Semakan IPU Terkini Online Bacaan Indeks Pencemaran Udara Jerebu. Cara semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (Air Pollutant Index / API) di Malaysia.

Semakan IPU Online Indeks Pencemaran Udara Jerebu Terkini

Panduan buat semua rakyat Malaysia. Pasti anda semua sedia maklum bahawa negara kita sudah sinonim dengan pencemaran udara dalam bentuk jerebu. Tahukah anda bagaimana cara untuk menyemak tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) sesuatu kawasan? Buat yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan IPU terkini secara online iaitu bacaan Indek Pencemaran Udara Jerebu di seluruh kawasan di Malaysia dan seluruh dunia.

Buat makluman semua, tahap pencemaran udara atau jerebu di Malaysia dapat dinilai berpandukan Air Pollutant Index (API) atau Indeks Pencemaran Udara (IPU). Indeks ini dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia yang berfungsi untuk mengenalpasti tahap pencemaran udara atau jerebu berdasarkan ketinggian nilai bacaan IPU. Semakin besar nilai IPU, maka semakin teruk tahap pencemaran udara atau jerebu.

Semakan IPU jerebu terkini

Semakan IPU Terkini Online (Bacaan Indek Pencemaran Udara Jerebu Di Malaysia)

Berikut dikongsikan peta interaktif yang dapat digunakan untuk menyemak bacaan IPU di kawasan yang diinginkan secara live (real-time). Anda boleh navigate ke kawasan yang diingini secara manual sekiranya kawasan tersebut tidak tersenarai.

Tahap pencemaran atau IPU diklasifikasikan menggunakan warna dan nilai bacaan. Warna-warna serta maksudnya adalah seperti berikut:

  1. Hijau – Baik (Good)
  2. Kuning – Sederhana (Moderate)
  3. Jingga – Tidak sihat untuk kumpulan yang sensitif (Unhealthy for Sensitive Groups)
  4. Merah –  Tidak sihat (Unhealthy)
  5. Ungu – Sangat tidak sihat (Very unhealthy)
  6. Merah Gelap / Maroon – Berbahaya (Hazardous)

Klasifikasi Bacaan IPU (Semakan IPU)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tahap pencemaran berdasarkan bacaan IPU serta kesan-kesannya terhadap kesihatan:

Nilai Bacaan IPU Dan Kesan

IPU/TAHAP PENCEMARANKESAN TERHADAP KESIHATAN
0 – 50 (Baik)Udara mempunyai kualiti yang memuaskan. Kesan terhadap kesihatan adalah sedikit atau tiada risiko
51 – 100 (Sederhana)Sesetengah bahan pencemar barangkali membimbangkan individu yang mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi terhadap pencemaran udara mungkin terkesan 
101 – 150 (Tidak sihat untuk kumpulan yang sensitif)Majoriti berkemungkinan besar tidak terjejas, namun begitu tahap kesihatan golongan yang sensitif mungkin terkesan 
151 – 200 (Tidak sihat)Kesan kesihatan dapat dilihat pada setiap individu dan kesan yang lebih serius akan dialami oleh golongan yang sensitif
201 – 300 (Sangat tidak sihat)Amaran kesihatan pada tahap kecemasan. Seluruh penduduk berisiko terjejas dengan pencemaran tersebut
300 ke atas (Berbahaya)Amaran kesihatan: semua orang berisiko mengalami kesan  yang lebih serius terhadap kesihatan masing-masing

Pautan Bacaan IPU Di Malaysia & Seluruh Dunia

Sila Klik:

Cara Semakan IPU Guna Aplikasi Smartphone

Para pengguna juga boleh membuat semakan bacaan IPU menggunakan aplikasi MyIPU di telefon bimbit masing-masing. Aplikasi Mobile ini adalah percuma dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk Android ataupun Apple App Store untuk iOS.

Sila Klik :

  1. Muat turun dan Install aplikasi MyIPU.
    semakan ipu
  2. Buka aplikasi MyIPU dan ia akan memaparkan IPU (API) terkini untuk lokasi terdekat. Bacaan IPU akan dikemaskini setiap jam. semakan ipu 2
  3. Untuk mendapatkan butiran lanjut bacaan IPU bagi lokasi berhampiran anda, skrol ke bawah dan pilih lokasi tersebut. Contoh: Petaling Jaya. Sistem akan memaparkan Tarikh/Masa, bacaan IPU dan status. 
  4. Untuk mengetahui maklumat IPU lokasi lain di seluruh Malaysia, pilih sahaja lokasi yang diingini. 

Cara Mengatasi Kesan Pencemaran Udara

Berikut dikongsikan beberapa cara yang dapat digunakan sebagai usaha untuk mengatasi kesan pencemaran udara:

  1. Menghijaukan kawasan seperti menanam pokok
  2. Menggunakan petrol tanpa plumbum
  3. Melaksanakan program kitar semula
  4. Mengadakan kempen mencintai alam sekitar
  5. Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pencemar alam sekitar
  6. Memperkenalkan pendidikan alam sekitar

Tindakan Semasa Jerebu

Sewaktu jerebu melanda, sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi :-

  1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan
  2. Pakai penutup muka (Face Mask) yang sesuai seperti P100 dan N95 jika keluar rumah
  3. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  4. Apabila memandu gunakan penghawa dingin dengan pilih mode Kitaran Udara Dalaman
  5. Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar
  6. Pastikan udara di dalam rumah/ bangunan sentiasa dalam keadaan bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok

perlara yang perlu dibuat semasa jerebu

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan IPU dan pencemaran alam sekitar, rujuk pautan di bawah:

Laman Web Rasmi

No. Tel

  • 03-8871 2000/2200

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Indeks Pencemaran Udara Jerebu Terkini ini dapat memberi manfaat buat semua. Berhati-hati ketika keluar dari rumah dalam keadaan jerebu dan semoga kesihatan anda tidak terjejas.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *