in

Semakan Keputusan egTukar 2020 Online

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Online Tahun 2020. Panduan buat guru yang telah membuat permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi sepanjang tahun 2020. Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan egTukar sesi sesi Jun 2019 Dan Januari 2020.

Untuk makluman, proses permohonan pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2020 dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun 2019 serta Januari 2020 dengan sekali permohonan sahaja.

Semakan Keputusan egTukar 2019/ 2020 Online

Cara Semakan Keputusan egTukar 2020 Melalui Modul e-GTukar

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan egTukar 2020 melibatkan sesi Jun 2019 dan Januari 2020. Keputusan permohonan untuk pertukaran guru adalah melibatkan pertukaran Antara Negeri / Bahagian, Antara Daerah Dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred seperti berikut :-

  • GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED). DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)

Proses kelulusan pertukaran seseorang guru pula adalah berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu :-

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan penjawatan
  3. Keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon

Keputusan kelulusan pertukaran akan dimuktamadkan oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TARIKH & APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN EGTUKAR TAHUN 2019-2020

Huruf A KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI/ BAHAGIAN
NOSESITARIKH SEMAKAN
No 1JUN 201924 MEI 2019
No 2
JANUARI 202011 NOVEMBER 2019 (6 petang)
Huruf B KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH
NOSESITARIKH SEMAKAN
No 1JUN 20193 JUN 2019
No 2
JANUARI 202018 NOVEMBER 2019 (6 petang)
Huruf C KEPUTUSAN PENEMPATAN GURU
NOSESITARIKH SEMAKAN
No 1JUN 20193 JUN 2019
No 2JANUARI 202018 NOVEMBER 2019 (6 petang)
NOTA
No 1*Untuk menyemak. Guru perlu Log Masuk ke sistem Modul Pengurusan Guru (EGtukar) dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan kad pengenalan masing-masing untuk mengetahui keputusan kelulusan permohonan dan penempatan guru
No 2*Pertukaran yang telah diluluskan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Tiada Rayuan dan pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.
No 3*Semua pertukaran berkuat kuasa mulai 10 Jun 2019 untuk sesi Jun 2019. Manakala untuk sesi Januari 2020 adalah pada 1 Januari 2020
No 4*Semua pertukaran sesi Jun 2019 yang tidak berjaya akan dipertimbangkan pada sesi Januari 2020

Selamat membuat semakan keputusan egTukar pertukaran guru sesi Jun 2019 serta sesi Januari 2020. Moga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Pendaftaran MUET Sesi 3 November 2018 Online (Tarikh Daftar & Ujian)

Pendaftaran MUET November 2020 Online (Sesi 3)

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2018-2019 Terkini

Senarai Universiti Terbaik Malaysia Terkini