semakan baki, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-

  1. Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  2. Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  3. Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  4. Semakan Penyata SSPN, SSPN Plus

Cara Hubungi PTPTN

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi PTPTN di

  1. Laman Web Rasmi PTPTN
  2. Careline : 03-2193 3000
  3. Senarai Cawangan PTPTN

Selamat membuat Semakan secara online. Ingat pinjaman hendaklah dibayar mengikut jadual untuk kemudahan pelajar lain yang memerlukannya.

Related : portal rasmi ptptn media sosial mendapatkan kata mengikut tempoh untuk mendapatkan membolehkan peminjam menyelesaikan https www.ptptn.gov.my memastikan transaksi ansuran bulanan untuk mengemas, kos upah, penangguhan bayaran balik ptptn penjadualan penstrukturan semula bayaran balik ptptn untuk membuat semakan faks 03 2193 1263 penyata ptptn akaun pinjaman kaedah yang memberi kemudahan memohon penangguhan bayaran balik memberi kemudahan kepada peminjam membuat penangguhan bayaran balik kemudahan kepada peminjam untuk, cara semakan, ansuran bulanan berdasarkan kemampuan, membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran, pengajian tinggi, kaunter ptptn, bulan berikutnya, semakan baki pinjaman ptptn, cara bayaran, tamat pengajian, melanjutkan pengajian, taip ptptn secara online dan sms,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *