Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS. Cara semak laporan kredit secara online atas talian & cara muat turun salinan report.

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS. Bagaimana hendak membuat semakan laporan CCRIS secara online? Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin tahu akan kedudukan kredit kewangan mereka. Kini anda boleh membuat semakan CCRIS secara atas talian/ online yang baru diperkenalkan. Untuk makluman, laporan CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat) bukanlah satu senarai hitam tetapi ringkasan kepada status kedudukan kewangan individu.

Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya boleh mendapatkan laporan CCRIS dengan memuat turun di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM). Mereka yang mengambil laporan tersebut perlu membawa bersama kad pengenalan dan mempunyai pengesahan cap jari. Laporan juga diperolehi melalui e-mel dengan menghantar e-mel kepada bnmtelelink@bnm.gov.my. Laporan CCRIS akan diperolehi selepas satu hingga dua minggu daripada tarikh penghantaran e-mel.

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Online

Berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat semakan CCRIS secara online melalui eCCRIS BNM. Maklumat yang dikongsikan termasuk apa itu CCRIS, cara buat semakan dan maklumat penting semakan.

Apa Itu CCRIS?

CCRIS atau dalam bahasa Inggeris : Central Credit Reference Information System adalah merupakan laporan/ rekod yang diselia oleh Bank Negara Malaysia. Laporan CCRIS akan mengumpulkan rekod bayaran bulanan peminjam untuk 12 bulan terkini dengan Institusi Kewangan. Ianya juga termasuk butiran pinjaman di setiap institusi kewangan di Malaysia serta pinjaman di bawah pemerhatian bank, proses penjadualan dan penstrukturan semula.

Menurut Biro Kredit BNM,

  • CCRIS merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta. Ianya merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

Rekod kewangan yang baik akan memaparkan semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Ini bermaksud anda tidak mempunyai tunggakan pembiayaan dan mempunyai rekod yang bersih serta peluang yang tinggi untuk mendapatkan pinjaman berkaitan.

Nota Untuk Peminjam PTPTN : Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS.

Hutang Yang Termasuk Dalam CCRIS

Berikut adalah diantara senarai hutang yang termasuk dalam CCRIS :-

  1. Pembiayaan pinjaman peribadi bank
  2. Pinjaman Rumah/ Kedai dan sebagainya
  3. Pinjaman PTPTN
  4. Kad kredit
  5. Pembiayaan untuk pembelian kenderaan/ kereta dan sebagainya
  6. Pembiayaan perniagaan daripada bank

Semakan CCRIS Atas Talian/ Online Melalui eCCRIS

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan CCRIS online melalui eCCRIS. Sistem eCCRIS adalah merupakan singkatan kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System).

Cara Daftar Di Kiosk BNM

  1. Datang sendiri ke Bank Negara Malaysia (BNM) pada waktu bekerja untuk mendaftarkan butiran peribadi
    • BNMLINK
    • Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
    • Tingkat Bawah, Blok D
    • Bank Negara Malaysia
    • Jalan Dato’ Onn
    • 50480 Kuala Lumpur
  2. Sila daftar sebagai pengguna di kiosk CCRIS yang terdapat di BNM
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diminta pada paparan skrin kiosk
  4. Masukkan nombor telefon anda
  5. Selesai mendaftar anda akan menerima nombor pin 6 angka di telefon yang didaftarkan

Login Masuk Ke Sistem eCCRIS

Berikut adalah langkah semakan CCRIS selepas selesai mendaftar di BNMLINK Kuala Lumpur/ Pejabat BNM/ Cawangan AKPK.

1) Log Masuk

  • (i) Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my menggunakan pelayar Internet Explorer 11 atau Google Chrome
  • (ii) Klik “Log Masuk Kali Pertama”
    • Layari laman web https://eccris.bnm.gov.my/ dan klik pada “First Time Login”
    • Mulakan pendaftaran di laman web eCCRIS tersebut
    • Selesai pendaftaran anda kini boleh membuat semakan CCRIS secara online sahaja

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

2) Pada Laman “Log Masuk Kali Pertama”

  • (i) Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan
    (ii) Sila isi maklumat:

    • Nombor ID (12 digit MyKad/ nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport)
    • Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)
  • (iii) Klik butang “Hantar”

3. Tetapkan ID Pengguna/ Kata Laluan

  • (i) Masukkan ID Pengguna anda untuk mengakses eCCRIS, alamat e-mel yang digunakan dan tukar Kata Laluan. Panjang kata laluan hendaklah mininum 10 karakter, yang mengandungi gabungan huruf besar (A-Z), huruf kecil (a-z), angka (0-9) dan karakter istimewa ”~!@#$%^&*()_+”
  • (ii) Klik butang “Hantar”

4. Pada skrin “Tetapan Keselamatan”

  • (i) Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan yang dipilih
  • (ii) Klik butang “Hantar”

5. Mesej Pengesahan

Setelah mengisi semua maklumat yang diminta, satu mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan seperti berikut :-

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

6. Cara Dapatkan Laporan CCRIS

Sila ikuti arahan berikut:

  • (i) Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my
  • (ii) Masukkan ID Pengguna (seperti yang dipilih oleh pengguna)
  • (iii) Klik butang “Seterusnya”
  • Sekiranya imej dan frasa keselamatan sama seperti imej dan frasa keselamatan yang dipilih oleh pengguna, klik butang “Ya” untuk langkah seterusnya.
  • Masukkan kata laluan dan klik butang “Log Masuk”
  • Sekiranya berjaya log masuk, laman utama eCCRIS akan dipaparkan.
  • Untuk mendapatkan laporan CCRIS, pilih “CARIAN”, kemudian klik “Carian Sendiri – Individu”

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

7. Kenyataan Penafian

Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan menanda kotak “Saya Setuju”.  Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”.

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

8. Muat Turun Salinan Laporan CCRIS

Cara untuk memuat turun/ simpan salinan laporan CCRIS adalah seperti berikut :-

  • Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”
  • Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun laporan tersebut
  • Klik “Open” untuk melihat laporan atau Klik “Save” untuk menyimpan salinan laporan di tempat simpanan anda sendiri
  • Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan dalam Portable Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan seperti berikut:-
    • Tarikh carian laporan (contoh: 30Oct2018, 10Feb2018)
    • Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda (Ahmad, Hanafi)
    • Contoh: 30Jan2018Ahm, 10Feb2018Han
  • Selepas memasukkan kata laluan, klik butang OK untuk membuka laporan.
  • Anda memerlukan perisian yang boleh membuka fail PDF, untuk melihat semula laporan yang telah disimpan

Maklumat Lanjut Semakan eCCRIS Online

Untuk maklumat lengkap panduan dan cara semakan CCRIS secara online boleh dirujuk di Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim.

Waktu operasi eCCRIS adalah dari 6:00 pagi – 12:00 tengah malam, Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum). Jika terdapat soalan lanjut berkaitan penggunaan eCCRIS, anda boleh menghubungi

  • Pusat Hubungan kami, BNMTELELINK di 1-300-88-5465 atau
  • 603-2174 1717 (Luar Negara)

Selamat membuat Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS. Moga perkhidmatan semakan secara atas talian yang disediakan akan memudahkan anda dalam menguruskan urusan berkaitan kewangan. Taniah kepada mereka yang mempunyai rekod laporan kredit yang baik.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *