in

Semakan Bantuan JKM Online (Status Permohonan)

Cara Semak Status Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada membuka permohonan untuk memperoleh bantuan kewangan? Adakah anda salah seorang yang telah membuat Permohonan Bantuan JKM Online? Sekiranya begitu, pasti anda ingin tahu tentang status permohonan tersebut samada berjaya diluluskan atau tidak. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Bantuan JKM Online iaitu status permohonan lulus atau tidak untuk rujukan semua.

Buat makluman semua, permohonan bantuan JKM boleh dilakukan secara atas talian atau online di portal eBantuanJKM yang merupakan sebuah sistem pengurusan bantuan kebajikan.

Semakan Bantuan JKM Online

Cara Semak Status Bantuan JKM Secara Online Melalui eBantuan JKM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Bantuan JKM Online merangkumi pautan dan panduan membuat semakan status permohonan secara atas talian.

Panduan Membuat Semakan Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bagi yang telah melengkapkan permohonan Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status permohonan adalah seperti berikut:

  1. Akses pautan berikut : Semakan Status Permohonan eBantuan JKMsemak status bantuan jkm
  2. Klik Semakan Status Permohonan Atas Talian
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang Semak

*Nota : Senarai hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat

Maklumat Berkaitan Permohonan Bantuan JKM

Kepada yang belum membuat permohonan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan proses permohonan yang mungkin bermanfaat buat semua:

MATLAMAT PEMBERIAN BANTUAN

Matlamat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online diberikan adalah seperti berikut:
No 1 Melengkapi keperluan asas sebagai cara untuk membantu meringankan beban penerima bantuan
No 2 Sebagai alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan
No 3 Sebagai alat pemulihan untuk penerima bantuan terus kekal tinggal bersama masyarakat atau komuniti
No 4 Untuk dijadikan sumber kewangan sementara buat penerima bantuan menerukan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Setiap permohonan yang dilakukan hendaklah memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berpandukan setiap jenis bantuan berikut:
No 1 Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
No 2 Elaun Pekerja Cacat (EPC)
No 3 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
No 4 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
No 5 Bantuan Orang Tua (BOT)
No 6 Bantuan Am Persekutuan (BA)
No 7 Bantuan Anak Pelihara (BAP)
No 8 Bantuan Latihan Perantis (BLP)
No 9 Bantuan Geran Pelancaran (GP)
No 10 Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
No 11 Tabung Bantuan Segera (TBS)

DOKUMEN PENTING PERMOHONAN

Semasa hadir ke pejabat, bawa dokumen-dokumen penting berikut:
No 1 Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
No 2 Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
No 3 Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Sekiranya tergolong dalam kategori OKU)
No 4 Salinan penyata pendapatan/ surat akaun pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
No 5 Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
No 6 Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)

Maklumat Lanjut Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi:

Alamat

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya

No. Telefon

  • 03-8000 8000

Faks

  • 03-8323 2045

Emel

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Bantuan JKM Online (Status Permohonan) ini memberi manfaat buat semua. Selamat membuat semakan permohonan dan semoga berjaya menerima bantuan yang diidamkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Bantuan Sara Hidup rakyat 2019 dan kemaskini secara online

Permohonan BSH 2020 Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019

Pendaftaran MySalam 2020 Online (Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat)