in

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Online (BSH)

Berita baik buat para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kerajaan Baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa bantuan untuk golongan berpendapatan rendah dan berkelayakan akan diteruskan. BR1M akan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Berikut dikongsikan cara membuat semakan BSH online iaitu status permohonan dan rayuan melalui MyBSH.

Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa meningkatkan beban hutang yang ditanggung kerajaan pada masa kini. Sehubungan itu, sejumlah 4.1 juta penerima akan menerima bayaran BSH tahun 2019 Fasa 1 yang membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.2 bilion pada 28 Januari 2019. Untuk makluman, jumlah BSH dan kategori penerima BSH telah di susun semula kepada 3 kategori suri rumah berpendapatan sehingga RM4,000.

Semakan BSHR 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat

Semakan BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat

Walaupun BR1M telah digantikan dengan BSH, pemohon masih boleh membuat semakan status permohonan dan rayuan mereka sama serta kemaskini maklumat melalui Laman Web Bantuan Sara Hidup Rakyat di pautan https://bsh.hasil.gov.my/.

Maklumat lanjut semakan BSH akan dikongsikan jika terdapat perubahan dalam cara semakan dan pautan.

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Online

Semakan BSH 2019 boleh disemak di pautan berikut :-
SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) ONLINE MELALUI MyBSH
  • No 1 Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  • No 2 Klik butang SEMAK
  • No 3 Mohon NO TAC. Pastikan anda telah mendaftar Nombor Telefon Bimbit semasa permohonan BSH 2018 bagi membolehkan semakan dibuat melalui Portal Rasmi BSH
  • No 4 Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit . Masukkan NO TAC dan tekan butang HANTAR
  • No 5 NO TAC sah digunakan selama 6 jam. Sekiranya selepas 6 jam, pemohon dikehendaki semula memohon NO TAC
  • No 6 Selain boleh membuat semakan status, pengguna juga boleh membuat cetakan dan membaca peti mel

Cara Mendaftar/ Menukar No Telefon Bimbit

  • No 1 Sekiranya anda penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019, anda boleh hadir ke LHDNM bagi mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit dengan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019 atau semasa membuat kemas kini permohonan BSH 2019 mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.
  • No 2 Sekiranya anda bukan penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019, anda boleh membuat Permohonan Baharu dan mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim (FAQ) berkaitan semakan BSH melalui MYBSH :-

Soalan Lazim FAQ Semakan MyBSH

  • No 1 Mesej semakan status “TIADA REKOD” dipaparkan kerana anda tidak tersenarai sebagai penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 atau tidak pernah membuat Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019
  • No 2 Apabila saya log masuk MyBSH dan masukkan Nombor TAC, paparan mesej “TAC Tidak Sah. TAC yang anda masukkan tidak sah. Sila cuba semula”. Apa yang perlu saya lakukan?
    • Anda perlu masukkan Nombor TAC yang betul dan masih sah tempoh
  • No 3 Apabila saya log masuk MyBSH dan masukkan Nombor MyKad, paparan mesej “ Sila hadir ke Cawangan LHDNM untuk kemas kini No. Telefon”. Apa yang perlu saya lakukan?
    • Mesej berkenaan dipaparkan kerana Permohonan BSH sebelum ini tidak didaftarkan Nombor Telefon Bimbit. Oleh itu, anda perlu hadir ke Cawangan LHDNM bagi mendaftar Nombor Telefon Bimbit dengan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019 atau membuat kemas kini permohonan BSH 2019 dan mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019
  • No 4 DALAM PROSES BAYARAN adalah merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 dalam proses pengkreditan ke akaun mulai 28 Januari 2019

Muat Turun Soalan Lazim BSH Dalam PDF

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2019

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BSH 2019 buat rujukan pemohon:-

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  4. Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
  5. Hubungan anak mestilah
    • a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
    • b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
    • c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
    • d) 18 tahun dan ke bawah atau
    • e) 19 tahun dan ke atas :
      • Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
        Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tidak Layak BSH 2019

Mereka yang tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup 2019 adalah speerti berikut :-

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
    • – Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
    • – Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
    • – Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  7. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
    • Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
    • Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
    • Motosikal yang melebihi 500cc
  8. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Maklumat tarikh pembayaran BSH 2018 adalah seperti berikut :-

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH)

NOJUMLAH (RM)TARIKH PEMBAYARANNOTA
Huruf A BUJANG – PENDAPATAN RM2,000 DAN KE BAWAH
No 1450 26 FEBRUARI 2018SEKALIGUS
Huruf B ISI RUMAH – PENDAPATAN RM3,001 HINGGA RM4,000
No 1300 26 FEBRUARI 2018FASA 1
No 23006 JUN 2018 FASA 2 
No 330015 OGOS 2018FASA 3
Huruf C ISI RUMAH – PENDAPATAN RM3,000 KE BAWAH
No 1400 26 FEBRUARI 2018FASA 1
No 24006 JUN 2018 FASA 2 
No 340015 OGOS 2018FASA 3
*Agihan bayaran Bantuan Sara Hidup 2018 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dikemaskini dari masa kesemasa

Maklumat Lanjut Semakan BSH 2019

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM

  • 1-800-88-2747 (BSHR)
  • Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. Faksimili MOF

  • 03-8882 3933

Maklumat semakan BSH 2019 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Penerima bantuan atau pemohon yang ingin mengetahui maklumat terkini BSH boleh merujuk kepada Laman Web Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat di https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendaftaran MUET Sesi 3 November 2018 Online (Tarikh Daftar & Ujian)

Pendaftaran MUET November 2018 Online (Sesi 3)

Semakan Keputusan egTukar 2018 Online

Semakan Keputusan egTukar 2019 Online