in

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

Cara semakan kad debit pelajar 2018? Berikut dikongsikan maklumat terkini berkaitan semakan status pembayaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang akan dikreditkan ke KADS1M – Kad Debit Pelajar. Untuk makluman, BPPT akan dikreditkan terus ke dalam KADS1M penuntut bermula 15 Mac 2018 iaitu untuk pemegang KADS1M sediada. Ini bermakna, penuntut yang sudah menerima KADS1M tidak perlu membuat permohonan baharu kerana BPPT akan dikreditkan secara automatik kepada kad sediada mereka.

Untuk pelajar yang baru saja memohon KADS1M, anda boleh mendapatkan kad anda dari cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda. Pada tahun 2017, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu kenyataan media telah memaklumkan yang Bank Rakyat akan menyediakan semakan KADS1M secara online bermula 1 Jun 2017.

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

Semakan Kad Debit Pelajar 2018 Status Permohonan KADS1M

Berikut dikongsikan ringkasan maklumat terkini berkaitan semakan KADS1M tahun 2018 seperti dipetik dari Laman Web Bank Rakyat.

Semakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)

Terdapat 2 kategori pelajar iaitu

  • i) Pelajar yang telah menerima BPPT 2017 dan Akaun Simpanan-i aktif serta
  • ii) Pelajar yang baru memohon atau pelajar yang telah menutup akaun BPPT 2017

Cara membuat Semakan Kad Debit Pelajar untuk kedua-dua kategori serta panduan permohonan adalah seperti langkah berikut :-

  1. Bagi pelajar yang telah mempunyai KADS1M, mereka boleh menyemak status kelayakan masing-masing mulai 15 Mac 2018 bermula jam 400 petang di iRakyat, ATM dan CDM Bank Rakyat dan melalui portal http://www.bank rakyat.com.my/bppt mulai 1 April 2018
  2. Bagi pelajar yang belum mempunyai KADS1M, semakan status kelayakan BPPT boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April 2018 sebelum pelajar boleh membuat permohonan KADS1M (untuk pelajar baru/ telah menutup akaun BPPT)
  3. Panduan permohonan BPPT (KADS1M) boleh dirujuk di

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

Carta Aliran Permohonan BPPT 2018 Dan Semakan KADS1M Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi

Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan KADS1M 2018 buat rujukan pemohon. Tarikh akhir bagi permohonan online KADS1M di semua cawangan BankRakyat telah dilanjutkan ke 30 Ogos 2018. Dokumen yang perlu di bawa oleh pelajar bagi pengambilan KADS1M Debit-i adalah seperti berikut:-

Pengambilan KADS1M

Umur Di Bawah 18 Tahun

  1. MyKad (Asal dan 1 salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 salinan)
  3. Surat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga
  4. Satu salinan MyKad Ibu Bapa/ Penjaga dan
  5. Sijil Kelahiran/ sijil anak angkat pelajar/ pelanggan (Asal dan 1 salinan)

Umur 18 Tahun Dan Ke Atas

  • MyKad (Asal & 1 salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 salinan)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik yang dikongsikan di bawah ini :-

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

 

Nota Semakan Kad Debit Pelajar 2018 (BPPT)

  1. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan yang pembayaran BPPT akan disalurkan melalui Bank Rakyat bermula 15 Mac 2018
  2. KPT akan menyalurkan RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  3. Pembayaran yang dikreditkan terus ke KADS1M pelajar adalah berdasarkan kepada padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat dengan data maklumat penuntut yang layak menerima bantuan BPPT daripada KPT
  4. Penuntut yang telah menerima KADS1M pada tahun 2017 adalah tidak perlu untuk membuat permohonan baharu KADS1M kerana bantuan KADS1M akan dikreditkan secara automatik ke akaun sedia ada penuntut
  5. Mulai tahun 2018, penuntut adalah dibolehkan untuk mengambil KADS1M mereka di mana-mana cawangan BankRakyat. Tidak seperti pada tahun 2017, penuntut hanya boleh mengambil kad di cawangan BankRakyat yang terpilih sahaja
  6. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah di kedai buku terpilih. Selain itu, bantuan juga boleh digunakan untuk membeli perisian komputer dan peralatan pembelajaran
  7. Tarikh akhir bagi pengambilan KADS1M di semua cawangan BankRakyat adalah pada 31 Julai 2018
  8. Tarikh akhir bagi permohonan BPPT 2018 adalah pada 31 Mei 2018

TAHUN 2017

Maklumat Semakan BPPT Tahun 2017

Berikut dikongsikan cara/ langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan dalam menyemak status permohonan KADS1M pelajar untuk tahun 2017. Jika anda masih belum mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar, anda tidak perlu risau.

Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017.

Cara Semak Status Permohonan KADS1M 2017 Online

Semakan status KADS1M secara online akan diperkenalkan oleh BankRakyat pada 1 Jun 2017
Berikut dikongsikan cara membuat semakan KADS1M secara online :-

  • 1. Applikasi semakan KADS1M https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  • 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC Baru (12 Digit tanpa simbol – )
  • 3. Klik ‘Semak’

Kenyataan Media Semakan KADS1M Atas Talian

Sila rujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi berkaitan Semakan Status KADS1M atas talian sebagai rujukan.

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M Online

 

Semakan KADS1M 2017 Melalui Talian Hotline

Alternatif pilihan, pelajar boleh membuat semakan KADS1M melalui kaedah berikut :-

  1. Telefon Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin membuat semakan KADS1M anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar

Pengambilan KADS1M Tahun 2017

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit adalah seperti berikut :-

  1. MyKad dan satu (1) salinan
  2. Kad pelajar dan satu (1) salinan
  3. Salinan Email (1) salinan

Sebarang pertanyaan mengenai semakan KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454. Untuk maklumat lanjut, sila layari iRAKYAT

Selamat membuat Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018. Semoga anda berjaya dalam Permohonan untuk mendapatkan KADS1M sekaligus layak mendapat Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

borag permohonan dana raya idanttb 2018

Permohonan Dana Raya Terengganu 2018 Online Dan Semakan