in

Semakan Kelayakan Peka B40 Online Skim Peduli Kesihatan

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia yang berusia 50 tahun dan ke atas serta tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan rendah di Malaysia. Sebuah lagi skim bantuan kesihatan telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikenali sebagai Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (PeKa B40). Berikut adalah cara untuk membuat semakan kelayakan Peka B40 secara atas talian/ online sama ada anda layak atau tidak untuk mendapat bantuan. Peka B40 bakal dilaksanakan di seluruh negara bermula 15 April 2019.

Menurut laman web rasmi PeKa B40, Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan pusat melalui KKM yang bermatlamat untuk menampung keperluan kesihatan kumpulan berpendapatan rendah yang memberi perhatian kepada penyakit tidak berjangkit atau (NCD). Dengan slogan ‘Lebih PeKa, Lebih Cakna’, skim ini diwujudkan atas beberapa faktor seperti akan dinyatakan di bawah.

Semakan Kelayakan Peka B40 Skim Peduli Kesihatan

Konsep PeKa B40

Berdasarkan Belanjawan 2019, peruntukan sebanyak RM100 juta telah diberikan kerajaan khusus untuk skim PeKa B40. Ianya merupakan projek perintis dengan anggaran akan dapat menampung sebanyak 800,000 penerima sebagai permulaan. Penerima akan didaftarkan secara automatik tanpa proses pendaftaran dan seterusnya mendapat skim PeKa B40 ini tanpa dikenakan sebarang bayaran berdasarkan dua kriteria utama iaitu:

Semakan Kelayakan PeKa B40 Secara Online

Seperti dinyatakan di atas, penerima PeKa B40 tidak perlu membuat sebarang pendaftaran kerana kerajaan akan mengambil data secara automatik daripada penerima BSH yang berumur 50 tahun & ke atas untuk direkodkan sebagai penerima skim PeKa B40. Penerima hanya boleh melakukan semakan kelayakan PeKa B40 untuk menyemak sama ada layak menerima bantuan skim ini ataupun tidak menerusi pautan yang dikongsikan di bawah

Proses Mendapatkan Manfaat Skim PeKa B40

  1. Langkah Pertama:
    Semakan Kelayakan PeKa B40 di pautan berikut:
  2. Langkah Kedua:
    Sekiranya anda disenaraikan dalam kategori layak menerima bantuan skim PeKa B40, anda seterusnya boleh pergi ke klinik PeKa B40 berdekatan (boleh diketahui dengan pelekat logo PeKa B40 di klinik yang berkenaan).
  3. Langkah Ketiga: 

    Lakukan saringan pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama di klinik PeKa B40 dengan membawa MyKad.
    Jenis Pemeriksaan Kesihatan adalah seperti berikut:

    • Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
    • Saringan kesihatan mental
    • Pemeriksaan fizikal
    • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
    • Ujian darah dan ujian air kencing
  4. Langkah Keempat:
    Penerima hendaklah membuat lawatan kali kedua ke klinik berkenaan bagi mengetahui keputusan ujian makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada perlu merujuk ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM
    Jenis Ujian Pemeriksaan Makmal:
    • Ujian sel darah
    • Ujian kawalan gula dalam darah
    • Paras kolesterol
    • Ujian air kencing
    • Ujian fungsi buah pinggang

Sila rujuk infografik yang disediakan KKM untuk keterangan lebih lanjut:

Semakan Kelayakan Peka B40 Online Skim Peduli Kesihatan

Jenis Manfaat PeKa B40 Online

Manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut :-

Huruf A MANFAAT 1 : SARINGAN KESIHATAN 

  • Saringan Kesihatan yang mesti dilakukan penerima sebelum layak mendapat Manfaat Kedua (Bantuan Alat Perubatan), Manfaat Ketiga ( Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) dan Manfaat Keempat (Insentif Tambang Pengangkutan)
  • Saringan pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klink swasta yang telah didaftarkan di bawah PeKa B40. Penerima skim boleh mendapatkan pemeriksaan tersebut secara percuma dan tanpa perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut. Pendaftaran awal tidak diperlukan hanya perlu membawa MyKad.
  • Jika penerima memerlukan rawatan, sila rujuk kepada Klinik Kesihatan atau sekiranya penerima ingin dirawat di Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu menanggung kos rawatan tersebut sendiri.
  • Sehingga masa ini, skim PeKa B40 belum lagi termasuk untuk sebarang kos rawatan atau ubat.

Huruf B MANFAAT 2 : BANTUAN ALAT PERUBATAN

Manfaat kedua adalah bantuan peralatan perubatan yang di perlukan dalam kaedah atau prosedur rawatan yang tidak diberikan subsidi untuk kos alat di hospital kerajaan. Penerima dihadkan untuk mendapat sumbangan sehingga jumlah RM20,000 maksimum seumur hidup yang akan diberikan dalam bentuk alatan perubatan yang dibelikan. Antara alatan-alatan perubatan tersebut adalah:

  • Kerusi roda
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Stent untuk jantung
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi

NOTA: Manfaat ini hanya boleh digunapakai sekiranya penerima mendapat rawatan di hospital KKM sahaja.

Huruf C MANFAAT 3 : INSENTIF MELENGKAPKAN RAWATAN KANSER

Manfaat ketiga PeKa B40 ini bermatlamat untuk menggalakkan pesakit kanser terutamanya yang berada di peringkat awal rawatan atau tahap permulaan penyakit bagi melengkapkan pelan rawatan masing-masing seperti yang diberikan oleh pakar kanser KKM. Bantuan ini melibatkan insentif sebanyak RM1,000 akan dibayar terus kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di hospital kerajaan. Bayaran insentif akan dimasukkan ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan dan dipecahkan kepada dua kali bayaran tertakluk kepada peringkat rawatan.

NOTA : Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat ketiga ini perlu dibuat oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang menerima PeKa B40.

Huruf D 4 : INSENTIF TAMBANG PENGANGKUTAN

Manfaat keempat PeKa B40 diberikan dengan tujuan untuk mengurangkan beban pembayaran kos pengangkutan ketika penerima mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang tidak merangkumi kesuluruhan kos perjalanan. Manfaat ini juga terhad kepada:

  • Penerima Manfaat kedua (Bantuan Alat Perubatan) atau / dan Manfaat ketiga (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja yang layak mendapat manfaat keempat ini.
  • Had maksimum bantuan yang boleh diterima mengikut:
    • Semenanjung Malaysia : RM500
    • Sabah/Sarawak/Labuan : RM1,000
  • Jumlah insentif tambang yang akan diberikan bergantung kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dengan kadar yang telah ditetapkan.

Pembayaran insentif akan dibuat secara terus kepada penerima menerusi akaun bank yang telah didaftarkan.

NOTA : Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat keempat mesti dilakukan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.

FAKTA-FAKTA KEWUJUDAN PeKa B40

Skim PeKa B40 telah diwujudkan atas fakta-fakta seperti berikut:
No 1 Beban Penyakit Tidak Berjangkit :  Dilaporkan sebanyak 47.6% kumpulan B40 berusia 50 tahun / ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) yang belum didiagnosis.
No 2 Kesihatan Mental : Laporan menunjukkan sebanyak 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental yang menunjukkan kumpulan B40 merekodkan kadar yang lebih tinggi iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40
No 3 Beban Kanser : Kes Kanser juga dilaporkan semakin melonjak. Lebih menyedihkan lagi apabila 60% pesakit dikesan pada peringkat lewat yang menyebabkan peluang untuk sembuh menjadi lebih rendah.
No 4 Rawatan Kanser : Kebanyakan pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya hadir semula ke hospital apabila sudah tenat dan ini memberi peluang nipis untuk sembuh serta meningkatkan lagi kos rawatan 
No 5 Kos Alatan Perubatan : Meskipun rawatan di Hospital KKM mendapat subsidi yang tinggi daripada kerajaan, masih terdapat sebahagian kos alatan perubatan yang perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos implan untuk tulang belakang, perentak jantung (pacemaker) dan lain-lain. Ini semestinya meningkatkan beban kewangan buat mereka yang kurang berkemampuan.
No 6 Masalah Pengangkutan : Kebanyakan pesakit yang kurang berkemampuan lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman tidak menyambung rawatan yang diambil akibat kesempitan wang untuk membayar kos tambang pengangkutan.

Maklumat Lanjut Semakan Kelayakan PeKa B40 Secara Online

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah atau rujuk soalan lazim seperti di pautan berikut:

  • FAQ : Soalan Lazim PeKa B40
  • Alamat : ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
    Century Square, Jalan Usahawan,
    63000 Cyberjaya, Selangor
  • Telefon : +603-2730 7575
  • Emel : info@pekab40.com.my

Semoga perkongsian mengenai semakan kelayakan PeKa B40 ini dapat membantu rakyat Malaysia khususnya mereka yang memerlukan bantuan dan berada dalam golongan B40 akan mendapat manfaat yang dijanjikan. Diucapkan selamat maju jaya kepada yang bakal mendapat skim bantuan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Biasiswa ISMP 2019 Online

Permohonan Biasiswa ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2019

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM Online Ambilan Tahun 2019

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz Ambilan Tahun 2019