Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan tergolong dalam kumpulan B40. Kerajaan baru sahaja melancarkan inisiatif subsidi minyak bersasar seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020 dikenali sebagai Program Subsidi Petrol (PSP). Namun, hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan diberikan bantuan ini. Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) serta maklumat lanjut yang berkaitan.
Sememangnya tugas kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat lebih-lebih lagi golongan rakyat yang tidak berkemampuan. Banyak program-program kerajaan telah diperkenalkan demi untuk mengurangkan beban dihadapi rakyat. Program Subsidi Petrol merupakan salah satu daripadanya bertujuan meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dengan menjalankan pengagihan semula subsidi petrol RON95. Bantuan dalam bentuk kewangan ini akan membantu rakyat yang disasarkan dalam membiayai sebahagian perbelanjaan penggunaan petrolnya.
Pada masa ini subsidi petrol yang sedia ada adalah secara pukal dan dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan juga pendapatan. Justeru, pengenalan PSP dibuat dengan prinsip pengagihan semula subsidi yang saksama serta dasar berpandukan data dengan harapan subsidi hanya akan diberikan kepada golongan sasar yang layak. Mereka adalah warganegara Malaysia yang amat memerlukan bantuan sebegini iaitu golongan berpendapatan rendah B40
INFO TERKINI PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) | |||
HARGA PETROL RON95 MENINGKAT | |||
![]() | |||
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENERIMA | |||
![]() | |||
![]()
| |||
NOTA: Kegagalan mengemaskini maklumat akan mengakibatkan proses pembayaran ke akaun penerima tidak berjaya dijalankan | |||
BELANJAWAN 2020 | |||
Pada 11 Oktober 2019, Belanjawan 2020 telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan yang turut mengumumkan mengenai Program Subsidi Petrol (PSP). Pengumuman tersebut termasuklah perkara berikut: | |||
![]() | |||
![]()
| |||
![]()
*Pembayaran pertama akan dilakukan pada bulan April 2020 (untuk subsidi tempoh Januari sehingga April 2020) | |||
![]()
| |||
![]() | |||
![]() | |||
![]() |
Cara Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020
Seperti yang diketahui umum, kerajaan amat menitikberatkan bahawa setiap bantuan kerajaan itu sampai kepada golongan yang disasarkan. Setelah melalui proses penyaringan data yang teliti secara silang semak data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Bantuan Sara Hidup, Kementerian Kewangan, seramai lebih kurang 2.9 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan PSP. Ianya membabitkan kos tanggungan kerajaan berjumlah RM65.4 juta sebulan.
Portal Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyediakan sebuah portal khusus bagi semakan kelayakan Program Subsidi Petrol. Portal tersebut turut menyediakan maklumat lanjut mengenai bantuan PSP. Penerima boleh mula membuat semakan di portal tersebut bermula tarikh yang dinyatakan di bawah:
- Aplikasi Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol:
- Tarikh Semakan : 15 Oktober 2019
Cara Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol
- Layari pautan yang disediakan di atas dan tekan ‘Semak Kelayakan’
- Tandakan ‘Checkbox’ untuk mula menyemak
- Masukkan No. MyKad di ruangan kosong yang disediakan
- Tekan ‘Semak’
- Setelah itu, keputusan kelayakan akan ditunjukkan dan anda boleh mengemaskini maklumat Nombor Akaun dengan tekan ‘Kemas kini’
- Pilih ‘Nama Bank’ dan masukkan No. Akaun Bank Baru
- Tekan ‘Kemas kini No. Akaun’
- Masukkan No. Akaun yang telah didaftarkan di BSH terdahulu sebagai pengesahan.
- Tekan ‘OK’
- Pilih Maklum balas jenis bantuan
- Tekan ‘Simpan’ untuk menyiapkan proses semakan kelayakan
Bagi mereka yang membuat semakan kelayakan program subsidi petrol dan mendapati tidak layak menerima PSP, sekiranya memenuhi syarat kelayakan PSP bolehlah membuat rayuan melalui portal seperti pautan di atas sebaik sahaja permohonan rayuan dibuka. Kategori rayuan termasuklah pengemaskinian pemilikan kenderaan atau alamat rumah.
Bagi permohonan rayuan PSP, sila klik pautan yang disediakan di bawah:
Kriteria Kelayakan Program Subsidi Petrol
Program Subsidi Petrol hanya layak diterima oleh mereka yang melepasi syarat dan kriteria kelayakan PSP seperti yang digariskan oleh (KPDNHEP) iaitu:
- Adalah seorang penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu yang berpendapatan seisi rumah RM4,000 dan ke bawah serta beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Mempunyai kenderaan persendirian yang yang berdaftar atas nama sendiri serta memiliki Lesen Kenderaan Motor yang masih sah tempoh laku.
- Had pemilikan kenderaan individu adalah dua (2) buah kereta dan dua (2) buah motosikal.
- Kriteria Kelayakan adalah berdasarkan kepada salah satu daripada kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
- Kereta : 1,600 cc dan ke bawah
- Kereta : Melebihi 1,600 cc dan berusia 10 tahun dan ke atas
- Motosikal : 150 cc dan ke bawah
- Motosikal : Melebihi 150 cc dan berusia 7 tahun dan ke atas
*Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga merupakan penerima bantuan BSH dan memiliki kenderaan seperti kriteria yang ditetapkan adalah layak untuk mendapat bantuan PSP
Nota: Tiada kriteria kelayakan berdasarkan data daripada TNB bagi menentukan kelayakan penerima subsidi petrol seperti yang pernah diwar-warkan dalam akhbar sebelum ini.
Jumlah Bayaran Program Subsidi Petrol (PSP) 2020
Program Subsidi Petrol (PSP) yang telah dilancarkan pada 7 Oktober 2019 masih mengekalkan jumlah atau kadar bayaran bantuan subsidi bersasar seperti yang diumumkan ketika Belanjawan 2019 iaitu:
KADAR BAYARAN PROGRAM SUBSIDI PETROL | ||
JENIS KENDERAAN | KAPASITI ENJIN | SUBSIDI |
Kereta | 1, 600 cc dan ke bawah | RM30 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 100 liter) |
Melebihi 1, 600 cc dan berusia 10 tahun dan ke atas | ||
Motosikal | 150 cc dan ke bawah | RM12 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 40 liter) |
Melebihi 150 cc dan berusia 7 tahun dan ke atas |
Kaedah bayaran akan dibuat secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima PSP. Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank, mereka hendaklah membuka akaun bank dan mengemas kini maklumat tersebut di dalam Portal PSP bermula 15 Oktober 2019. Pembayaran akan dibuat secara empat (4) bulan sekali sebagai contoh bagi bulan Januari hingga April 2020. Jumlah yang akan dikreditkan ke akaun adalah seperti berikut:
- Kereta : RM120 setiap 4 bulan sekali
- Motosikal : RM48 setiap 4 bulan sekali
*Tiada bayaran lebih awal sekiranya subsidi bagi empat bulan tersebut telah habis digunakan.
Nota: Bagi mereka yang mempunyai kenderaan lebih daripada satu buah (terhad kepada maksimum 2 buah kereta dan 2 buah motosikal), hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.
Sebagai makluman, kuota bulanan subsidi petrol ini ditentukan dengan jumlah 100 liter sebulan bagi pengguna kereta serta 40 liter sebulan bagi motosikal berdasarkan kajian jarak perjalanan yang lazim ke tempat kerja. Ia juga termasuk keperluan harian yang selainnya iaitu sejauh 50 kilometer sehari atau 1,500 kilometer sebulan. Julat kadar subsidi yang ditanggung kerajaan melalui subsidi secara pukal pada masa ini juga turut dikekalkan tetapi diberikan kepada yang lebih memerlukan iaitu sebanyak RM0.30 seliter.
Pengapungan Harga Jualan Runcit RON95
Dengan pelaksanaan subsidi secara bersasar ini dan penghapusan subsidi secara pukal, ini bermaksud harga bagi jualan runcit petrol RON95 akan diapungkan semula sebaik sahaja PSP dijalankan iaitu bermula tahun 2020. Namun begitu, harga akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran.
Sementara itu, harga petrol akan dikekalkan pada RM2.08 sehingga 31 Disember 2019. Semasa tempoh pengapungan semula harga jualan runcit petrol RON95 secara berperingkat ini, semua orang masih lagi menikmati subsidi petrol secara pukal, namun subsidi tersebut adalah pada kadar yang lebih rendah sahaja.
Pengecualian PSP bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Menyedari keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan adalah berbeza di mana mereka lebih banyak menggunakan kenderaan dengan kapasiti enjin besar serta menggunakan diesel. Kerajaan telah memberi pengecualian bagi mereka daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol serta pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.
Keputusan ini juga dibuat dengan mengambil kira penggunaan petrol di Sabah dan Sarawak bagi bot kecil dan genset di rumah panjang. Untuk tujuan tersebut, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dapat menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.
Kesan Terhadap Kenaikan Harga Barangan Lain
Pihak KPDNHEP amat mengambil berat tentang kebajikan masyarakat khususnya pengguna di Malaysia. Justeru itu sekiranya terdapat sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah atau pencatutan bagi barangan lain, orang ramai boleh membuat laporan kepada saluran aduan KPDNHEP seperti berikut:
- Talian Aduan: 1-800-886-800
- Aplikasi Telefon Pintar: EzADU
- Portal Aduan : e-aduan
- Whatsapp KPDNHEP : 019-2794 317
- Alamat : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,62623 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan PSP, sila rujuk manual penggunaan, soalan lazim yang disediakan oleh KPDNHEP atau terus layari Portal PSP dan Facebook Rasmi KPDNHEP seperti pautan berikut:
Semoga perkongsian cara membuat semakan kelayakan program subsidi petrol ini dapat memudahkan para penerima bantuan Program Subsidi Petrol untuk membuat semakan kelayakan secara atas talian. Diharapkan PSP ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang disasarkan seterusnya meringankan beban mereka dalam menghadapi tekanan hidup yang mendatang.