in ,

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Cara Semak Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2018. Panduan semakan brim 2018. Pasti ramai pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ingin mengetahui status permohonan dan rayuan BRIM 2018 mereka? Samada permohonan BRIM mereka  berjaya atau tidak? Semakan BR1M 2018 kini lebih mudah dan pantas dengan sistem semakan atas talian (online). Terdapat juga beberapa kaedah semakan status BR1M yang lain seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Untuk makluman, jumlah BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018/7.0 adalah dikekalkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan status permohonan dan rayuan BR1M 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semakan BR1M 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Cara Semak BR1M 2018 Online Status Permohonan Dan Rayuan 

Berikut dikongsikan maklumat semakan BRIM iaitu status permohonan dan rayuan. Juga dikongsikan tarikh pembayaran BR1M 2018 dan senarai bank yang terlibat dalam pembayaran..Keputusan status permohonan ataupun kemaskini BR1M 2018 akan mengambil sedikit masa disebabkan maklumat pemohon akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan daripada agensi yang terlibat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Nama Agensi

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
  4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Kumpulan Wang Persaraan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  9. Kementerian Luar Negeri
  10. Jabatan Agama Islam Negeri
  11. Kementerian Pendidikan Tinggi
  12. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan status BR1M 2018 boleh disemak menggunakan kaedah semakan seperti berikut :-

1. Semakan BR1M Online

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.

  • 1. Pilih menu MyBR1M
  • 2. Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  • 3. Klik butang Log Masuk
  • 4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
  • 5. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
  • 6. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
  • 7. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Semakan Status BR1M 2018 Melalui MyBR1M

Setelah berjaya mengkases MyBR1M

  1. Klik pada menu Semakan Status
  2. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
  3. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

Status Permohonan BR1M 2018 Yang Terpapar

Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  2. Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  3. Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  4. Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  5. Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya
  6. Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya
  7. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari Panduan MyBR1M.

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Status Permohonan 2017 Dipaparkan

Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2017 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
  2. Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2017
  3. Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2017 kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2017 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2017. Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M 2017 akan menyebabkan permohonan adalah TIDAK LAYAK
  4. Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh (akan dikemaskini) [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai (akan dikemaskini).

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari FAQ Semakan Status.

2. Semakan Melalui e-Mail

Pemohon boleh menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Kaedah Semakan Melalui Telefon : Semakan BR1M

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Boleh disemak pada setiap hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

4. Applikasi Mobile Semakan BR1M

Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-

  1. Status penghantaran borang
  2. Semakan status permohonan
  3. Status rayuan
  4. Semakan status bayaran
  5. Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Semakan BR1M 2017 Status Permohonan Dan Rayuan

Cara Buat Semakan Melalui Applikasi Mobile

Pilih Play Store atau App Store dan cari “Semakan BR1M’.

  1. Kemudian muat turun applikasi tersebut
  2. Buka applikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  5. Sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalan keselamatan
  6. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Permohonan Rayuan BR1M

Menurut Laman Web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari tarikh (akan dikemaskini).

  • Klik Borang Rayuan BR1M 2018

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan tarikh bayaran BR1M 2018 mengikut kategori penerima bantuan.

1. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2018 : RM450 (Akan dikemaskini)

2. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)

Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
  • Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

3. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k

Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
  • Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 Di Cawangan LHDNM 

Berikut adalah Waktu operasi kaunter BR1M di cawangan LHDNM bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017 seperti berikut :-

A. Hari Bekerja

  • Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
  • Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

B. Cuti Hujung Minggu

  • 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Nota Penting

  • 1. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
  • 2. Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan  01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan)
  • 3. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
  • Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM

Permohonan dan kemaskini br1m 2019 waktu operasi kaunter brim LHDN

Senarai Bank Yang Terlibat Dalam Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah senarai bank yang terlibat untuk pembayaran BR1M tahun 2018:-

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. CIMB BANK BERHAD
  9. BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  10. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Cara Menghubungi BR1M

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BR1M 2018, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

  • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Kepada pemohon Bantuan BR1M, selamat membuat Semakan BR1M 2018 untuk mengetahui Status Permohonan Dan Rayuan anda. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan dan rayuan BR1M 2018.Sila manfaatkan wang bantuan dengan berhemah. Pemohon adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini di Portal Rasmi e-BR1M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan SBP

Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan SBP

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 (Satu) 2018 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 Online