Semakan Keputusan IKM KKTM (SPUPIM - apponline.mara.gov.my), Semakan tawaran Institut Pendidikan Mara ipma sesi Julai dan januari.

Semakan Keputusan IKM KKTM 2024 Online

Panduan buat para pelajar yang telah membuat application ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari / Julai 2024. Tarikh Semakan Keputusan IKM KKTM Januari 2024 boleh disemak pada bulan November 2023 manakala sesi Julai pada Mei 2024.

Pemohon adalah disarankan untuk melayari Facebook eKemahiran untuk maklumat lanjut berkaitan dengan informasi terkini Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII).

Semakan Keputusan IKM KKTM

Keputusan IKM Dan KKTM Sesi Januari & Julai 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan IKM dan KKTM Sesi Januari & Julai 2024 meliputi tarikh dan applikasi semakan. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

Aplikasi Semakan

Semakan Keputusan IKM KKTM 2024

Januari 2024

  1. Tarikh Semakan : 24 November 2023
  2. Tarikh Semakan Rayuan : akan dikemaskini

Julai 2023

Fasa 1

  1. Tarikh Semakan : 5 hingga 15 Mei 2023
  2. Tarikh Rayuan : 5 hingga 15 Mei 2023
  3. Tarikh Semakan Rayuan : 16 – 19 Mei 2023

Fasa 2

  1. Tarikh Semakan : 10 Julai 2023 (selepas 2 petang)
  2. Tarikh Rayuan : 10 hingga 16 Julai 2023
  3. Tarikh Semakan Rayuan : 18 – 20 Julai 2023

Semakan Keputusan IKM KKTM setiap sesi, pemohon yang gagal boleh membuat rayuan di mana maklumat erayuan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas keputusan diumumkan.

Cara Apply IKM, KKTM dan MJII Online

Kepada pelajar yang berminat untuk memohon sesi berikutnya, berikut dikongsikan maklumat ringkas mengenai pengajian kemahiran ke IKM, KKTM dan MJII yang dikongsikan dari e-TVET sebagai panduan.

  1. Pengambilan adalah di buka dua (2) kali setahun iaitu pada SESI JANUARI dan APRIL/JULAI
  2. Application perlu dibuat secara ONLINE
  3. Sesi JANUARI adalah melalui www.tvetmara.edu.my dan ianya adalah percuma
  4. Sesi APRIL/JULAI adalah melaui UPU Online dimana pemohon perlu membeli no. pin atau melalui www.tvetmara.edu.my – percumaㅤ

Senarai IKM/ KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Maklumat senarai lokasi dan kursus yang ditawarkan di IKM dan KKTM adalah seperti berikut:-

  1. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

Syarat Am Kelayakan Memasuki IPMA

Berikut adalah syarat kelayakan memasuki IPMa iaitu KKTM, IKM,dan MJII berdasarkan kepada program pengajian :-

Program Sijil

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2015 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Diploma

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi unit dan nombor berikut :-

  • Unit Pengambilan Pelajar,
    Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
    Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
    Fax: 03-26914510

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
    UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
    GMI : 03-8921 9047 / 9288
    KKTM : 03-261 34605/ 34612
    KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Selamat membuat Semakan Keputusan IKM KKTM April/ Julai dan sesi Januari 2024 secara online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menerima tawaran ke IPMa. Pengajian kemahiran anda bermula di sini.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *