in

Semakan CTOS Online (Cara Dapatkan Laporan Kredit Dengan Mudah)

Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat untuk mengetahui adakah pinjaman kewangan mereka akan diluluskan atau tidak. Tahukah anda bahawa kebarangkalian untuk pinjaman diluluskan dapat diketahui dengan memeriksa laporan kredit terlebih dahulu? Dengan cara ini, anda boleh mengenalpasti kekurangan yang ada pada kredit serta cara untuk memulihkannya untuk mengelakkan daripada permohonan pinjaman ditolak. Buat yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan CTOS Secara Online iaitu cara mendapatkan Laporan Kredit dengan mudah.

Untuk makluman, CTOS merupakan sebuah Agensi Pelaporan Kredit (Swasta) yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Ianya berbeza dengan CCRIS, atau Central Credit Reference Information yang diurus oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia manakala CTOS ialah syarikat persendirian. Antara paparan laporan kredit yang dikeluarkan oleh CTOS untuk individu dan syarikat termasuklah rekod kredit mereka (untuk tempoh 24 bulan lalu), pemilikan syarikat dan pengarah, maklumat tindakan undang-undang, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Semakan CTOS Online

Dengan CTOS, anda boleh menyemak laporan peribadi sendiri bagi memastikan kredit berada dalam keadaan sihat dan baik. Pada masa yang sama syarikat-syarikat (termasuk institusi kewangan) boleh menyemak laporan kredit anda untuk memastikan adakah anda layak untuk membuat sebarang permohonan pinjaman atau kad kredit. Bank-bank akan menilai permohonan pinjaman dengan merujuk pada sejarah kredit anda sebelum membuat keputusan samada anda layak untuk diberikan pinjaman atau tidak.

Semakan CTOS Secara Online (Cara Mendapatkan Laporan Kredit – CTOS Score)

Bagi yang berminat untuk mendapatkan laporan CTOS secara online, berikut dikongsikan langkah-langkah Semakan CTOS Secara Online buat panduan semua. Terdapat 3 laporan yang disediakan iaitu :-

  1. Laporan MyCTOS Basic : Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS & Skor) – PERCUMA
  2. MyCTOS Score : Laporan Kredit & Skor – RM25 / repot (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)
  3. CTOS SecureID : Perlindungan Kecurian Identiti – RM99 / setahun (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)

Layari Laman Web CTOS

Sebelum membuat semakan CTOS, anda perlu mendaftar akaun baharu dahulu. Klik pautan di bawah untuk melengkapkan pendaftaran:

PENDAFTARAN AKAUN

No 1 Setelah mengakses pautan pendaftaran, lengkapkan maklumat-maklumat termasuk nama penuh seperti dalam MyKad, nombor kad pengenalan, alamat emel, bahasa dan nombor telefon
Semakan CTOS Online
No 2 Klik Get Verification Code untuk mendapatkan kod TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda. 
No 3 Isikan kod yang diterima menerusi SMS di telefon bimbit tadi dalam ruangan Verification Code. Klik Continue. 
No 4 Seterusnya reka kata laluan sendiri, muat naik gambar kad pengenalan anda serta isikan alamat lengkap seperti dalam MyKad. Klik Continue. 
Semakan CTOS Online
No 5 Jawab soalan yang tertera di halaman seterusnya. Klik tanda hijau jika jawapan anda adalah ‘Ya’ dan merah jika jawapan anda ‘Tidak’. Klik Complete setelah selesai.
Semakan CTOS Online
No 6 Sebuah emel pengesahan pendaftaran akan diberikan. Ia mengandungi maklumat yang boleh digunakan untuk log masuk ke dalam akaun CTOS (User ID dan Password) bagi mendapatkan laporan kredit yang lebih terperinci. Selain itu, emel tersebut mengandungi laporan kredit ringkas CTOS yang boleh dirujuk oleh pengguna secara percuma
Semakan CTOS Online

Log Masuk CTOS

Untuk membuat semakan CTOS, klik pautan di bawah untuk log masuk:

AKSES LAPORAN CTOS

No 1 Untuk Log Masuk, isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang direka ketika proses pendaftaran. Klik Login
Semakan CTOS Online
No 2 Anda akan dibawa ke Dashboard yang memaparkan maklumat asas berkaitan laporan kredit CTOS anda
Semakan CTOS Online
No 3 Untuk mendapatkan laporan CTOS yang lebih terperinci, klik Get your CTOS Score Now
No 4 Isikan kata laluan dalam ruangan Password dan klik Get Report
Semakan CTOS Online
No 5 Anda akan dibawa ke halaman untuk membuat pembayaran. Laporan CTOS yang lengkap berharga RM25 (tidak termasuk GST). Contoh laporan CTOS yang lengkap adalah seperti berikut:
Semakan CTOS Online
Semakan CTOS Online

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai Semakan CTOS, rujuk maklumat-maklumat di bawah:

No. Telefon

  • 03-27228833/03-27228882

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan CTOS Secara Online ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga laporan kredit anda tiada masalah dan mudah untuk membuat permohonan pinjaman.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Doa Selepas Solat Fardhu Dan Wirid Ringkas

Permohonan Program JUMPER PUNB Online

Permohonan Program JUMPER PUNB 2019 Online