Semakan Kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi & Streamyx, check online Free Speed Upgrade samada layak atau tidak menerima naik taraf kelajuan.

Semakan Kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi & Streamyx

Berita baik buat pelanggan sediada Unifi dan Streamyx. Telekom Malaysia akan menawarkan naik taraf kelajuan internet (Free Speed Upgrade) secara percuma dan berperingkat bermula 15 Ogos 2018. Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan naik taraf percuma Unifi dan Streamyx secara online untuk mengetahui samada anda layak atau tidak menikmati naik taraf kelajuan atau tidak.

Naik taraf dengan penambahan kelajuan dalam Mbps adalah bergantung kepada kesediaan rangkaian (coverage) dan servis. Pelanggan sediada yang layak akan menikmati tambahan kelajuan tanpa penambahan harga cas/ yuran bulanan.

Semakan Kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi & Streamyx

Semakan Kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi & Streamyx Online (Free Speed Upgrade)

Berikut adalah kelajuan yang bakal dinikmati oleh pelanggan Unifi selepas naik taraf percuma yang dilakukan oleh TM bergantung kepada terma & syarat serta ketersediaan rangkaian serta servis.

Kelajuan Naik Taraf Percuma UNIFI & Streamyx

Berikut adalah kelajuan naik taraf daripada speed sedia ada kepada speed yang baharu:

  1. Streamyx : 2 kali kelajuan atau Unifi
  2. 20Mbps ke bawah : Sehingga 100Mbps
  3. 30Mbps ke bawah : Sehingga 300Mbps
  4. 50Mbps ke bawah : Sehingga 500Mbps
  5. 100Mbps ke bawah : Sehingga 800Mbps

*Mereka yang masih belum melanggan Unifi boleh melanggan mana-mana pakej Unifi sebelum tamatnya tahun 2018 untuk menikmati naik taraf kelajuan bermula Januari 2019

Semakan Syarat Kelayakan Unifi Free Speed Upgrade

Berikut adalah cara mudah dalam membuat semakan kelayakan naik taraf percuma Unifi dan Streamyx (kini dikenali sebagai Unifi Broadband) secara online.

Semakan Kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi & Streamyx

  1. Layari Laman web Unifi untuk semakan naik taraf percuma (Free Speed Upgrade) untuk pengguna sediada Unifi di pautan berikut :- Turbo Upgrade 
  2. Untuk pengguna sediada Streamyx, sila semak di pautan berikut :- Unifi Broadband 
  3. Isi butiran yang diperlukan seperti Nama, Nombor kad pengenalan (MyKad), ID pelanggan – Service ID (Boleh dirujuk dalam bil TM anda)
  4. Klik pada ruangan captcha disediakan “I’m not a robot”
  5. Selanjutnya anda akan dibawa ke halaman untuk pengesahan :-
    • Login ID
    • Alamat email
    • Nombor telefon bimbit.
  6. Paparan juga akan menunjukkan jenis kelayakan “Free Upgrade Speed” yang bakal diterima oleh anda
  7. Sekiranya anda layak menerima Free Upgrade Speed ini, satu mesej pop up akan keluar, menyatakan anda berjaya beserta tarikh jangkaan naik taraf dilakukan.
    • CONGRATULATIONS
      You are eligible for the speed upgrade
      Expected Date for Upgrade : ________

*TERKINI : Disebabkan oleh kadar penggunaan yang tinggi dimana terdapat ramai pengguna membuat semakan dalam satu-satu masa yang sama, laman semakan telah mengalami masalah untuk diakses. Sebagai alternatif, para pengguna yang tersenarai untuk menerima naik taraf percuma ini akan menerima emel daripada TM. Pautan semakan yang baru (jika ada) akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Selamat membuat semakan kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi & Streamyx secara online. Moga anda adalah sebahagian dari mereka yang berjaya menerima naik taraf kelajuan daripada Telekom Malaysia ini.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *