in

Semakan Bil Astro Online Dan SMS

Cara Semak Bil Terkini Astro Online dan SMS Mudah Dan Senang. Siapa yang tidak kenal ASTRO. Hampir semua rumah di bandar ada melanggan pakej Astro yang pelbagai harga. Pasti ramai pelanggan Astro yang ingin membuat semakan Bil bulanan ASTRO untuk mengetahui status pembayaran atau tunggakan akaun mereka. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Bil Astro secara online Dan SMS buat panduan semua. Perkhidmatan yang disediakan ini sekaligus memudahkan para pelanggan Astro tanpa perlu datang ke kaunter untuk membuat semakan. Ianya lebih pantas dan mudah.

Dengan kepesatan teknologi, penerimaan kertas bil ASTRO secara manual yang dihantar ke rumah/ pejabat dan sebagainya telah digantikan secara beransur-ansur ke penerimaan bil secara email. Kini ianya semakin mudah dengan ebilling Astro yang antara lain dapat mengelakkan penerimaan lewat bil melalui email. Kepada mereka yang masih menggunakan penerimaan bil cara lama, semakan bil Astro secara online dan SMS adalah pilihan dalam mendapatkan jumlah terkini bil semasa mereka.

Semakan Bil Astro Online Dan SMS

Cara Semak Bil Terkini Astro Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan dua cara semakan Bil terkini Astro iaitu semakan secara atas talian/ online dan melalui khidmat SMS.

A. Semakan Bil Astro Secara Online

Cara Semakan Bil Astro melalui atas talian/ online memerlukan pengguna untuk membuat pendaftaran jika belum berbuat demikian sebelum dapat mengkases sistem semakan.

  1. Pendaftaran adalah di Laman Web Rasmi Astro di https://www.astro.com.my/
  2. Pada bahagian atas sekali Laman Wen bahagian kanan terdapat butang untuk login dan register
  3. Sekiranya anda telah mempunyai Astro ID, login masuk bagi menyemak bil Astro
  4. Sekiranya belum mempunyai Astro ID, sila klik register serta isikan butiran yang diperlukan. Ianya begitu mudah dan mesra pengguna
  5. Anda diberi pilihan untuk paparan bil samada menyemak terus ke laman web Astro ataupun paparan bil dalam bentuk PDF menerusi email anda.

B. Semakan Melalui SMS

Terdapat 2 kaedah semakan yang dsediakan iaitu seperti berikut :-

1. Semakan SMS menggunakan No akaun Astro

  • ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>AC NO dan Hantarkan ke 33310

Contoh

  • ASTRO BAL AC 0908043222
  • Hantar ke 33310

2. Semak Melalui SMS menggunakan No IC pemilik akaun Astro

  • ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>IC NO dan Hantarkan ke 33310

Contoh :

  • ASTRO BAL AC 800101016261
  • Hantar ke 33310

Selamat membuat Semakan Bil terkini Astro secara Online Dan SMS. Moga perkhidmatan semakan yang disediakan akan terus ditambah baik sejajar dengan kepesatan teknologi di Malaysia sekarang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Online

Permohonan Pembantu Rumah Asing maid online

Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online