Semakan Daftar Haji 2024 Online (THIJARI) Semak Baki & Cetak Penyata. Cara semak tawaran haji keputusan layak atau tidak & register thijari.

Semakan Daftar Haji 2024 Online Keputusan Tawaran

Apakah cara mudah untuk membuat semakan daftar haji tahun 2024 atau semak tawaran haji? Urusan berkaitan Tabung Haji kini lebih mudah dan pantas dengan pengenalan Aplikasi THiJARI lembaga tabung haji. Aplikasi mudah alih ini memberikan kemudahan kepada semua pendeposit TH dalam pelbagai urusan termasuk menyemak pendaftaran haji serta tawaran haji. Aplikasi THiJARI boleh diakses secara atas talian menggunakan browser di telefon bimbit ataupun komputer.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran mengerjakan Haji untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Untuk makluman, kos mengerjakan haji masih NAIK untuk tahun 2024/ 1445H. Mungkin nama anda adalah sebahagian daripada mereka yang terpilih sebagai jemaah Haji Malaysia pada tahun 2024/ 1445H. Kepada mereka yang gagal, anda boleh membuat appeal Haji.

Semakan Daftar Haji 2018 Online Keputusan Tawaran

Semakan Daftar Dan Tawaran Haji 2024 Online Melalui THIJARI

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1445H/ 2024M secara berperingkat. TH akan memberi tempoh kepada mereka selama 30 hari untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran. Ianya bagi membolehkan TH dapat mengetahui berapa ramai yang tolak atau tunda pemergian haji.

Berikut dikongsikan maklumat dalam membuat Semakan Daftar Haji 2024 secara online serta panduan dalam menyemak tawaran haji secara online menerusi Aplikasi THiJARI 2.0.

A. Cara Semakan Daftar Haji Secara Online

Kumpulan Tabung Haji telah meningkatkan sistem operasi mereka selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dengan menyediakan kemudahan pendaftaran dan semakan melalui portal Thijari. Berikut dikongsikan cara membuat semakan tawaran haji tahun 2024 secara online.

1. Langkah-Langkah Membuat pendaftaran THiJARI

Bagi pengguna kali pertama, pendaftaran perlu dilakukan sebelum boleh mengakses THiJARI. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan sistem : Portal THiJARI
    thijari
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
      • No. Kad Pengenalan
      • No. Akaun Tabung Haji (pengguna mesti mempunyai akaun tabung haji)
      • No. Telefon Berdaftar (akan diminta sekiranya maklumat sepadan)
        thijari 1
        thijari 2
  3. Semak butiran maklumat seperti di atas sebelum memohon No. TAC sebagai pengesahan. Masukkan No. TAC dan klik “seterusnya”
    thijari_4
  4. Setelah berjaya memasukkan No. TAC, isikan butiran yang diperlukan.
  5. Klik “terima” Terma & Syarat dan proses pendaftaran selesai serta notifikasi berjaya akan dipaparkan

2. Akses Sistem THiJARI

Selepas selesai proses mendaftar, pengguna boleh login masuk ke halaman utama untuk membuat semakan. Diantara maklumat yang boleh disemak di THiJARI adalah seperti berikut :-

Akaun Tabung Haji

  1. Pertanyaan baki simpanan
  2. Cetakan Penyata Akaun TH
    Thijari 9
  3. Pemindahan wang antara akaun TH
    Thijari 10

Urusan Haji

  1. Pendaftaran Haji
    Thijari 12
  2. Semakan Status Pendaftaran Haji (status pendaftaran dan tawaran haji)

    Thijari 19

  3. Semak Tawaran Haji
  4. Check Surat “Flight Departure”
  5. Semak Kursus Haji (Muat turun modul)
    Thijari 17
  6. Appeal Haji

Kelab TaHa

  1. Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@U
  2. Semakan Kelab TaHa

B. Maklumat Lanjut Haji

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan proses pendaftaran haji, kos dan bayaran haji serta jadual kursus asas haji 2023 di seluruh Malaysia.

1. Pendaftaran Haji

Sebelum mendaftar haji, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah :-

  • Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM1,300
  • Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif (Satu pendaftaran sahaja yang dibenarkan)
  • Pendaftaran haji adalah tidak dibenarkan untuk mereka yang baru menunaikan ibadah haji dalam tempoh 5 tahun
  • Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun (sila rujuk Daftar Haji KWSP)

Daftar haji boleh dilakukan di lokasi berikut :-

  • Di mana-mana cawangan TH
  • Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat
  • ATM / CDM Maybank
  • ATM BIMB (Bank Islam)
  • THiJARI

Pendeposit perlu membawa MyKad (dokumen pengenalan diri)/ Sijil kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

2. Jadual Kursus Asas Haji

3. Kos Menunaikan Haji Terkini

Berikut adalah kos mengerjakan Haji tahun 2024 buat panduan semua yang bercadang untuk mengerjakan Haji:-

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos Haji (RM)

Tanggungan Kos Haji/ Subsidi (RM)

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 33,300RM 20,944RM 12,356
2. Kumpulan M40RM 33,300RM 14,148RM 19,152
3. Kumpulan T20RM 33,300TiadaRM 33,300
4. Kumpulan Perayu Tunai Haji Luar GiliranRM 33,300TiadaRM 33,300
  • * Tidak tertakluk kepada peraturan pengeluaran visa semasa, jika dikuatkuasakan.
  • SUMBER : TH

4. Cara Hubungi

Bakal Haji boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan. Boleh juga rujuk maklumat lain berikut:

  • Faks: +603 – 7728 4959
    Emel : th-info@lth.gov.my
  • SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
    *setiap jawapan akan dicaj RM0.50
  • Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
    (Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Selamat membuat Semakan tawaran haji 2024 secara online. Semoga applikasi THiJARI yang diperkenalkan dapat memudahkan urusan para pendeposit Tabung Haji.

Related : perlu memasukkan, nombor kad pengenalan, surat tawaran haji, nombor telefon bimbit, https www.thijari.com.my, laman web rasmi, nombor kad pengenalan dan nombor akaun, bakal jemaah haji malaysia, log masuk, kementerian kesihatan malaysia,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *